Featured By: Ad Ops April 10, 2018 @ 1:34pm

7 Kawasan Di Dunia Yang Sesiapa Pun Tak Boleh Lawat, No. 3 Paling Ngeri

Kebanyakan tempat di dunia ini memang terbuka untuk pelancong, tapi ada beberapa kawasan larangan yang memang dikawal ketat.

Bukan sengaja, tapi kalau anda dapat tahu kenapa tempat-tempat tersebut dilarang masuk, anda akan faham. Kalau tak pun, anda akan rasa takut nak pergi.

1. Makam Qin Shi Huang, China

Foto: DnDavis/Shutterstock

Para peladang telah menjumpai makam maharaja China yang pertama, Qin Shi Huang pada tahun 1974. Sejak itu, ahli arkeologi telah menjumpai sekitar 2,000 patung tentera terracotta (tanah liat) dan berpendapat ada 8,000 lagi yang masih belum diterokai. Namun begitu, kerajaan negara tersebut telah melarang mereka untuk mengusik bahagian tengah makam itu di mana terletaknya mayat Qin Shi Huang yang ditutup sejak tahun 210 Sebelum Masihi. Pihak kerajaan China bukan saja ingin menghormati roh si mati, tapi mereka juga risau jika teknologi moden akan merosakkan artifak zaman kuno yang tersimpan di sana.

2. Chernobyl, Ukraine

Foto: Pe3k/Shutterstock

Pada April 26, 1986, satu letupan di Chernobyl telah menjadi kemalangan bom nuklear paling teruk dalam sejarah. Jumlah kematian memang sukar dikenal pasti, tapi para pakar menjangkakan sebanyak 9,000 ke 1 juta orang akan mati akibat radiasi. Kini lebih 30 tahun selepas tragedi itu, projek pembersihan masih lagi dijalankan dan kawasan tersebut dijangka tidak akan dihuni selama 20,000 tahun lagi.

3. Snake Island, Brazil

Foto: Edson Campolina/Shutterstock

Ye, nama pulau ini, Ilha da Queimada Grande, atau Pulau Ular, memang kena dengan situasinya. Ia merupakan habitat untuk salah satu spesis ular yang paling merbahaya di dunia: golden lancehead viper. Dah lah ia pantas mematuk, racunnya pula tersangatlah berbisa sampai ia dikatakan boleh mencairkan daging manusia sebaik saja dia digigit. Pulau itu dikatakan dipenuhi dengan 2,000 ke 4,000 ekor ular jenis ini; seekor untuk setiap meter persegi permukaan kawasan itu. Atas sebab keselamatan, kerajaan Brazil memang tidak membenarkan pelawat untuk datang. Kalau pakar penyelidik mahu buat research, seorang doctor mesti ada bersama setiap kali.

4. North Sentinel Island, India

Foto: AP Photo/Gautam Singh

Pulau ini dikatakan telah didiami oleh puak Sentinel sejak 60,000 tahun lalu, dan ia merupakan salah satu komuniti terakhir di dunia yang kekal terpencil dari dunia luar. Sejak 10 tahun lalu, ada laporan mengatakan yang puak ini menembak anak panah ke helikopter yang lalu. Memandangkan puak ini masih belum terdedah kepada penyakit biasa yang orang moden sudah boleh kebal, hubungan dengan orang luar mungkin merbahaya untuk mereka. Jadi kerajaan India sudah bersetuju untuk tidak cuba berkomunikasi langsung.

5. Svalbard Seed Vault

Foto: AP Photo/John McConnico

Terletak di sebuah gunung di antara Norway dan Kutub Utara, peti besi ini direka khas untuk menahan bencana buatan manusia atau semula jadi. Di sini tersimpan koleksi besar sampel benih yang datang dari serata dunia. Jadi jika berlakunya bencana besar, kita masih anda bekalan benih yang kita boleh guna untuk dijadikan makanan. Vault ini hanya dibuka beberapa kali setahun dan hanya segelintir jumlah orang saja yang boleh masuk dan menyimpan benih mereka.

6. Lascaux cave, France

Foto: thipjang/Shutterstock

Lukisan zaman purba di gua Lascaux dijumpai pada tahun 1940 dan ia terus menjadi tarikan pelancong selepas Perang Dunia Kedua. Karbon monoksida yang terkeluar dari mulu manusia malangnya telah merosakkan lukisan-lukisan di situ, jadi gua itu ditutup pada tahun 1963. Hanya pakar pengkaji yang dibenarkan masuk.

7. Fort Knox, Kentucky

Foto: Jeffrey M. Frank/Shutterstock

Peti besi ini ialah di mana tersimpannya rizab emas untuk negara Amerika Syarikat. Ia dikatakan ialah kawasan yang paling dikawal ketat di bumi ini. Tiada siapa yang boleh masuk. Kalau nak masuk pun, beberapa kombinasi kod nombor diperlukan untuk melepasi pintu elektroniknya, dan kebanyakan staff di situ hanya tahu satu. Kalau pencuri nak pecah masuk, memang tak ada chan.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Feb 2023

“Manusia Mudah Rapuh” – Filem Imaginur Beri Impak Mendalam Pada Fatimah Abu Bakar 

Bila cakap soal ibu bapa ni, auto jadi sebak 😭😭😭

Featured Thu, 16 May 2019

Anda pernah bersahur pada hujung waktu? Ini hukumnya

Bersahur pada waktu afdal adalah yang terbaik

Featured Fri, 2 Mar 2018

Suka Makan Kimchi? Jom Cuba Buat Kimchi Sendiri Dengan Cara Mudah Ini!

Kimchi merupakan salah satu daripada makanan sampingan (side dish) Korea yang paling popular selain lobak, taugeh dan bayam.

Featured Tue, 13 Mar 2018

Apa Anda Perlu Buat Bila Duduk Berhampiran Dengan Budak Banyak Ragam Di Dalam Kapal Terbang

Menurut kajian, 37 peratus penumpang lebih sanggup duduk di sebelah orang dewasa yang berbau badan daripada duduk sebelah bayi yang menangis.

Featured Fri, 22 May 2020
Featured Thu, 28 Feb 2019

NR perkenal produk baharu pada 2019

Jenama sinonim produk berasaskan herba tradisional selamat dan halal