Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Parenting By: Shaidah Shafie July 10, 2019 @ 2:15pm

Ibu perlu bijak pikat selera anak

Kanak-kanak yang tidak mendapat zat mecukupi lazimnya akan mengalami masalah dalam proses tumbesaran, antaranya berat badan tidak bertambah dan terdedah kepada pelbagai penyakit.

Situasi begini terjadi disebabkan anak kurang makan dan ‘memilih’ makanan yang disediakan oleh ibu walaupun sudah pelbagai menu disediakan dalam usaha memikat selera si anak. 

Foto: iStock

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Institut Jantung Negara, Mastari Mohamad, yang dipetik daripada Kata Pengantar buku Simply Nutritious For Kiddos berkata masalah memilih makanan dan berat badan tidak bertambah sering terjadai dalam kalangan kanak-kanak.

Sehubungan itu, katanya, ibu bapa perlu peka cara untuk mengatasinya supaya si kecil mahu menikmati makanan sewajarnya dan seterusnya dapat membesar dengan sempurna  tanpa sebarang masalah.

“Sebahagian kanak-kanak agak memilih dan makan dalam kuantiti yang sedikit, ini menyebabkan mereka menghadapi masalah kurang berat badan.

“Isu ini sering dirujuk kepada pakar pemakanan untuk membantu meningkatkan berat badan melalui perancangan pemakanan lengkap secara individu,” katanya.

Dalam buku berkenaan, beliau turut berkongsi beberapa panduan mudah untuk dilakukan ibu bagi mengatasi masalah anak memilih makanan atau tidak mahu makan.

Buku Simply Nutritious For Kiddos yang memuatkan panduan pemakanan kanak-kanak terbitan Institut Jantung Negara (IJN).

Antara panduan yang dikongsi Mastari ialah:

# Masa makan yang tetap dan memastikan anak bersedia adalah sangat penting, supaya mereka tidak merasa dipaksa untuk makan.

# Keluar membeli barang makanan bersama anak dan benarkan mereka untuk menyentuh serta memilih bagi menggalakkan mereka minat  mencuba makanan tersebut.

# Ibu bapa jadi contoh – anak-anak akan lebih tertarik untuk merasa makanan baru apabila melihat orang lain mencuba makanan tersebut. Kanak-kanak juga mudah mempraktikkan gaya makan sihat apabila mendapat perhatian yang positif daripada ibu bapa.

Katanya, ketika usia membesar antara empat hinga 12 tahun, banyak perkara yang ingin diketahui menyebabkan mereka akan mencari jalan bagi memperoleh jawapan yang diingini.

“Kanak-kanak berumur antara empat hingga 12 tahun berada di peringkat aktif di mana mereka belajar dan meneroka. Menyediakan pemakanan seimbang kepada kanak-kanak dapat membantu mencapai pertumbuhan yang ideal dan mencegah penyakit.

“Nutrien yang berbeza harus diperkenalkan dalam kuantiti yang mencukupi untuk memberi manfaat kepada perkembangan intelektual dan fizikal kanak-kanak,“ katanya,

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya ibu bapa menyediakan pemakanan untuk anak-anak berasaskan lima kumpulan makanan ini iaitu:

Panduan pelan penyediaan makanan untuk kanak-kanak yang boleh dijadikan panduan oleh ibu-ibu. Foto: IJN.

Kanji dan bijirin: Nasi, mi, roti, barli, bijirin sarapan pagi, biskut – mempunyai sumber protein dan kalsium yang sangat baik, amat penting untuk menguatkan tulang / gigi.

Produk tenusu dan susu: Dadih, keju, susu – membekalkan sumber utama tenaga, serat makanan, vitamin dan mineral.

Protin: Ikan, ayam, daging, telur, tauhu, fu-chok, dhal, kacang hijau – kaya dengan protein, zat besi dan zink yang penting untuk membina otot dan tisu badan

Sayur-sayuran dan buah-buahan: Bayam, kacang buncis, terung, lobak merah, tomato, kubis, brokoli, betik, pisang, epal, oren, anggur, tembikai – mengandungi vitamin, ‘phytochemical’, mineral untuk kesihatan dan imuniti keseluruhan. Serat membantu mencegah sembelit. Mengambil buah-buahan & sayur-sayuran pelbagai warna akan memberi vitamin dan antioksidan yang berbeza.

Selain memenuhi keperluan diet daripada aspek pemakanan, katanya ibu bapa juga patut membabitkan anak dalam pelbagai aktiviti yang mudah untuk dilakukan anak seperti memasak bersama-sama dan mengajak mereka ke pasar memilih barang yang akan dimasak.

Ini kerana sesi sebegini akan menarik minat kanak-kanak menunjukkan kebolehan mereka secara tidak langsung apabila diajak bersama. Keadaan ini juga berupaya mendidik anak-anak menjadi lebih berani  dan berdikari untuk untuk menyuarakan pendapat atau apa yang mereka fikirk ketika itu.

“Sesi memasak bersama kanak-kanak seperti melibatkan mereka dalam penyediaan makanan adalah strategi untuk menarik minat mereka mencuba makanan baru.”

“Proses memasak sendiri bukan sahaja memupuk amalan pemakanan yang sihat sejak kecil tetapi juga meningkatkan keyakinan diri mereka dan mengeratkan hubungan ahli keluarga,” katanya.

Perkara yang ibu boleh lakukan untuk menarik minat anak makan masakan mereka sendiri ialah:

# Merancang resipi lebih awal, bahagikan tugas penyediaan/memasak mengikut usia dan keupayaan mereka. Memperkenalkan makanan baru dan menjelaskan manfaat kesihatan nutrisi mereka.

# Sediakan mereka dengan pakaian yang sesuai. Cuba hidupkan sesi memasak seperti meminta bantuan anak untuk menghiaskan makanan dan biarkan mereka menjadi kreatif.

# Terangkan mengenai penggunaan peralatan dapur dan keselamatan makanan. Galakkan anak-anak untuk membersihkan dapur selepas memasak.

# Galakkan kanak-kanak untuk menyentuh dan merasa makanan. Menyediakan makanan bersama anak adalah strategi untuk menarik minat mereka untuk mencuba makanan baru. Proses memasak sendiri ini memupuk amalan pemakanan yang sihat sejak kecil tetapi juga meningkatkan keyakinan diri mereka dan mengeratkan hubungan ahli keluarga.

Jadi ibu-ibu apa kata rancang program memasak dengan anak hujung minggu nanti. Pasti anak suka!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Thu, 28 Jun 2018
Parenting Thu, 14 Jun 2018

Doa Achey Dan Isteri Beraya Sebagai Ibu Bapa Dimakbulkan Tuhan

Penantian lapan tahun pelawak Achey dan isteri untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila mereka memaklumkan mengambil seorang anak angkat.

Parenting Thu, 18 Jan 2018

Perlu Atau Tidak Pendidikan Seks Untuk Kanak-Kanak?

Golongan remaja dan kanak-kanak kini terdedah kepada gejala tidak bermoral. Terkini di kalangan remaja ialah melayari laman-laman sesawang pornografi di mana mereka berkongsi gambar-gambar ‘terlampau’ untuk ditonton oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Malah ada yang lebih berani […]

Featured Thu, 19 Sep 2019
Parenting Thu, 24 May 2018

Kalau Tak Nak 5 Risiko Ini Berlaku, Fikir Dahulu Sebelum Beri Anak Anda Puting Tiruan

Ketahuilah memberi bayi puting tiruan akan mengundang risiko pada mereka!

Featured Thu, 31 May 2018

Boleh Cuba Menu Pasta Ini Kalau Anak Anda Dah Bosan Makan Bubur Nasi

Menu pasta ini pasti menjadi kegemaran si manja anda!

Parenting Wed, 25 Apr 2018

Jangan Urut Bayi Anda Sesuka Hati. Ikuti 9 Cara Yang Betul Ini

Teruja nak urut bayi tapi tidak tahu teknik yang betul? Ini caranya.

Featured Wed, 17 Jan 2018

8 Kesan Negatif Gajet Terhadap Kanak-kanak

Kuasa gajet terhadap kanak-kanak yang melanda ketika ini bukan sahaja menjadi fenomena di Malaysia, malah sudah menjadi isu global. Rata-rata ibu bapa berasa bimbang terhadap isu ini, namun dek kesibukan terhadap rutin seharian, ada juga […]

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023
Parenting Mon, 4 Jun 2018

6 Cara Penting Untuk Mengajar Anak Anda Menabung Dari Kecil

Bila dia faham tentang kepentingan wang ketika dia masih kecil, senanglah nanti bila dia dah besar.

error: Content is protected !!