Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin April 10, 2018 @ 1:52pm

Anda Mengalami Masalah Eye Bag Yang Teruk? Ikuti 5 Tips Mudah Ini

Eye bag antara masalah yang kerap mengganggu setiap wanita. Eye bag terjadi berpunca daripada tabiat kurang tidur, kerap menangis, alahan, keturunan, water retention dan sebagainya. Masalah ini akan menyebabkan anda tampak lebih tua daripada usia sebenar anda. Ia juga menjadikan bahagian mata tampak lebih kusam, lesu dan tidak bermaya seterusnya menjejaskan kecantikan wajah. Betul tak?

Mungkin ada adalam kalangan kita mengambil inisiatif untuk membuat rawatan khusus bagi merawat masalah eye bag ini namun, tidak semuanya berkesan. Bukan itu saja, mahal pula itu, rugi je!

Selain itu, ada juga di kalangan anda yang menggunakan kuasa solekan untuk menutup lingkaran gelap bawah mata ini. Apa kata anda ikuti 5 tips mudah ini untuk merawat eye bag? Ia boleh dilakukan di rumah dan pastinya menjimatkan!

1. Kuning telur dan lemon

Foto: The Kitchen McCabe

Sebelum anda masuk tidur, anda boleh campurkan sebiji kuning telur, sesudu madu dan sedikit perahan air lemon ke dalam mangkuk kecil. Kemudian, kacau sehingga sebati dan sapukan pada bahagian bawah mata. Esoknya, cuci saja. Anda boleh lakukan pada setiap malam!

2. Minyak badam

Untuk pengetahuan anda, minyak badam sangat bagus untuk menghilangkan kesan lingkaran gelap bawah mata. Ini kerana minyak badam mengandungi vitamin E yang bagus untuk kulit kita. Caranya, anda boleh sapukan minyak badam di sekeliling mata sebagai pelembap sebelum tidur. Selain itu, minyak badam juga bagus untuk meratakan rona kulit wajah agar lebih sekata dan tidak kusam.

3. Uncang Teh

Cara ini sememangnya sudah popular. Jika anda membancuh teh, jangan buang uncang teh tersebut! Basuh sikit dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, tekapkan uncang pada bahagian mata selama 15 minit sama ada sebelum ataupun selepas bangun tidur.

4. Kentang

Foto: Flickr

Sebenarnya, kentang mempunyai enzim yang boleh membantu mencerahkan kulit wajah. Ia juga berkesan untuk masalah eye bag! Caranya, cuci sebiji kentang dan hiriskan kepada beberapa keping. Kemudian, tekapkan hirisan kentang pada bahagian eye bag anda selama 10 hingga 20 minit. Lakukan sebelum tidur ataupun selepas bangun tidur.

5. Timun

Cara ini juga mujarab! Hiriskan timun menjadi kepingan bulat, kemudian letakkan di kawasan eye bag dan biarkan selama 15 minit. Anda boleh lakukan cara ini dengan setiap hari dan ia juga bagus untuk merehatkan mata yang sedang pedih.

Jadi, kepada anda yang mengalami masalah eye bag ini jangan dibiarkan sahaja tau kerana ia akan memburukkan penampilan anda. Lakukan tips yang kami kongsikan ini, pasti akan menyelesaikan masalah anda! Selamat mencuba!

Sumber: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 13 Sep 2018

Pelakon Hollywood Jennifer Lawrence Dedah Sebab Dia Membenci Platform Media Sosial

Bukan ke semua artis sekarang mesti ada sekurang-kurang satu akaun?

Gaya Hidup Wed, 21 Mar 2018

Jom Sejukkan Tekak Anda Dengan ‘Inside Scoop’! Lebih 31 Perisa Yang Boleh Anda Cuba

Ais krim merupakan dessert yang disukai oleh semua orang, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Featured Wed, 1 Apr 2020

Manfaatkan fasa ke-2 PKP sebaik mungkin

Set minda agar hargai masa duduk di rumah

Featured Fri, 3 Aug 2018
Gaya Hidup Wed, 17 Oct 2018
Gaya Hidup Mon, 22 Jul 2019
Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Untuk Wanita Berumur 30-An, Jangan Abaikan 5 Perkara Ini Kalau Nak Cantik

Sedar tak sedar, usia sudah masuk angka 30. Wah pantasnya masa berlalu pergi! Bagi sesetengah wanita, usia 30 tahun boleh dikatakan sebagai waktu puncak , punya karier yang stabil serta keluarga sendiri. Kehidupan pun sudah […]

Gaya Hidup Wed, 1 Aug 2018

5 Cara Ini Boleh Tingkatkan Tahap Kesuburan Wanita

Tahap kesuburan yang rendah akan mengganggu proses untuk hamil.

error: Content is protected !!