Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin April 10, 2018 @ 5:35pm

Dah Lama Berkahwin Tapi Masih Belum Ada Anak? Cuba 4 Teknik Rawatan Kehamilan Ini

Bagi pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin mahupun yang telah lama berumahtangga, mereka pastinya mahu memiliki cahaya mata sendiri. Mereka pasti akan lebih bahagia dengan kehadirannya!

Tetapi, tidak semua antara mereka mudah untuk hamil. Ada pasangan yang menunggu hampir 1 hingga 5 tahun, barulah dikurniakan cahaya mata.

Jika kita lihat kemajuan teknologi dalam bidang perubatan, ia ternyata telah menyediakan pelbagai alternatif rawatan kesuburan yang boleh membantu proses kehamilan.

Walaupun begitu, pasangan suami isteri perlu berbincang dan mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu sebelum memilih rawatan kesuburan yang sesuai.

Kami senaraikan jenis-jenis rawatan kesuburan untuk rujukan kepada anda yang masih belum tahu mengenainya.

1. Ubat hormon

Foto: Hellosehat

Pasti anda pernah mendengar tentang ubat hormon ini yang berfungsi untuk meningkatkan kesuburan, kan? Clomid adalah antara ubat hormon yang membantu wanita membebaskan telur pada peringkat ovulasi di kitaran haid secara berkesan. Ia berlaku dengan adanya rembesan hormon follicle stimulating hormone (FSH) dan luteinizing hormone (LH).

Kebiasaannya, doktor akan mengesyorkan anda mengambil ubat ini sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tidak normal. Ubat ini perlu dimakan pada hari ketiga haid selama lima hari. Ovulasi akan berlaku selepas 7 hingga 8 hari rawatan ubat hormon ini. Seterusnya, doktor anda akan mengesahkan waktu ovulasi dan waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual. Biasanya rawatan ini tidak terlalu mahal harganya.

2. Suntikan hormon

Foto: Esthebeauty

Jika ubat hormon tidak berkesan untuk anda, cuba teknik rawatan suntikan Human Chorionic Gonadotropin (HCG). Suntikan ini dapat membantu pembentukan telur yang sihat dalam rahim wanita dan membantu pembebasan telur semasa peringkat ovulasi. Ubat ini juga berkesan untuk meningkatkan jumlah sperma dalam badan lelaki. Menariknya, suntikan ini akan meningkatkan keberangkalian untuk anda mendapat anak kembar dua atau tiga.

Selain itu, kaedah ini juga akan memberi kesan sampingan minimum kepada bahagian badan anda seperti kemerahan pada bahagian suntikan serta bengkak pada bahagian dada. Ada juga dalam kalangan wanita yang mengamalkan rawatan ini akan mengalami Ovarian Hyperstimulation Sysdrome (OHSS) terutamanya pada kitaran pertama penggunaan ubat ini. Jika simptom semakin serius seperti sakit perut, muntah dan cirit-birit, dapatkan nasihat doktor dengan segera.

3. Intra Uterine Insemination (IUI)

Foto: Ankoor Fertility Clinic

Kaedah rawatan ini pula disyorkan kepada wanita yang mempunyai masalah ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan. Prosedur ini juga dilakukan sekiranya lelaki mempunyai masalah ejakulasi pramatang atau sperma yang tidak begitu bermasalah. Selain itu, teknik IUI ini dilakukan dengan memindahkan sperma lelaki yang bergerak pantas terus ke dalam rahim wanita melalui satu tiub halus sewaktu ovulasi hampir berlaku. 

Ketika rawatan ini hendak dilakukan, isteri perlu mengambil ubat kesuburan untuk beberapa hari. Suami pula perlu menyediakan sampel sperma semasa hari prosedur. Sperma yang sihat akan dipilih dan dipindahkan terus ke dalam rahim melalui tiub kecil.

4. In-vitro (IVF)

Foto: The Medical Humanities

Rawatan ini pula agak mahal kosnya! Rawatan IVF ini adalah teknik mensenyawakan sampel sperma dan telur di dalam makmal. Kemudian, embrio yang terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim wanita. Kebiasaannya, doktor akan mencadangkan kaedah ini bagi isteri yang mempunyai masalah pada tiub fallopio atau kitaran ovulasi; ataupun si suami mempunyai masalah kekurangan sperma atau sperma yang tidak subur.

Dalam kaedah rawatan ini, isteri akan diminta supaya mengambil ubat kesuburan bagi mendapatkan beberapa telur. Kemudian, doktor akan memilih telur yang sihat untuk menjadi sampel melalui teknik ultrasound dan pembedahan kecil.

Manakala si suami pula perlu menyediakan sampel sperma. Dalam peringkat pensenyawaan, telur dan sperma akan digabungkan dan disimpan di makmal untuk pemerhatian. Jika berjaya, gabungan tersebut akan bertukar menjadi embrio dan akan dipindahkan ke dalam rahim isteri.

Anda sudah tahu semua rawatan kesuburan ini, kan? Jadi jika anda mengalami masalah kesuburan dan mahukan cahaya mata, bolehlah dapatkan rawatan yang sesuai.

Ingat ya, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu! Apa-apa pun, jangan cepat berputus asa sekiranya anda sudah cuba buat rawatan tetapi masih juga belum hamil. Teruskan berusaha! 

Sumber: Majalah PaMa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 26 Jan 2019

Krim pelindung matahari boleh membunuh terumbu karang, ketahui bagaimana anda boleh menyelamatkannya

Banyak terumbu karang di sekeliling dunia hampir musnah kerana hal ini

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Tips Kilatkan Kembali Barang Kemas Hanya Menggunakan Bahan Masakan! Jimat & Mudah!

Tetapi, apabila sudah dipakai setiap hari pasti akan kelihatan pudar dan kurang berkilat.

Featured Wed, 15 Apr 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM, SVM dan STAM ditunda ke suku pertama 2021

Sesi persekolahan hanya dibuka apabila selamat

Featured Tue, 19 May 2020
Gaya Hidup Thu, 28 Jun 2018

Ini Rahsia Puteri Aishah Untuk Kekal Cantik & Sihat Yang Perlu Anda Tahu

Kalau anda nak sentiasa cantik dan sihat macam Puteri Aishah, sila amalkan tip yang dikongsikan ini.

Featured Sun, 8 Mar 2020
Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Gaya Hidup Fri, 19 Apr 2019
Featured Mon, 1 Jul 2019
Gaya Hidup Tue, 16 Oct 2018

Adakah Anda Memiliki 10 Ciri Ini? Jika Ada, Sah Anda Drama Queen!

Misi dalam hidup si drama queen tidak lain tidak bukan mahu diberi perhatian juga menjadi perhatian!

error: Content is protected !!