Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 29, 2021 @ 5:20pm

Netizen Tampilkan Bukti, Dakwa Video S*ks Kononnya Milik Ebit Lew Adalah Deepfake

Sebelum ini kecoh mengenai penyebaran video lucah yang didakwa melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) sehingga menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Terbaharu, seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Aziz Ramli mendedahkan, beliau telah mengkaji video tersebut dan yakin bahawa video lucah berkenaan adalah palsu dan telah direka atau deepfake.

“Assalamualaikum semua. Maafkan saya tak ada niat nak huru hara keadaan. Saya tengok begitu ramai dalam group ni yang percaya akan video tak senonoh yang libatkan Ustaz Ebit.

“Kalian tahu tak, sebelum kalian ikuti perkembangan mangsa, mesej-mesej lucah, angkat sumpah keluarga mangsa dan lain-lain. Kalian selidik betul-betul dulu video lucah tu. Saya jamin dan yakin 100% video itu adalah video palsu dan fitnah semata-mata,” katanya.

Bukti video lucah Ebit Lew adalah deepfake

Malah, individu tersebut juga turut meminta pertolongan rakannya yang lebih arif dalam dunia penyuntingan untuk meneliti video tersebut.

“Saya juga ada hubungi rakan saya dari Pakistan, yang ada pengajian tinggi dalam bidang video editing. Beliau sendiri kata video tu lebih kepada video yang guna deepfake. Kenapa deepfake? Rujuk gambar2 di bawah. Ini bukan tokok tambah daripada saya, ini adalah usaha yang dilakukan dgn menggunakan akal fikiran yang Allah bagi kepada saya,”jelasnya.

Menurutnya, sebelum ini fasilitator dan penganalisis jenayah di Malaysia, Kamal Affendi dalam satu sesi temu bualnya juga tidak menyebut bahawa video kontroversi itu adalah palsu atau deepfake.

Apapun, tindakan ini harus dipuji namun, biarlah pihak berkuasa menjalankan sisatan bagi menentukan kesahihan dan ketulenan video berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Aug 2025
Featured Tue, 30 Nov 2021

Gadis Tetap Gembira Walaupun Hanya Tunang Secara Ringkas & Santai Di Restoran

Kisah romantik seorang lelaki yang melamar teman wanitanya di sebuah restoran pernah tular di laman TikTok pada bulan lalu. @aidilriza_ Dulu lapar tapi sekarang dah kenyang. Dulu takde drip tapi sekarang berenang, dulu single, sekarang […]

Hiburan Fri, 26 Sep 2025
Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Trending Tue, 7 Apr 2020

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

80 pesakit covid-19 dibenarkan keluar wad hari ini.

Featured Thu, 23 Feb 2023

Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

Betul ke netizen kata Datuk Alha Alfa yang merisik tu? 🤔

Hiburan Tue, 24 Mar 2026

Fazura Respons Individu Wanita Kongsi Terima Duit Raya Daripada Suami Selepas 23 Tahun Kahwin – “RM5 Pun Gembira Kan, Apatah Lagi…”

Fazura pernah mendedahkan dia sendiri tidak pernah menerima duit raya daripada bekas suaminya, Fattah Amin

Trending Thu, 19 Jul 2018
error: Content is protected !!