Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 18, 2018 @ 9:00am

Kalau Sudah Pekena Sate Zainab Ismail, Pasti Tak Pandang Sate Lain Lagi

Bercakap mengenai menu yang satu ini, ia antara hidangan popular sepanjang Ramadhan dan Hari Raya. Pastinya anda juga pernah menjadikan ia hidangan wajib ada buat para tetamu yang datang bertandang ke rumah terbuka anda.

Makanan yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah sate. Bercakap tentang makanan tradisi Malaysia itu, ia sangat sinonim dengan nama Haji Samuri. Iaitu pelopor restoran sate yang telah berjaya mengkomersilkan hidangan itu sebagai makanan harian di negara ini.

Adat berniaga pasti ada saingan, kemunculan stall seperti Satay Willy, Satay Station, Pak Din Satay, Haji Senin Sate, Kamaruddin Satay dan Aji-Don Alley, menambah variasi pilihan buat pelanggan.

Foto: V Keong

Namun dalam banyak-banyak restoran sate popular yang disebutkan, Sate Zainah Ismail tetap WIN! pada pendapat penulis. Terletak di 3437, Jalan Keramat, Kuala Lumpur, banyak ulasan di atas talian jika anda menaip nama sate ini. Rata-rata ulasan yang diberikan adalah amat positif.

Sedikit informasi buat pembaca, dulunya restoran ini menggunakan nama Ismail Satay. Allahyarham Ismail merupakan bapa kepada Puan Zainah iaitu pengusaha sekarang. Kiranya Puan Zainah ini mewarisi kepakaran bapanya membuat sate. 

Berdekatan dengan stesen LRT, bagi yang malas memandu boleh menaiki LRT dan berhenti di Stesen Damai. Mudah menemuinya bila sahaja anda keluar dari stesen LRT tersebut.

Foto : V Keong

Jika masih menghadapi masalah mencarinya, jadikan pencarian anda menarik dengan mengikuti asap dari bumbung serta bau sate yang sedang dibakar.

Menjadikan Sate Zainah Ismail cukup istimewa, kerana rempah ratus yang diperap membuatkan sate ini lazat dimakan sekalipun tanpa kuah kacangnya.

Bukan itu saja, terdapat aneka sate iaitu ayam, daging, hati ayam dan perut lembu. Meskipun harga sate di sini agak mahal mencecah RM2 akan tetapi dijamin anda berpuas hati kerana selain rasanya yang sangat sedap, isi satenya ‘gemok-gemok’. Enam, tujuh batang sudah boleh buat anda kenyang!

Foto : V Keong

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023

Berang Dengan Komen Nakal Di Instagram, Ciapan Imran Bard Terlibat Kemalangan Raih Perhatian

Pempengaruh yang terkenal dengan gelagat lucu, Imran Bard menjadi tumpuan netizen kerana berang dengan komen nakal setelah dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya. My 2023 opening 🫶 pic.twitter.com/p2SOHlmbM3 — Imran Bard (@imemerang) January 2, 2023 […]

Featured Thu, 14 May 2020

Keistimewaan akan ditarik balik jika enggan bayar kos penginapan kuarantin wajib

Tindakan undang-undang turut akan diambil kepada PR dan pemegang pas lawatan sosial

Gaya Hidup Mon, 14 Jun 2021

Pandemik Jadi Titik Tolak 2 Sahabat Bangunkan Aplikasi Cuci Kereta

Sektor ekonomi dalam dan luar negara semestinya terjejas dek kerana pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh pelusuk dunia. Namun begitu, keadaan ini memberikan hikmah tersendiri kepada ramai peniaga di luar sana untuk menjadi lebih kreatif […]

Gaya Hidup Tue, 2 Oct 2018
Featured Sun, 24 May 2020
Gaya Hidup Fri, 24 Aug 2018

Nak Suara Selunak Siti Nurhaliza, Amalkan 6 Petua Ini Setiap Hari

Terdapat beberapa petua tradisi yang dapat memperbaiki suara seseorang sekali gus mendapatkan suara lunak dan merdu.

Featured Wed, 6 May 2020
Gaya Hidup Thu, 12 Jul 2018
error: Content is protected !!