Parenting By: tex_admin April 18, 2018 @ 4:14pm

Tak Nak Anak Lemas Ketika Tidur? Ikuti Tip Posisi Tidur Yang Betul Oleh Doktor Ini

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata yang akan mewarnai kehidupan harian mereka. Bagi anda yang sudah mempunyai anak pasti sudah tahu bahawa bayi yang baru lahir rutin harian mereka hanya tidur dan melelapkan mata. Selepas berusia tiga bulan ke atas, barulah kita berkesempatan bermain dan bermesra dengan si kecil.

Sememangnya bayi memerlukan tidur yang cukup. Kami mahu bertanya kepada anda, adakah sebelum bayi anda tidur, anda sudah pasti tempat tidur atau cara tidur mereka itu adalah selamat dan tidak bahaya yang boleh menjadi penyebab kematian?

Adakah, sekiranya bayi anda tidur di dalam buaian, anda datang jenguk mereka? Dan, adakah semasa bayi sedang tidur dalam posisi yang salah, anda akan perbetulkan posisi tidurnya? Jika semua jawapan anda adalah tidak, tak mustahil ia mampu mengancam nyawa anak kesayangan anda.

Bagi anda yang masih tidak tahu tentang posisi tidur yang betul untuk anak, ikuti tips daripada Dr. Norrashidah Abd Wahab, Konsultan Pediatrik Paru-paru.

1. Posisi terlentang

Foto: Kaltim post

Bagi bayi yang normal, mereka boleh tidur dalam apa jua posisi. Tapi, posisi tidur terlentang lebih digalakkan. Posisi tidur terlentang lebih memudahkan ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan sesak nafas. Anda juga disarankan untuk meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala sedikit tinggi daripada perut. Ia juga bertujuan mengelakkan bayi termuntah.

2. Posisi meniarap

Anak anda juga boleh tidur dalam posisi meniarap. Tapi, pastikan tilam yang digunakan tidak terlalu lembut. Anda juga perlu meletakkan bantal nipis di bawah perut bayi supaya mereka berasa lebih selesa. Jika anda mendapati bayi boleh mengalihkan muka mereka ke sisi sewaktu tidur meniarap maka, mereka bebas dan selesa tidur dalam keadaan begitu.

3. Posisi mengiring

Anda juga boleh memilih untuk menidurkan bayi secara mengiring dan yang paling penting letakkan sebiji bantal di bahagian belakang badan supaya bayi tidak terlentang secara mengejut. Seperti yang anda tahu, bayi yang baru lahir akan tidur antara 16 hingga 18 jam sehari. Mereka akan terjaga sekiranya hendak menyusu dan menukar lampin. Atas faktor tersebut, anda dinasihatkan supaya menukar posisi anak-anak setiap dua jam sekali kerana biasanya bayi yang baru lahir sukar untuk bergerak sendiri.

Selain itu, kepada anda yang mempunyai bayi yang tidak normal seperti pra-matang atau sindrom down, anda perlu menitikberatkan soal posisi tidur anak-anak. Posisi tidur terlentang tidak digalakkan buat bayi yang tidak normal. Hal ini kerana, mereka ketika dilahirkan otot-otot mereka cukup lemah dan lembik. Disebabkan itu mereka tidak boleh tidur dalam posisi terlentang kerana mudah mengalami sesak nafas dan lidah serta rahang mereka akan terjatuh ke belakang.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak mementingkan tentang posisi tidur yang betul untuk anak-anak. Kalau anda perasan, baru-baru ini terdapat kes bayi yang berumur sepuluh bulan meninggal dunia kerana tidur tertiarap di dalam buaian. Selain itu, bayi yang masih kecil juga akan mudah mendapat Sudden Infant Dead Syndrome (SIDS) atau sindrom kematian bayi secara mengejut. Hati-hati!

Sumber: Kosmo Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Wed, 24 Jan 2018

Tipu Dalam Perkahwinan

Perkahwinan yang terbina dengan cinta, kasih sayang dan rasa percaya sudah tentu akan goyah apabila satu pihak berlaku tidak jujur kepada pasangan. Tidak semestinya terpalit dengan episod curang, penipuan lain dalam rumah tangga juga boleh […]

Parenting Wed, 25 Apr 2018

Jangan Urut Bayi Anda Sesuka Hati. Ikuti 9 Cara Yang Betul Ini

Teruja nak urut bayi tapi tidak tahu teknik yang betul? Ini caranya.

Featured Fri, 11 May 2018

Wahai Para Ibu, Jangan Pernah Rasa Bersalah Lakukan 6 Perkara Ini

Mungkin anda rasa bersalah melakukan 5 perkara ini kepada anak ada.

Parenting Thu, 17 May 2018
Parenting Thu, 18 Jan 2018

Perlu Atau Tidak Pendidikan Seks Untuk Kanak-Kanak?

Golongan remaja dan kanak-kanak kini terdedah kepada gejala tidak bermoral. Terkini di kalangan remaja ialah melayari laman-laman sesawang pornografi di mana mereka berkongsi gambar-gambar ‘terlampau’ untuk ditonton oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Malah ada yang lebih berani […]

Parenting Tue, 20 Feb 2018

Sudah-sudahlah Bagi Muka Pada Anak Lelaki, Takut Nanti Jadi Kuli

Mendidik anak memang bukan perkara mudah. It’s a learning process. Sebagai ibu bapa kena bijak untuk melahirkan generasi yang boleh dibanggakan di kemudian hari.

Featured Thu, 10 May 2018

Serangga Masuk Ke Dalam Telinga Anak Anda? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Ini boleh menyebabkan anak anda berasa takut, tak selesa atau sakit jika dibiarkan.

familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

Featured Thu, 31 May 2018

Boleh Cuba Menu Pasta Ini Kalau Anak Anda Dah Bosan Makan Bubur Nasi

Menu pasta ini pasti menjadi kegemaran si manja anda!