Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops August 9, 2019 @ 4:09pm

Jom belajar cara memakai ‘highlighter’ untuk dapatkan solekan kulit ‘glowing’

Bagi memastikan solekan anda memberikan kesan yang sempurna, produk kosmetik asas yang perlu ada ialah ialah bedak asas cecair, penutup cela, pensil kening dan gincu.

Tetapi jika anda ingin menyempurnakan lagi solekan, antara produk solekan tambahan yang perlu digunakan ialah highlighter. Tahukah anda apa kegunaannya?

Pernahkah anda melihat gambar selebriti yang menampilkan kulit muka bersinar dan berkilauanSinar itu datangnya daripada highlighter.

Bagaimanapun, ia tidak bermaksud kulit mereka berminyak. Sebaliknya ia tampak bercahaya lembut seolah-olah kulit mereka bersinar secara semula jadi.

Untuk mendapatkan rupa solekan ini, produk highlighter perlu dipakai di beberapa ‘bahagian tertentu pada kulit muka. Jangan sapu di seluruh muka pula!

Hendak tahu di mana? Di dalam video di bawah, Daniel Martin, jurusolek Meghan Markle untuk majlis perkahwinannya tahun lalu, mengajar panduan memakai highlighter.

Langkah 1: Cari shade yang sesuai dengan warna kulit anda

Kebanyakan highlighter mempunyai dasar berwarna emas. Ini kerana warna highlighter hangat akan kelihatan bersinar pada pelbagai tona kulit.

Tetapi jika anda berkulit gelap, highlighter yang kemerahan warnanya akan menonjolkan lagi tona kulit anda.

Bagi kulit sederhana gelap, warna peach, coral dan limau tangerine akan tampak menarik.

Jika anda inginkan highlighter yang ketara warnanya, cuba tona putih, ungu violet ataupun ice purple.

Langkah 2: Pedap dalam bentuk C

Foto: The Cut

Kawasan di pipi untuk pemerah pipi dan highlighter tak sama, ya! Highlighter patut dipedap pada tulang pipi anda atas sedikit daripada pemerah pipi.

Keliru? Tak apa, ikuti tutorial ini: Senyum dan letakkan penghujung jari pada tulang pipi – itulah yang dinamakan apple of the cheek. Kemudian naikkan jari itu 2 mm ke atas. Di situlah anda patut pedapkan highlighter.

Pedap dan sekatakan dari tempat itu ke arah belakang kepala melalui sebelah mata sampailah di bawah bulu kening. Dapat bayangkan bentuk C?

Highlighter mampu mencahayakan bahagian muka ini dan alihkan perhatian orang daripada kawasan yang lebih gelap (seperti lingkaran mata hitam di bawah mata).

Langkah 3: Sapukan pada bahagian atas bibir

Selain di pipi, ada kawasan lain yang patut disapu highlighter. Pedapkan perlahan pada bahagian alur di antara hidung dan bibir. Ia akan membuatkan bibir anda tampak lebih tebal.

Foto: The Cut

Langkah 4: Sapukan sedikit pada batang hidung

Hidung pun anda perlu letakkan highlighter (fokus kepada hujungnya), tetapi jangan berlebihan! Nanti orang ingat berminyak pula.

Untuk hidung, guna sahaja lebihan highlighter pada jari. Dengan perlahan, sapukan pada batang hidung dan pedap sedikit di hujung.

Highlighter ini boleh menonjolkan tulang hidung dan membuatkannya tampak lebih tajam.

Langkah 5: ‘Kuatkan’ dengan lip balm

Bagi anda yang menggunakan highlighter berasaskan serbuk, calitkan sedikit salap bibir pada jari dan ulangi langkah 1 hingga 3. 

Teknik ini membuatkan highlighter anda tampak lebih berkrim dan sekata dengan kulit. Barulah tampak semula jadi!

Tetapi jika anda memang sudah gunakan highlighter berunsur krim atau cecair, tak perlu ikuti langkah ini. 

Awas! Panduan penting:

  • Jangan sapukan highlighter betul-betul di bawah mata! Ia akan menyerlahkan lagi lingkaran mata hitam anda. 
  • Jangan sapu ke bawah sangat sehingga menyentuh bahagian pemerah pipi, tetapi jangan tinggi sangat hingga mencecah bahagian bawah mata di mana anda sepatutnya sapukan penutup cela. 
  • Jangan sapu juga di bahagian kiri dan kanan dahi (bahagian di mana anda sapu minyak angin ketika pening kepala). Ia boleh membuatkan muka anda tampak lebar. 
  • Jangan sapu highlighter di dagu. Nanti tampak pelik. 

Dah tahu macam mana? Praktikkan, ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Oct 2025

Betty Rahmad Beri Teguran ‘Makan Dalam’ – “Takut Anak Kena Buli Tapi Mak Bapak Sakan Buli Orang Di Media Sosial”

Betty Rahmad menegur tindakan segelintir ibu bapa yang dilihat memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat.

Oh Lawa Wed, 11 Sep 2019

KFC 11 Finger Lickin’ Good Goods buat semua terliur!

Koleksi ‘streetwear’ KFC x Pestle Mortar Clothing tampil dengan cita rasa tempatan

Featured Wed, 30 Apr 2025

Azlee Senario Nafi Saiful Apek Ditahan Pihak Berkuasa

Susulan penularan foto didakwa pelawak dan pelakon popular, Saiful Apek, ditahan oleh pihak berkuasa, rakan seangkatannya dalam kumpulan Senario iaitu, Azlee tampil menafikan dakwaan tersebut. Menurut Azlee, laporan berkenaan adalah tidak benar dan dia meminta […]

Featured Thu, 30 Sep 2021
Featured Wed, 7 Jul 2021

Guna Wang Sendiri Hulur Bantuan Cari Bendera Putih, Tindakan Cik B Dipuji Ramai

Baru-baru ini, tindakan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendapat perhatian ramai. Dalam usaha untuk menyebarkan semangat bendera putih, Cik B telah turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. […]

Featured Wed, 15 Jan 2025

Suki & Waris Terima Anugerah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh kedua-dua artis tersebut menerusi hantaran di Instagram mereka.

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Kalau Kenen Gurau Tak Apa, Jangan Pula…” – Peminat Suka Gandingan Khai Bahar & Hawa Rizwana

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar sudah memahami permainan netizen yang suka mengaitkan dia menjalin cinta dengan wanita disekitarnya. Baru-baru ini, peminat telah mengaitkan Khai dengan pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana. Namun, pelantun lagu Bayang […]

Eat Travel Sat, 4 Jan 2020

10 destinasi menarik di Jogjakarta wajib dikunjungi

Kembara menakjubkan di kota bersejarah Indonesia

error: Content is protected !!