Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin April 9, 2018 @ 5:05pm

Stres Bila Ada Stretch Mark Lepas Bersalin? Amalkan Cara Mudah Ini

Anda mesti akan berasa risau apabila ada stretch mark pada bahagian perut semasa hamil. Betul tak? Pastinya kesan tersebut akan tetap ada selepas bersalin, dan ia akan menjadikan rupa perut anda tak lagi cantik.

Kalau anda nak tahu, stretch mark adalah kesan regangan yang kelihatan pada kulit dan ia akan ada pada bahagian badan yang mempunyai lebihan lemak seperti payudara, lengan, punggung dan paha. 

Tidak semua ibu hamil mengalami masalah ini kerana hanya keadaan wanita yang kulitnya mengandungi sedikit kolagen atau protein akan menyebabkan kulit menjadi kendur.

Stretch mark biasanya terjadi kerana badan anda berkembang dengan lebih cepat. Jadi, ketika kulit meregang dengan cepat akibat anggota badan mengembang atau berat badan bertambah, lapisan tengah kulit akan menipis sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Keadaan ini yang disebut sebagai stretch mark.

Mesti anda sudah cuba pelbagai cara untuk menghilangkan stretch mark ini kan? Malu kan, bila Encik suami tegur perut kita dah tak cantik macam dulu?

Jangan risau, anda boleh guna bahan-bahan ini untuk menyelesaikan masalah stretch mark, tetapi dengan syarat anda perlu amalkannya dengan kerap!

1. Minyak Zaitun

Foto: Alodokter

Sapu minyak zaitun pada kawasan kulit yang bermasalah setiap malam sebelum tidur.

2. Limau nipis dan kapur sirih

Foto: Jom Sihat

Perahkan air limau nipis ke dalam piring yang mengandungi kapur sirih. Kemudian bancuh sehingga sebati dan sapukan pada bahagian perut. Selepas itu, balut perut dengan menggunakan bengkung. Amalkan setiap kali selepas mandi.

3. Asam Jawa

Foto: Vemale.com

Ramaskan sedikit air asam jawa dengan kapur atau ragi. Campurkan dengan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Sapu pada bahagian perut ketika hendak tidur malam.

4. Asam gelugor dan garam

Foto: Pieces Of Lin

Rebuskan secupak asam gelugor bersama secupak garam sehingga hancur. Jangan letak air dengan terlalu banyak. Apabila sudah hancur, ambil asam gelugor tersebut dan pupukkan pada bahagian perut. Balut perut dengan menggunakan bengkung. Anda boleh amalkan selama tempoh 44 hari berpantang.

5. Santan Kelapa

Foto: Panganpedia

Anda juga boleh masak santan sehingga pecah minyak. Kemudian sapu pada bahagian perut sejak diawal kehamilan lagi.

6. Minyak Kayu Putih

Foto: Hello Sehat

Campurkan 1 sudu besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air limau nipis ke dalam piring. Kacau sehingga rata. Kemudian, sapukan pada bahagian perut setiap kali selepas mandi ketika berpantang.

Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah anda. Kalau nak lebih berkesan, lakukan setiap hari ok! Lepas ini anda akan memiliki perut yang bebas stretch mark. Semoga berjaya!

Sumber: Majalah PaMa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 7 Oct 2019

Panduan penjagaan rambut bagi wanita bertudung

Dapatkan rambut yang cantik dengan penjagaan yang betul!

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

5 Cara Atasi Bau Mulut Hanya Menggunakan Baking Soda

Masalah bau mulut biasanya akan mengganggu proses kehidupan seharian kita.

Gaya Hidup Thu, 19 Dec 2019
Gaya Hidup Fri, 11 May 2018

Tip Miliki Rambut Kerinting Yang Menawan, Tanpa Perlu Bimbang Lagi Masalah Rambut Kejung

Anda perlu sentiasa membelainya agar tidak kusut dan kejung!

Gaya Hidup Sun, 30 Dec 2018

Cara Paling Mudah Nak Tanam Pokok Strawberi Di Rumah

Tak perlu pergi ke Cameron Highland semata-mata mengidam strawberi!

Featured Mon, 11 May 2020

Tahap disiplin terhadap keselamatan, kawalan kendiri dalam kalangan orang awam meningkat

Ibu bapa turut diingat tidak membahayakan keselamatan anak

Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

Kiub Ais Aloe Vera Mampu Kecutkan Jerawat. Buat Sendiri, Jimat & Senang!

Anda ada masalah jerawat yang teruk tapi tak tahu cara nak rawat? Jom DIY kiub ais aloe vera ini untuk kecutkan jerawat.

Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

Saintis Ini Kongsikan Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Duduk Terlalu Lama. Bahaya Rupanya!

Jika anda seorang yang suka bermalas-malasan, fungsi dalaman tubuh anda akan semakin lemah!

Gaya Hidup Thu, 26 Apr 2018

Nak Potong Buah Seperti Nanas Tapi Tak Reti? Jom Belajar Dari Video Ringkas Ini

Anda akan rasa, “Kenapa aku tak terfikir nak buat macam ini?”

error: Content is protected !!