Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin August 1, 2018 @ 1:00pm

5 Cara Ini Boleh Tingkatkan Tahap Kesuburan Wanita

Tahukah anda, kesuburan bukan sahaja boleh dikaitkan dengan wanita sahaja, malah golongan lelaki juga tidak terlepas daripada masalah ini.

Tapi, disebabkan wanitalah yang boleh mengandung dan melahirkan anak, mereka memerlukan tahap kesuburan yang tinggi untuk melancarkan proses untuk hamil. Jika kesuburan pada tahap yang rendah, kecenderungan untuk hamil agak rendah. 

Bagi anda yang mengalami masalah kesuburan dan menginginkan cahaya mata, anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti mengambil makanan yang berkhasiat.

Bukan itu saja, anda juga perlu menitik beratkan soal kesihatan anda. Ini antara tip untuk meningkatkan tahap kesuburan khas untuk anda semua.

1. Menjaga berat badan

Foto: CeweQuat

Wanita yang memiliki berat badan yang berlebihan atau obesiti akan mengalami risiko masalah haid yang berkait rapat dengan persenyawaan atau ovulasi.

Jangan tak tahu ya, bukan hanya anda terlalu gemuk dapat mempengaruhi proses persenyawaan, malah jika anda terlalu kurus juga akan mempengaruhi juga. 

Jadi, untuk mencapai proses persenyawaan terjadi secara sempurna, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 sampai 21%.

2. Jaga kesihatan dan jangan terlalu stress

Foto: AskDrManny

Penyakit Tiroid boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon sehingga mempengaruhi kesuburan. Oleh itu, jagalah kesihatan anda kerana kesihatan sangat diperlukan jika ingin menimang cahaya mata.

Selain itu, jangan mudah stress dan hindarilah stress! Berusahalah untuk bertenang, kerana stress dapat membuatkan hormon tidak seimbang sehingga menyulitkan proses persenyawaan.

3. Perbaiki pola pemakanan

Foto: Aliffchannel

Anda perlu kurangkan makan menu segera, makanan yang banyak lemak dan tidak seimbang. Untuk pengetahuan anda, makanan yang baik adalah makanan yang mengandungi protein, karbohidrat dan lemak untuk keseimbangan tubuh badan. Pola makanan yang tidak sihat akan menjejaskan hormon dalam badan.

4. Makan sayuran hijau

V8 Juice UK

Hormon di dalam tubuh berasal dari makanan yang kita makan. Sebaiknya, makanlah makanan yang kaya dengan serat, sayuran hijau dan buah-buahan organik. Ini kerana, zat yang terkandung dalam makanan tersebut adalah baik untuk kesihatan anda. 

Selain itu, jenis makanan hijau seperti sayur-sayuran juga mampu normalkan kadar gula dalam darah yang menurunkan masalah kesuburan dan meningkatkan keseimbangan hormon. Bukan itu saja, buah dan sayuran hijau juga kaya antioksidan yang sangat baik intuk meningkatkan kesuburan.

5. Menjaga waktu rehat yang berkualiti

Foto: Agrego.Uk

Anda seharusnya menjaga kualiti waktu rehat kerana ia mempengaruhi tahap kesihatan dan kadar stress. Pastikan anda memiliki waktu rehat yang cukup setiap hari dan biasakan tidur awal waktu.

Kesimpulannya, amalkan 5 cara ini untuk meningkatkan tahap kesuburan yang optimum. Bagi anda yang belum berkahwin, pastikan anda mengambil berat soal ini agar bila dah berkahwin proses untuk mendapatkan cahaya mata lebih mudah. 

Apa yang penting jangan mudah berputus asa dan jagalah kesihatan anda sebaik yang mungkin!

Sumber: AliffChannel 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Jan 2020

Panduan umrah untuk wanita, penting untuk diketahui

Semoga mendapat umrah yang mabrur

Gaya Hidup Tue, 11 Mar 2025
Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

Featured Thu, 31 May 2018
Gaya Hidup Tue, 31 Jul 2018

Ini Perkara Yang Anda Perlu Buat Jika Berlakunya Gempa Bumi

Di Malaysia mungkin tak ada, tapi tak salah jika anda belajar.

Featured Tue, 13 Mar 2018

Apa Anda Perlu Buat Bila Duduk Berhampiran Dengan Budak Banyak Ragam Di Dalam Kapal Terbang

Menurut kajian, 37 peratus penumpang lebih sanggup duduk di sebelah orang dewasa yang berbau badan daripada duduk sebelah bayi yang menangis.

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Stres Bila Ada Stretch Mark Lepas Bersalin? Amalkan Cara Mudah Ini

Anda mesti akan berasa risau bila ada stretch mark pada bahagian perut semasa hamil. Betul tak?

Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018
error: Content is protected !!