Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 14, 2018 @ 12:00pm

Adakah Hujung Minggu Anda Membosankan? Jom Luncur Ais Di MYNISS

Stadium Luncur Ais Kebangsaan Malaysia (MYNISS) di Empire City, Damansara Perdana adalah gelanggang yang digunakan bagi kejohanan Sukan Sea 2017, berlangsung pada September dan sesudah temasya itu, ia dibuka kepada orang ramai untuk aktiviti rekreasi luncur ais.

Dengan keluasan gelanggang 1,800 meter persegi, ia sememangnya menjanjikan satu arena yang menarik untuk pengunjung menikmati dunia sukan luncur ais dalam premis ‘indoor’ serba lengkap.

Malah dengan yuran kemasukan bermula RM20 termasuk kasut luncur membolehkan pengunjung menjadikan aktiviti luncur ais sebagai aktiviti mengisi waktu lapang.

Tidak sekadar menjadikan destinasi itu sebagai lokasi pertandingan, disediakan juga bilik untuk aktiviti keluarga seperti mengadakan sambutan keraian.

foto : myfave.com

Bagi mereka yang kali pertama datang ke sana, tidak perlu risaukan kemampuan untuk meluncur ais kerana ada jurulatih yang bersedia membantu anda meluncur dengan selamat.

Malah, di sini juga menjadi destinasi atlet sukan luncur ais kebangsaan melakukan rutin harian mereka termasuk latihan luncur berirama, hoki ais dan luncur laju laluan pendek (short track speed skating).

Jadi sekiranya ke sini, anda dapat melihat pelbagai gaya yang dilakukan atlet yang sedang berlatih, sekaligus memberi inspirasi untuk terus mengasah kemahiran supaya mampu meniru aksi yang dipamerkan atlet berkenaan pada masa depan.

Jika pengunjung ingin menjadikan aktiviti luncur ais bukan sekadar rekreasi, lokasi itu juga menyediakan pakej latihan dengan harga tertentu kerana ia juga sebagai salah satu langkah untuk melahirkan lebih ramai bakat dalam sukan berkenaan.

Foto : yuhjiun09.com

Pengurus Akademi MYNISS, Aizarudin Idrus berkata, MYNISS mendapat perhatian ramai pengunjung terdiri daripada atlet yang ingin berlatih dan keluarga yang mahu menjadikan gelanggang Sukan SEA itu sebagai destinasi mengisi waktu santai.

Katanya, ketika ini terdapat akademi yang ditubuhkan di dalam MYNISS bagi tiga acara sukan ais iaitu luncur berirama, hoki ais dan luncur laju laluan pendek kerana terdapat permintaan orang ramai untuk mempelajari kemahiran ‘melayang’ di atas ais.

“Di sini, kami wujudkan lokasi yang kondusif untuk semua kategori pengunjung tanpa mengira sama ada rekreasi ataupun atlet kerana kami ingin mengajak lebih ramai orang datang serta menyertai aktiviti ini.

“Selain itu, mereka yang berminat untuk pergi lebih jauh juga boleh menggilap bakat dengan menyertai akademi kami,” katanya

Foto : myfave.com

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 15 Oct 2019
Featured Fri, 17 Jan 2020
Featured Mon, 8 Jan 2018

7 Kesilapan Semasa Mencuci Rambut Yang Anda Selalu Lakukan

“Eh apasal rambut aku masih kasar dan gatal, padahal baru sahaja basuh dan syampu malam tadi? Masuk ni dah banyak kali tukar syampu tapi masih tak jumpa yang sesuai. Tak tahulah ni masalah syampu atau […]

Featured Tue, 24 Apr 2018

Awas! Ketahui 6 Jenis Bahan Bahaya Dalam Produk Kecantikan

Sesetengah produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang sangat bahaya bukan sahaja untuk kulit tetapi kesihatan kita.

Featured Wed, 31 Oct 2018

12 Benda Yang Sentiasa Perlu Ada Di Rumah Anda Untuk Saat-Saat Kecemasan

Jika anda dah bersedia, anda boleh hadapi segala cabaran dengan mudah.

Gaya Hidup Thu, 5 Apr 2018

Wajib Pergi 10 Tempat Ini Jika Anda Holiday Ke Langkawi

Memiliki keindahan semula jadi dan warisan geologi seperti gunung-ganang, pulau dan pantai yang indah menjadikan Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan di Malaysia yang dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.

Gaya Hidup Thu, 19 Apr 2018

5 ‘Port’ Air Terjun Yang Paling Menarik Di Malaysia. No.4 Paling Best!

Jom nikmati keindahan dan kecantikan air terjun di Malaysia. Pasti teruja!

Featured Fri, 31 May 2019
error: Content is protected !!