Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Parenting By: Yanie Baharom June 14, 2018 @ 4:00pm

Doa Achey Dan Isteri Beraya Sebagai Ibu Bapa Dimakbulkan Tuhan

Lapan tahun menanti, impian pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan dan tentunya ia lebih bermakna apabila segala keajaiban itu berlaku pada saat menjelang Hari Raya.

Achey atau Mohd. Nasir Hamzah, 32, menerusi Instagram menyifatkan kehadiran anak angkat yang juga seorang bayi perempuan diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu sejak 6 Ramadan lalu sebagai mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha mendapatkan cahaya mata.

“Assalamualaikum. Bismillah… Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah lapan tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata.

“Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu,” kata Achey menerusi laman Instagramnya.

Achey turut memuat naik foto bersama anak angkat perempuannya itu di laman Instagram dan mendapat perhatian pengikutnya.

Kata Achey, Nur Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu pada pukul 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, Achey menjelaskan punca isterinya jarang bersamanya sejak awal Ramadan akhirnya terjawab kerana Nor Hasanah berada di kampung bagi menjaga bayi mereka.

Kata anggota kumpulan Bocey ini, ramai menyangka isterinya berada di kampung selama sebulan disebabkan berselisih faham dengannya.

“Selama hampir sebulan kami berada di kampung terutama @anne_achey. Ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga Tiara dalam pantang.

“Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang hebat. Yang paling jelas saya dan isteri sangat gembira tak terkata,” ujarnya.

Sementara itu, Achey berharap agar semua peminatnya mendoakan kesejahteraan keluarga dan menerima kehadiran anak sulungnya itu.

“Kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran Tiara,” katanya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 May 2019
Parenting Wed, 4 Apr 2018

Anak Kerap Demam Malam, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Ibu antara orang yang paling risau apabila anak demam, lagi-lagi demam secara tiba-tiba pada waktu malam. Mesti tak tidur malam dibuatnya!

Parenting Wed, 10 Jul 2019

Ibu perlu bijak pikat selera anak

Fahami kerenah anak mudahkan tugas ibu!

Cahaya Mata Sat, 27 Aug 2022

Kagum Lihat Perkembangan Fatima! Fazura Akui Cerewet Pilih Pemakanan Anak & Hadkan Gajet

Setiap ibu mesti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, macam tu jugak dengan Fazura 😊

Parenting Thu, 19 Apr 2018

Ajar Anak Anda Mengira Dengan Alat Ini, Buat Sendiri Dengan Cawan Polisterin Saja!

Belajar mengira di atas kertas lama-lama boleh membosankan, jadi anda perlu cari idea lain supaya anak terus minat belajar.

Parenting Mon, 7 May 2018

Elak Perut Bayi Kembung, Ini Tip Efektif Untuk Sendawakan Bayi Anda

Kadangkala anak anda merengek sebab perutnya rasa kembung dan tak selesa.

Featured Fri, 11 May 2018

Wahai Para Ibu, Jangan Pernah Rasa Bersalah Lakukan 6 Perkara Ini

Mungkin anda rasa bersalah melakukan 5 perkara ini kepada anak ada.

Featured Tue, 8 Oct 2019

Pertolongan cemas bayi? Anda mesti ambil tahu!

Hadapi situasi cemas bersama bayi anda dengan yakin

Parenting Thu, 17 May 2018
error: Content is protected !!