Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin November 5, 2018 @ 2:00pm

Jangan Buat Perkara Ini Ketika Berada Dalam Kapal Terbang Kalau Tak Nak Terhempas!

Kalau anda nak tahu, tidak semua perkara yang anda lakukan ketika berada di dalam kapal terbang adalah betul. Ini kerana, daripada perkara yang anda buat itu boleh mendatangkan masalah kepada pesawat!

Sebenarnya, bila naik pesawat, kru kabin pasti akan mengumumkan tentang peraturan yang perlu anda ikuti. Peraturan tersebut bukan saja-saja ya, ia bertujuan untuk mengelakkan kecelakaan. 

Jadi, sebagai penumpang yang bijak, anda perlu peka dan elakkan daripada melakukan 5 perkara ini:

1. Menghidupkan telefon pintar ketika berlepas dan ketika mendarat

Foto: Telegraph.co.uk

Pastinya anda sudah sedia maklum tentang perkara ini kan? Walaupun telefon pintar anda sudah berada dalam mod penerbangan, sebaiknya anda off sahaja ketika berlepas dan mendarat. Ini adalah waktu paling penting semasa penerbangan!

Menurut seorang pilot, Patrick Smith, telefon pintar bukanlah pengaruh utama yang membuat kapal terbang terhempas. Akan tetapi, gangguan komunikasi radio itulah yang mengakibatkan kapal terbang boleh terhempas. Jadi, matikan telefon pintar agar tidak mengganggu radio komunikasi juruterbang!

2. Jangan membawa barangan terlarang

Foto: Variety.com

Sebenarnya, faktor utama yang mengakibatkan kapal terbang terhempas adalah cuaca, kegagalan teknikal, kesilapan juruterbang, barangan penumpang dan sebagainya.

Selain itu, ada barangan terlarang yang tidak boleh dibawa oleh penumpang demi keselamatan penerbangan. Antaranya, bom, senjata tajam atau api, rokok elektronik, pemetik api, alat memancing dan peralatan olahraga.

3. Membawa powerbank berkapasiti besar

Foto: Sifupowerbank

Anda dilarang membawa powerbank yang melebihi kapasiti sekitar 20,000 mAh (bergantung pada syarikat penerbangan). Kalau anda nak tahu, powerbank boleh meletup jika terkena tekanan panas yang berlebihan atau litar pintas. 

Sebaiknya, jika anda ingin bawa powerbank bawalah yang kapasitinya rendah dan diakui terbaik kualitinya. Anda juga tidak dibenarkan melakukan pengecasan powerbank kerana boleh menjadi punca berlakunya letupan.

4. Jangan buka pintu kecemasan kapal terbang

Foto: Travelandleisure.com

Sekiranya, tiada arahan membuka pintu kecemasan, jangan sesekali anda membukanya! Perbuatan membuka pintu kecemasan ketika enjin kapal terbang masih hidup dapat membuatkan anda tersedut ke dalam enjin kapal ataupun kapal terbang akan terhempas! Selain itu, anda juga boleh dikenakan hukuman penjara.

5. Merokok di dalam kapal terbang

Foto: Tribunnews.com

Kalau anda nak tahu, penumpang kapal terbang dibenarkan merokok sehingga tahun 25 Februari 1990 sahaja! Ini kerana, merokok di dalam pesawat akan menjejaskan tahap kesihatan penumpang lainnya seperti mata pedih, bahagian tekak rasa terbakar, sehingga timbulnya risiko kanser paru-paru.

Berikutan kes tersebut, tahun berikutnya wujudlah peraturan tegas bagi larangan merokok di dalam pesawat. Jika anda berdegil, anda boleh dipenjara dan dikenakan penalti wang ringgit.

Dah tahu kan? Justeru, jadilah penumpang yang peka terhadap keselamatan diri dan penumpang yang lain! Janganlah disebabkan perbuatan anda berlakunya kecelakaan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Aliff Channel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Oct 2018

Inilah Satu Jenis Beg Tangan Yang Semua Wanita Bekerjaya Patut Miliki

Ia taklah sepopular mana tapi ia memang sangat berguna.

Featured Tue, 1 Aug 2023

Sedihnya! Bell Ngasri Terkilan Trofi Utama ABPBH 35 Bengkok – “Hati Saya Remuk! Tak Tahu Pun Kena Letak Dalam Kotak”

Alahai, sedihnya sedangkan kereta calar sedih, apatah lagi trofi abpbh ni😱😱😱

Featured Thu, 14 Apr 2022
Featured Tue, 28 Apr 2020

Tidak pasti jangan kongsi, tindakan tegas akan diambil!- Ismail Sabri

Amaran kepada mereka yang sebar berita palsu

Featured Wed, 29 Sep 2021
Featured Thu, 9 Apr 2020
Featured Sun, 20 May 2018

Enggan Ketinggalan Dalam Bergaya? Ikuti Lima Trend Popular Fesyen Lebaran 2018 Ini

Rekaan klasik kebaya pendek dan baju kurung pesak gantung, kembali mencuri tumpuan pereka fesyen terkenal.

error: Content is protected !!