Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops June 6, 2018 @ 10:29am

Minat Harry Potter? Jangan Lepaskan Peluang Untuk Kunjungi Set Perfilemannya Yang Ikonik!

Jejaki dunia Harry Potter yang penuh magis dengan menyertai sebuah tour rasmi di mana anda boleh lihat dengan lebih dekat set-set penggambaran filem-filem yang popular di seluruh dunia itu.

Ia dianjurkan oleh syarikat produksinya Warner Brothers di studionya di London. Semua set atau alat-alat yang dipamerkan memang sinonim dengan dunia Harry Potter.

Di sini juga anda boleh check out model gergasi istana Hogwarts yang penuh detail. Ada juga The Great Hall, di mana pelajar-pelajar menjamu selera; Platform 9 3/4 di mana pelajar-pelajar menaiki keretapi untuk ke Hogwarts; Diagon Alley di mana wizards dan witches membeli-belah dan The Forbidden Forest, rumah kepada makhluk serta binatang yang menggerunkan. 

Foto: www.touristengland.com

Selain itu anda juga boleh belajar cara menghayunkan tongkat sakti anda serta menggunakan penyapu terbang. 

Ingat lagi minuman Butterbeer yang popular dalam kalangan kanak-kanak magis? Di sini anda boleh cuba rasa. Versi ais krim pun ada! Jangan risau, tiada kandungan alkohol dalam minuman ini.

Kalau anda nak cuba pakai pakaian ahli magic seperti uniform sekolah Hogwarts atau wizards’ robes, pun boleh.

Bunyi macam best, kan? Rasa macam anda boleh betul-betul masuki dunia magis. Ada banyak lagi item-item ikonik daripada 8 filem Harry Potter yang anda boleh jumpa di sini. 

Jom tengok video di bawah untuk mendapat gambaran tentang apa yang anda akan dapat lihat di tour ini.

Syok, kan? Kalau anda memang meminati francais ini, anda mesti akan bergembira. Yelah, francais itu pun dah tamat; tour ini akan membolehkan anda mengimbas kembali memori indah ketika anda seronok menonton filem-filem Harry Potter. 

Jika berminat, layari laman web rasminya di sini.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 24 Mar 2020

Resipi air oren Sunquick ala-ala Vitagen, memang ketagih!

Bonus 2 lagi resipi sedap air Sunquick

Eat Travel Thu, 12 Jul 2018

Dapatkan Idea Kreatif Untuk Design Kek Hari Jadi Melalui Video Ini

Memang kreatif betul penghasilan kek ini!

Eat Travel Sun, 10 May 2020
Eat Travel Tue, 26 Jun 2018

Sate Hipster Warna-Warni Ini Popular Di Terengganu. Anda Wajib Cuba!

Sate hipster ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan masih menggunakan resipi turun-temurun.

Eat Travel Fri, 12 Oct 2018
Eat Travel Mon, 29 Jul 2019
Eat Travel Mon, 6 May 2019

McDonald’s perkenalkan 2 menu baharu untuk Ramadan, jom cuba!

Hidangannya cukup lazat dan gerenti mengenyangkan.

Eat Travel Wed, 24 Oct 2018

4 Resort Atas Air Paling Romantis Untuk Lokasi Percutian Berbulan Madu

Resort-resort ini terletak di Malaysia sahaja, tak payah travel jauh-jauh!

Eat Travel Mon, 14 Oct 2019
Eat Travel Tue, 26 May 2020
error: Content is protected !!