Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 27, 2023 @ 1:40pm

Alami Masalah Jantung & Buah Pinggang, Ebby Yus Kini Jalani Rawatan Alternatif

Pelawak dan pelakon, Ebby Yus dikhabarkan sedang menjalani rawatan alternatif secara moden dan tradisional untuk penyakit jantung dan buah pinggang yang dialaminya di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Memetik laporan Harian Metro, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, memaklumkan bahawa keadaan buah pinggangnya masih stabil dan tidak perlu menjalani dialisis selepas membuat pemeriksaan doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Alhamdulillah, saya lega sangat dengan keputusan pemeriksaan doktor terhadap masalah buah pinggang itu. Syukur tidak perlu buat analisis lagi dan saya kena berusaha untuk cuba buat rawatan alternatif.

“Kebetulan rezeki saya, ada pihak perubatan ingin menaja rawatan alternatif di tempat mereka dan saya ingin mencubanya. Alhamdulillah, saya sudah melengkapkan empat kali rawatan setakat ini daripada 35 sesi ditetapkan,” jelasnya.

Tambah, Ebby bersyukur setelah menjalani rawatan alternatif beberapa kali dan merasai perubahan terhadap tubuh badannya.

“Setiap kali sesi dihadiri selama tiga jam dan hari-hari kena hadir ke pusat rawatan itu. Untuk beberapa hari dirawat ii, saya dapat rasakan tahap kesihatan ada perubahan apabila diri terasa ‘fresh’, termasuk kurang rasa letih dan lemah badan,” kongsi Ebby.

Walaubagaimanapun, Ebby masih berjumpa dengan doktor pakar mengikut temu janji secara berkala dan rawatan ini juga membolehkannya untuk berpuasa penuh.

Terdahulu, Ebby dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL akibat komplikasi jantung dan buah pinggang rosak pada Februari lalu.

Susulan itu, Ebby dirawat lebih seminggu di hospital kerana mendapati badannya membengkak akibat dipenuhi air dan buah pinggang tidak mampu memproses air keluar dari badan sehingga menjadi sesak nafas.

Sehubungan itu, Ebby mengambil keputusan untuk berehat dari aktiviti seni namun bersyukur diberi rezeki untuk bergabung semula dengan rakan kongsinya, Adam dengan membuka restoran masakan cina iaitu Adam Lai Kitchen di Medan Selera Kampung Baru dan telah beroperasi lebih seminggu lalu.

“Bagi yang pernah menikmati masakan makanan Cina enak air tangan Adam sebelum ini, dia kembali di dapur semula dan kami menjadi rakan kongsi kembali. Alhamdulillah, Allah memberi peluang rezeki lain lagi untuk saya,” ujarnya kepada Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jun 2023

Nafi Lari Dari Masalah, Intan Saleh Ajak Izreen Azminda Berjumpa – “Dah WS, Tapi Masih Tiada Respons”

Memang dah ajak pihak sana jumpa.. Jom, bagi tempat dan bila – Intan Saleh

Featured Thu, 18 May 2023

“Dia Sihat Walafiat” – Tular Berita Kematian Suami, Isteri Toki Kesal Dengan Berita Palsu

Jangan bimbang kerana Daddy Toki berada dalam keadaan sihat walafiat – isteri Toki

Hiburan Fri, 11 May 2018

Lagu-lagu R Kelly Kena Boikot?

Muzik Kelly masih boleh didapati menerusi perkhidmatan itu tetapi keputusan untuk mengeluarkannya dari senarai lagu bermakna ia tidak akan dipromosi.

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Trending Sat, 19 Dec 2020
Featured Wed, 21 May 2025
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Tukar Angin, Black Mahu Jadi Penyanyi Nasyid?

Black pernah menghasilkan lagu berkonsep kerohaniaan bersama kumpulan Rabbani sebelum ini. Semoga dipermudahkan, Black!

error: Content is protected !!