Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin March 23, 2018 @ 1:03pm

Resepi Mudah Kek Batik Cheese. Sedap Tak Terkata

Siapa penggemar kek batik sila angkat tangan! Kek batik antara pencuci mulut yang paling mudah dibuat dan sedap pula tu! Kek yang dibanjiri dengan coklat memang enak dimakan bersama orang-orang tersayang. Lagi-lagi kalau ada anak kecil, merekalah yang paling suka makan kek batik ini kan?

Ada orang buat kek batik yang original je kan, tapi kami nak kongsi resepi yang special untuk anda iaitu Kek Batik Cheese! Resepi ini mudah je tau, anda boleh buat sendiri dekat rumah sama ada untuk makan bersama keluarga mahupun nak beri kepada kawan-kawan. Mesti mereka akan menguji kek buatan tangan anda sendiri yang pastinya sedap! 

Foto : Buat Orang Lapo Youtube

Bahan-bahan

1/2 Cawan Milo

2 Sudu Besar Serbuk Koko

2 Biji Telur

1/4 Cawan Air

1/2 Cawan Susu Pekat 

1 Sudu Kecil Serbuk Vanilla / Esen Vanilla 

125 gram Mentega

200 gram Biskut Marie

Topping:

250gram Krim Keju

2-3 Sudu Besar Gula Aising

1 Biji Telur

Cara-caranya

Masukkan milo, serbuk koko, telur, air, susu pekat manis dan serbuk vanilla ke dalam pan. Kemudian, kacau sehingga sebati. Selepas itu, letakkan pan tersebut di atas api dan masukkan mentega kacau sehingga mentega itu cair. Gunakan suhu api yang sederhana je ya! 

Selepas itu, masukkan biskut marie dan gaul sehingga rata. Sediakan loyang dan masukkan adunan tersebut ke dalam loyang. Biarkan seketika.

Bagi membuat topping pula, masukkan krim keju, gula aising dan telur ke dalam mangkuk besar; kacau menggunakan electric mixer sehingga gebu.

Curahkan krim keju tadi ke dalam loyang yang berisi adunan kek batik. Bakar selama 15 minit menggunakan top heating (api atas) dengan suhu 160 darjah Celcius. Setelah siap dibakar, anda boleh taburkan serbuk milo di atas kek batik cheese tersebut. Siap!

Mudah je kan, anda kena cuba tau memang sedap sehingga menjilat jari! Anda boleh tengok video ini juga sebagai rujukan.

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Jan 2026

Titip Ucapan Terima Kasih Buat Rakan Artis, Puteri Balqis Mengaku Gagal -“Mak, Kakak Gagal Tapi…”

Aqish mengakui dirinya berasa gagal, terutama dalam memenuhi harapan ibunya.

Featured Thu, 17 Jun 2021

PDRM Tawar Diskaun Kompaun Trafik 50 Peratus Sehingga 18 Julai

Berita baik bagi mereka yang ingin membayar saman trafik. Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menawarkan pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula 18 Jun hingga 18 Julai depan. Menurut Pengarah […]

Featured Wed, 26 Sep 2018

Bila Pakai Maskara, Jangan Lakukan Kesilapan Ini Jika Tak Nak Ia Cepat Kering

Check sama ada selama ini anda ada buat kesilapan ini atau tak.

Featured Tue, 13 Sep 2022

Artis Wanita Meningkat Naik Burukkan Nama Ayda Jebat – “Kalau Jumpa Memang Aku Tarik Rambut Kau!”

Adoii… dah 2022 pun masih ada yang dengki dengan kejayaan orang lain 😑

Eat Travel Sat, 10 Nov 2018
error: Content is protected !!