Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 11, 2018 @ 4:58pm

Pancaran Cahaya Cacing Glowworm Cetus Panorama Luar Biasa Di Dalam Gua Waitomo

Apa yang ada di benak anda ketika melihat gambar di atas? Bintang-bintang di langit? Gambar hasil suntingan? Set filem Avatar 2? Atau Aurora dari Kutub Utara?

Apa juga telahan anda, suasana ajaib yang kita lihat itu telah dirakam dari sebuah gua yang terletak di kawasan Waitomo, North Island, New Zealand. Gua ini dinamakan sebagai Glowworm Waitomo.

Ini serba-sedikit informasi mengenai gua yang pertama kali dieksplorasi pada tahun 1887, penjelajahannya dikepalai seorang ahli suku kaum asli Maori, Tane Tinorau dan didampingi oleh peneroka Inggeris, Fred Mace.

Penduduk asli Maori sememangnya mengetahui tentang kwujudan gua berkenaan tetapi gua bawah tanah ini tidak pernah diterokai sehinggalah Fred tiba di sana untuk melakukan penyelidikan.

Foto: waitomo.com

Mereka membina rakit buluh dan membawa besama obor api serta lilin untuk menelusuri gua yang dialiri oleh sungai bawah tanah.

Apa yang mereka temui adalah satu pemandangan indah dan ajaib iaitu batu kapur yang dihiasi cahaya biru dan hijau menyerupai lampu mentol kecil yang berkelip-kelip di segenap ruang dinding gua.

Pemandangan indah itu datangnya dari cahaya yang dipancarkan oleh ribuan ekor cacing. Cacing di gua ini agak berbeza dengan cacing yang sering kita jumpa.

Foto: waitomo.com

Cacing ini adalah jenis glow worm. Sesuai dengan jolokannya sebagai bintang-bintang, cacing dengan nama saintifik Arachnocampa Luminosa ini menggantung dirinya di langit-langit gua dan memancarkan cahaya hijau atau biru yang berkilauan. Di sinilah tercetusnya suasana luar biasa di dalam Gua Waitomo.

Gembira dengan penemuan itu, Gua Waitomo dikunjungi berulang kali. Malah saat Tane membuat kunjungan solonya, dia menemukan pintu masuk ke gua yang lebih mudah diakses. Sampai sekarang ia kekal sebagai pintu masuk utama.

Pada 1889, Tane telah membuka gua berkenaan kepada pelancong. Dia dan isterinya Huti bertindak membawa pelancong dengan bayaran yang murah. Walau bagaimanapun pada tahun 1906 pengurusan gua ini diambil alih oleh kerajaan New Zealand.

                                                                       Video: Stoked for Saturday

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 5 Jun 2018

Ini Cara Untuk Mengenalpasti Saiz Permaidani Yang Perfect Untuk Rumah Anda

Yelah, kenalah sesuai dengan saiz ruang yang ada dan kedudukan perabot anda.

Gaya Hidup Mon, 18 Nov 2019

Undi Yes Malaysia untuk masyarakat lebih beretika

ACCA pupuk kesedaran mengenai kepentingan etika

Gaya Hidup Thu, 1 Feb 2018

Aktres Dan Pengacara Cantik Mira Filzah Kongsi Cara Penjagaan Rambut

Mira Filzah merupakan antara artis hijabista yang cukup popular dalam industri seni tanah air. Malah, pemakaian tudung pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini juga turut menjadi ikutan gadis-gadis di luar sana.

Featured Mon, 5 Nov 2018

Jangan Buat Perkara Ini Ketika Berada Dalam Kapal Terbang Kalau Tak Nak Terhempas!

Kerana perbuatan anda, kapal terbang boleh terhempas!

Featured Sun, 10 May 2020
Gaya Hidup Thu, 24 May 2018

Cara Anda Membalut Hadiah Sama Saja Dari Dulu? Cuba 5 Teknik Lebih Kreatif Ini

Bukan penerima hadiah itu saja, orang lain pun pasti akan rasa kagum dengan kebolehan anda.

Featured Tue, 4 Jun 2019

Figura Lebaran 2019: Berhabis RM40,000 untuk Lebaran – Noryn Aziz

Pernah kumpul duit raya lebih RM1,000, wow!

error: Content is protected !!