Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 20, 2018 @ 5:00pm

Enggan Ketinggalan Dalam Bergaya? Ikuti Lima Trend Popular Fesyen Lebaran 2018 Ini

Selain juadah menarik, persalinan atau busana baru untuk diperagakan sempena Lebaran juga merupakan salah satu perkara wajib dalam perancangan mereka yang menyambutnya.

Walaupun ia sesuatu yang bersifat tradisional, namun rekaan busana Aidilfitri tidak lari dari mendapat olahan pereka mengikut trend semasa dan kesesuaian sambutan.

Jika pada tahun-tahun sebelumnya, trend baju kurung cenderung berpotongan cape dan peplum dengan permainan warna garang, kontra serta motif cetak menjadi pilihan pereka fesyen. Apa pula trend terhangat untuk raya tahun ini?

1. Ilusi Off Shoulder

Jika tahun sebelumnya rekaan lengan beropol, bertingkat atau kembang menjadi pilihan, tahun ini sentuhan dramatik ditumpukan di bahagian kain. Selain menyaksikan ramai pereka mengaplikasikan ilusi off shoulder iaitu stail fesyen yang menjadi kegilaan ramai gadis di atas hamparan baju kurung.

2. Perincian renda dan sulaman

Foto: Instagram Fizi Woo & Rico Rinaldi

Penggunaan renda dan sulaman juga dilihat menjadi salah satu material yang banyak digunakan oleh pereka tanah air untuk koleksi raya 2018. Antara lain, perincian renda dan sulaman memberikan impak lembut dalam masa sama dramatik ke atas sesuatu rekaan.

3. Kain broked, saree dan cetak bunga

Foto: Instagram Rizalman71

Kain broked walaupun sejenis kain yang tebal tetapi tetap menjadi pilihan kebanyakan pereka untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Cuma kemunculan Saree yang menjadi fabrik teras dalam rekaan Dato Rizalman Ibrahim mencetuskan kelainan kepada si pemakai.

4. Kebaya pendek, kurung pesak gantung 

Foto: Instagram Shenell Harun & Zami Zulkafli

Rekaan klasik kebaya pendek dan baju kurung pesak gantung, kembali mencuri tumpuan pereka fesyen terkenal. Namun begitu, improvisasi dilakukan dalam menghasilkan rekaan yang lebih segar, moden dan current! Kebaya dan kurung pesak sememangnya diketahui akan membuat si pemakai kelihatan lebih ayu dan anggun. 

5. Dominasi Warna Hitam

Foto : Instagram Ezuwan Ismail

Meskipun pakar dari Pantone meramalkan ultra violet sebagai warna yang ‘In’ untuk 2018, namun rona hitam nampaknya mendominasi apabila kebanyakan pereka fesyen terkenal memilih warna ini.

Pereka fesyen Ezuwan Ismail misalnya, memperkenalkan koleksi ‘Shades of Black’ untuk Primavalet dan dalam temubual bersamanya baru-baru ini, Ezuwan mengakui menerima banyak tempahan daripada pelanggan yang cenderung memilih hitam sebagai warna busana Lebaran kali ini.

Rona hitam bukan saja berupaya menyerlahkan elegan seseorang wanita, bahkan dapat memberi ilusi lebih langsing dan kurus kepada tubuh si pemakai.

Selain Ezuwan, Dato Rizalman Ibrahim turut menghadirkan seleksi warna ini menerusi koleksi Rizalman For Zalora 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Wed, 29 Oct 2025

“Sebagai Umat Islam, Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Orang” – Fazura Doa Yang Terbaik Buat Uqasha Senrose & Kamal Adli

Kata Fazura, dia menyeru agar masyarakat berhenti membuat spekulasi dan menilai mana-mana pihak.

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kesian Tengok Muka Menahan Malu..” – Netizen Sedih Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu?

Aduhai, sanggup pula tu Kak Long 7E jadi macam tu 🥲 Netizen simpati tengok Kak Long, mungkin terpaksa terima sebab terdesak 😣

Featured Tue, 16 Jun 2026

Isteri Aliff Syukri Naik Hantu, Dedah Dark Side Live Host ‘Main Tipu’ – “Kenapa Nak Kena Buat Perangai Sampah!”

Datin Seri Nur Shahidah meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pengacara siaran langsung (live host) yang didakwa menipu sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Events Mon, 29 Aug 2022

#JusticeForBella: Doktor Perjelas Kesan Lecur Dikedua Tangan Bella Berpunca Dari Tumpahan Air Panas

Kes perbicaraan remaja sindrom down yang dikenali sebagai Bella kembali berlangsung setelah dihentikan seketika pada 22 Julai lalu. Namun kali ini, Mahkamah Seksyen dimaklumkan bahawa kesan lecur yang terdapat pada tangan Bella adalah disebabkan berpunca […]

Featured Mon, 21 Oct 2024
Featured Wed, 24 May 2023
Featured Fri, 9 Aug 2019
error: Content is protected !!