Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 11, 2020 @ 9:33pm

Tahap disiplin terhadap keselamatan, kawalan kendiri dalam kalangan orang awam meningkat

Orang ramai diminta terus mengamalkan kawalan kendiri bagi memastikan diri tidak dijangkiti COVID-19 selain mengambil kira keselamatan ahli keluarga terdekat terutama anak yang masih kecil.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kepatuhan rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agak tinggi, malah orang ramai dilihat mempunyai kesedaran untuk menjaga kepentingan dan kesihatan diri masing-masing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
 Foto: BERNAMA/Faisal Jaafar

Bagaimanapun, katanya, tindakan segelintir ibu bapa yang dilihat membawa anak kecil ke pusat beli-belah seolah-olah tidak prihatin akan keselamatan si kecil yang termasuk dalam senarai golongan berisko.

“Kerajaan menerima laporan daripada PDRM yang memaklumkan kadar kepatuhan orang ramai terhadap PKPB adalah 95 peratus, walaupun Kerajaan tidak mengenakan peraturan ketat sebagaimana yang dilakukan ketika pelaksanaan PKP fasa satu, dua dan tiga.

“Namun begitu, kita mendapati masih ada sekitar lima peratus rakyat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk kelihatan ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke pusat beli-belah sedangkan mereka sepatutnya menjaga keselamatan anak,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya hari ini.

Ibu bapa diminta tidak membawa anak ke kawasan yang menjadi tumpuan umum bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 – gambar hiasan. Foto: NSTP/Mohd Huzaini Daud.

Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang diguna pakai Kerajaan setakat ini tidak mempunyai peraturan terhadap ibu bapa yang cuai mengenai keselamatan anak dengan membawa ke tempat umum.

Sekiranya keadaan tidak terkawal, Kerajaan boleh meletakkan hal berkenaan di bawah Akta 342 bagi memastikan ibu bapa dilarang membawa anak kecil ke kawasan tumpuan demi keselamatan mereka.

Orang ramai mula mengawalkan kawalan kendiri yang tinggi sejak PKPB – gambar hiasan. Foto: NSTP/Zulfaidi Muhammad.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berharap ibu bapa tidak menggunakan kebebasan PKPB sehingga boleh membahayakan nyawa ahli keluarga.

“Pada masa ini tiada peraturan dalam Akta 342 yang menegah ibu bapa daripada membawa anak ke kawasan awam seperti pusat beli-belah.

“Bagaimanapun, seperti yang kita katakan, tanggungjawab untuk menjaga kepentingan anak adalah tanggungjawab ibu bapa itu sendiri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Apr 2023

Shila Amzah Nafi Isteri Baharu Bapa Kawan Baik – “Dia Lebih Rapat Dengan Mak Berbanding Saya”

Alamak… individu didakwa isteri baru ND Lala lebih rapat dengan mak

Featured Mon, 15 Aug 2022
Featured Wed, 13 Oct 2021

Bas Elektrik Pertama di Sabah Akan Beroperasi Tidak Lama Lagi

Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan projek bas elektrik yang pertama akhir tahun ini di bandar Kota Kinabalu bagi menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry […]

Featured Thu, 9 May 2024

Tampalan Kulit Bernilai RM30,000 Bantu Pulih Kesan Lecur Faisal Halim

Semoga dipermudahkan buat FH. Ramai yang mendoakan ya!

Events Wed, 21 Jan 2026

“Jangan Cari Coach Cerai Kalau Ada Masalah Rumah Tangga”- Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama

Isu tular berkaitan ‘coach cerai’ perlu dijadikan pengajaran kepada masyarakat khususnya terhadap sebarang nasihat melibatkan perkahwinan dan perceraian.

error: Content is protected !!