Euforia Bola 2026
Acara By: Padin October 15, 2024 @ 5:36pm

Perkenalkan Keenakan Hidangan Tempatan Kepada Dunia, Foodie Hawker Awards 2024 Iktiraf Penjaja Tempatan

Foodie Hawker Awards 2024 sebuah inisiatif pengiktirafan penjaja tempatan yang pertama di Malaysia bakal diadakan bertujuan untuk meraikan budaya makanan jalanan Malaysia yang pelbagai sambil menyokong penjaja tempatan.

Inisiatif ini mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh dengan kepelbagaian kulinari, di mana setiap hidangan menceritakan kisah tradisi, budaya, dan cinta terhadap hidangan tersebut.

Dianjurkan oleh Good Foodie Media Sdn Bhd, dengan kerjasama Maybank dan Payments Network Malaysia (PayNet), hidangan yang ditawarkan mempunyai gabungan harmoni pelbagai rasa daripada semua kaum, menciptakan pengalaman yang lazat untuk semua yang menikmati.

Hidangan popular seperti Nasi Lemak, Roti Canai, dan Satay, serta banyak lagi hidangan tempatan istimewa, menjadikan Malaysia sebagai syurga bagi penggemar makanan.

Menurut Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, “Gastro Diplomacy” atau Diplomasi Makanan merupakan salah satu tarikan utama untuk para pelancong antarabangsa. Malaysia menerima 20 juta pelancong pada tahun lalu dan merupakan destinasi utama di kalangan pelancong ASEAN, di mana ramai daripada mereka menyatakan bahawa makanan adalah salah satu sebab utama kunjungan mereka ke Malaysia.

UNESCO juga baru-baru ini mengiktiraf Kuching sebagai salah satu Bandar Gastronomi Kreatif, yang menonjolkan kekayaan dan kepelbagaian budaya makanan di Malaysia.

Negara ini juga mempunyai 50 restoran yang diiktiraf oleh Michelin di seluruh negara. Food Hawker Awards 2024 bertujuan meraikan dan mengangkat industri makanan tempatan dengan pengumpulan undian daripada orang ramai bagi penjaja makanan kegemaran mereka. Pemenang anugerah ini akan ditentukan melalui undian awam, di mana setiap pengundi hanya boleh mengundi satu penjaja sahaja bagi setiap negeri yang terlibat.

Kempen ini berlangsung dari 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024 dan para pemenang akan diraikan dalam satu majlis anugerah pada Januari 2025. Anugerah ini terbuka kepada semua peniaga makanan dan minuman yang beroperasi sebagai ‘penjaja’ – termasuklah gerai tepi jalan, gerai makanan pasar, kedai kopi tradisional, dan trak makanan di seluruh negara.

Nicholas Lim Pinn Yang, Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif Good Foodie Media, menegaskan bahawa Foodie Hawker Awards akan menjadi komitmen jangka panjang untuk memperkasa industri makanan tempatan yang meriah di Malaysia.

“Kami telah membantu PKS dan penjaja untuk mempromosikan perniagaan mereka dalam talian, dan anugerah pengiktirafan adalah sesuatu yang saya ingin lakukan untuk industri F&B di Malaysia. Ia akan menjadi anugerah untuk rakyat Malaysia, dari rakyat Malaysia,” tambahnya.

Sila layari Foodie Hawker Awards 2024 di https://foodie.asia/foodiehawkerawards/2024 untuk maklumat lanjut dan mengundi peserta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 11 Mar 2026

All Star Influencers Award Saran Pempengaruh Kuatkan Jenama, Ada Bisnes Sendiri

Pempengaruh media sosial disaran mengambil peluang membina jenama.

Acara Fri, 27 Jul 2018

Mempunyai Ciri Simple, Urban & Expressive, Zahirah Macwilson Dipilih Menjadi Duta Meeracle Yang Baharu

Memamg layak Zahirah Macwilson jadi duta Meeracle sebab dia memang cantik!

Gaya Hidup Tue, 15 Oct 2019
Gaya Hidup Fri, 11 May 2018

Ketahui Maksud Sebenar Warna Penutup Botol Air Yang Biasa Anda Beli

Jangan tahu beli sahaja, anda juga perlu tahu maksud di sebalik warna penutup botol air mineral ini.

Featured Fri, 13 Jan 2023

Rapat Dengan Mak Mentua, Puteri Sarah Dedah Sering Kongsi Masalah Bersama

Pelakon cantik Puteri Sarah mendedahkan dirinya sangat akrab bersama ibu mentua, Datin Patimah Ismail. @kedahanfans Mak mentua rapat dengan Puteri Sarah #kedahanfans ♬ Sungguh Aku Mencintaimu – Ricky Rantung Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh […]

Acara Mon, 22 Jul 2019

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Uqasha Senrose gamatkan Masterclass Makeup Alha Alfa

Acara Thu, 30 Aug 2018

Mengandungi Antioksida Tinggi, Durian Belanda Adalah Makanan Baik Untuk Pesakit Kanser – Datuk Rosyam Nor

Beliau melancarkan produk minuman dan makanan tambahan berasaskan durian belanda.

Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Diet Aneh Golongan Selebriti Memang Berkesan Tapi Membahayakan Nyawa

Tuntutan kerja dan demi memuaskan pandangan ramai, seorang selebriti perlu tampil sempurna seolah tiada cacat celanya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Hilangkan Senggugut Dengan 8 Tips Berkesan, Kena Cuba Tips Ke-6 Tu!

“Sakitnya pinggang. Kepala pening, rasa loya dan nak muntah… ‘Miss V’ pula rasa berdenyut-denyut. Semuanya serba tak kena…! Macamana nak hilangkan senggugut ya?” Padanlah orang perempuan selalu ‘moody’, PMS katanya… Habis satu badan diserang sakit-sakit. […]

error: Content is protected !!