Trending By: Ad Ops April 13, 2018 @ 1:34pm

Khloe Kardashian Selamat Melahirkan Anak Perempuan Tetapi…

Haih, tak sah kalau tak ada drama dalam situasi yang melibatkan keluarga Kardashian ini! Terbaru, teman lelaki Khloe Kardashian, Tristan Thompson, iaitu bapa kepada kandungannya, baru saja didedahkan yang dia telah berlaku curang sepanjang masa Khloe sedang mengandung.

Selasa lalu, akhbar online Daily Mail melaporkan yang Tristan dilihat bercumbuan dengan seorang wanita pada 7 April di New York. Siap ada video lagi.

Akhbar Page Six pula mengenalpasti wanita tersebut sebagai seorang model bernama Lani Blair. Mereka berdua dilaporkan telah menghabiskan masa berjam-jam di sebuah hotel di mana Tristan dan pasukan bola keranjangnya, Cleveland Cavaliers sedang menginap.

Ada sumber mengatakan yang Tristan memang sudah lama menduakan Khloe dan sering berlaku curang sejak sebelum mereka mula berdating lagi.

“Nanti mesti ada ramai wanita yang tampil sebagai mangsa permainannya,” kata seorang sumber.

Foto: Instagram Khloe Kardashian

Juga pada Selasa lalu, sebuah video kamera litar tertutup yang dirakam pada Oktober tahun lepas (ketika Khloe hamil 3 bulan) menunjukkan Tristan telah curang dengan 2 orang wanita di Washington, DC.

Khloe dikhabarkan hamil sejak September tahun lepas tapi dia hanya mengesahkannya pada bulan Disember. Maknanya Tristan memang sudah tahu tentang kehamilan Khloe, tapi dia tetap juga bermain kayu tiga! Kejamnya!

Tapi sebanyak mana kita inginkan Khloe untuk tinggalkan Tristan ekoran insiden ini, Khloe katanya sudahpun maafkan lelaki itu. Ha?

“Khloe hanya merasa terlalu gembira buat masa ini. Dia telah jatuh cinta dengan anak perempuannya. Perkara lain tak penting,” kata sumber keluarga Kardashian kepada akhbar People.

“Dia terlalu gembira sampai dia tak marah langsung tentang kes curang Tristan. Baginya, kes itu cuma insiden rawak yang tak bermakna apa-apa pun.”

“Katanya semua orang perlu move on. Dia tak kisah langsung jika ada orang yang tak puas hati tentang keputusannya untuk terus kekal bahagia bersama Tristan.”

Khloe telah melahirkan anaknya di sebuah hospital di Cleveland pada pagi Khamis (waktu Amerika). Dia ditemani oleh ibunya Kris Jenner, kakak-kakaknya Kim dan Kourtney serta kawan rapatnya Malika Haqq.

Sumber keluarga itu mengatakan lagi bahawa mereka merasakan yang Khloe akan cuba untuk membina semula hubungan kasih sayang dengan Tristan demi anak mereka.

Hmm, baiklah.

Ada sesetengah pihak yang berpendapat yang insiden ini adalah karma untuk Khloe kerana Tristan sanggup tinggalkan teman wanitanya Jordan Craig yang sedang hamil ketika itu, untuk bersama dengan Khloe dua tahun lalu. Jeng jeng jeng!

Sumber: People, Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Sep 2019

This American Company is Willing to Pay You $1000 Just For Drinking Coffee for a Month

Caffeine addicts and coffee churches, this might be your time!

Trending Thu, 3 Jan 2019

日本最诡异的废弃公园!藏着800多座人形雕像

当一座雕像在你面前伫立时,你会用什么样的角度或眼神来欣赏它呢?而一个布满雕像的花园,你又会有何心情?

Trending Fri, 6 Nov 2020

Malaysia Dijangka Alami Pertembungan 2 Wabak Hujung Tahun Ini

Jangan leka dan dapatkan suntikan jika perlu

Trending Sat, 12 Dec 2020
Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Berada Dalam Studio Bersama, Agnez Mo & Justin Timberlake Bakal Berduet? 

Wowwww! Agnez Mo nak keluar lagu duet baru dengan Justin Timberlake ke? Fuhhh mantappp 🤩🤩🤩