Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom March 22, 2018 @ 1:51pm

Idamkan Bentuk Kening Yang Menawan? Ikuti 4 Langkah Ini, Pasti Jadi

Kening ibarat bingkai wajah. Jika solekan kening tidak seimbang, samalah seperti kita melihat potret yang senget! 

Justeru pentingnya untuk anda mempelajari solekan kening yang dikatakan paling rumit untuk dipelajari dan hal ini diperakui ramai jurusolek terkenal baik tempatan mahupun luar negara. 

Malah menurut satu kajian pada 2003, sebanyak 60 peratus individu dapat mengecam wajah selebriti tanpa mata tetapi hanya 46 peratus mengecam gambar selebriti tanpa kening. Peratusan itu menunjukkan betapa kita hilang identiti tanpa adanya alis mata.

Foto : beautymnl.com

So, hari ini Hijab & Heels ingin berkongsi cara-cara melukis kening untuk tampil lebih menyerlah dengan mengikuti 4 langkah ini. Jangan khuatir sekiranya percubaan pertama anda gagal okay! Cuba lagi!

Apapun sebelum anda memulakan proses ini, perlu diingat melukis kening merupakan langkah kedua selepas meratakan bedak asas pada wajah. Wajib tepek foundation dulu ya ladies-ladies sekalian! Penting untuk melukis kening kerana ia memberi impak yang sangat besar terhadap solekan anda.

Foto : pinterest

1. Lukiskan di bahagian bawah dahulu dan tarik ke atas. Bentukkan lekuk yang cantik pada hujung kening

2. Setelah selesai bahagian bawah, lukis pula bahagian atas dan bentukkan ia seperti garisan lurus yang menaik (ke atas)

3. Ratakan dengan menggunakan berus kening agar ia kelihatan cantik

4. Setelah siap, tutup kesan cela dengan bedak asas bagi memberi impak sempurna terhadap kening anda

Foto : livestrong.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019

5 panduan merias wajah sendiri pada hari bahagia anda

Jurumekap profesional pun akan tergugat.

Oh Lawa Fri, 6 Jul 2018

Efisien Rekaan Abaya Sejak Larangan Arab Saudi Terhadap Pemandu Wanita Berakhir

Mengenakan pakaian abaya dengan potongan jumpsuit bersulam dan berwarna-warni yang cukup efisien, gaya mereka dilihat menyerlah dalam kalangan para wanita lain yang memakai abaya berona hitam

Oh Lawa Wed, 11 Sep 2019

KFC 11 Finger Lickin’ Good Goods buat semua terliur!

Koleksi ‘streetwear’ KFC x Pestle Mortar Clothing tampil dengan cita rasa tempatan

Oh Lawa Thu, 31 May 2018

LOVEbibir Tampil Dengan 12 Warna Gincu Yang Pasti Anda Enggan Melepaskannya

LOVEbibir terdiri daripada 12 jenis rona nude hangat lagi menggoda iaitu Shine, Sexy, Secret, Social, Skin, Super, Selfie dan Summer. Manakala empat daripadanya pula adalah Lip Vinyl iaitu Fame, Foxy serta Fear Fresh.

Oh Lawa Mon, 30 Jul 2018

7 Faktor Kenapa Terjadinya Kedutan Di Bahagian Mata. Jangan Stres!

Kedutan di bahagian mata boleh menjejaskan penampilan wajah seseorang.

Oh Lawa Wed, 25 Apr 2018

Anda Bosan Dengan Stail Hijab Yang Sama Setiap Hari? Jom Tiru Stail Selebriti Ini

Bosan denan stail hijab setiap hari? Jom tiru stail hijab artis-artis ini.

Oh Lawa Fri, 31 Aug 2018

Koleksi 1957 By Joe Flizzow, Bikin Semangat Patriotik Membara!

Berpaksi warna-warni Jalur Gemilang, rekaan ini cukup menebal dengan ciri personal style Joe Flizzow.

Oh Lawa Tue, 25 Sep 2018

Nak Tahu Kenapa Anda Mudah Tertarik Pada Satu-Satu Bentuk Cincin Perkahwinan? Ini Jawapannya

Wahai bakal suami, pastikan cincin buat bakal isteri kamu menepati personalitinya. Pasti si dia suka!

Oh Lawa Fri, 20 Apr 2018

Dambakan Kulit Wajah Flawless? Ketahuilah 5 Jenis Vitamin Ini!

Mahu kulit wajah cantik berseri, ketahui jenis vitamin ini.

Featured Thu, 19 Mar 2020
error: Content is protected !!