Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin April 19, 2018 @ 6:00pm

5 ‘Port’ Air Terjun Yang Paling Menarik Di Malaysia. No.4 Paling Best!

Biasanya anda manfaatkan hari cuti anda untuk pergi ke mana ya? Kalau anda masih tidak tahu nak pergi mana, apa kata anda pergi berkelah di air terjun sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Anda boleh bawa sekali semua ahli keluarga ramai-ramai berkelah, bermandi-manda dan makan-makan. Fuhh! Mesti seronok!

Sebenarnya, dekat Malaysia banyak lokasi air terjun yang cantik dan menarik yang boleh anda kunjungi. Pengalaman penulis masa zaman kanak-kanak dahulu memang suka pergi ke air terjun Sungai Bantang, Bekok yang terletak di Segamat Johor. Penulis siap bawa bekal makanan lagi, lepas mandi air terjun terus makan. Memang syok!

Bagi anda yang tinggal di Johor bolehlah pergi ke air terjun Sungai Bantang. Tetapi bagi anda yang nak pergi ke lokasi air terjun yang lain, penulis senaraikan port best yang boleh anda luangkan masa bersama keluarga sambil berekreasi.

1. Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor

Foto: Flickr

Dekat bandar seperti Selangor juga ada air terjun yang menarik ya! Kalau anda nak tahu air terjun sungai Chiling merupakan antara air terjun yang paling popular di Selangor. Keindahan dan kecantikannya yang tidak dapat digambarkan akan memberikan anda pengalaman yang cukup bermakna. 

Kalau anda ingin pergi ke air terjun ini, anda perlu merentasi sungai sebanyak lima kali sebelum sampai ke destinasi ini. Sangat mencabar kan? Penulis menyarankan bahawa tempat ini tidak sesuai bagi anda yang mempunyai anak kecil atau bayi. Kesian mereka nak redah lima sungai itu! 

Selain itu, anda bukan sahaja boleh berkelah dan bermandi-manda, tetapi anda juga berpeluang untuk memberi ikan makan di santuari ikan. Penulis rasa nak pergilah hujung minggu ini!

Foto: Fraser

2. Air Terjun Ulu Geruntum, Gopeng, Perak

Foto: Utusan Online

Bagi anda yang sukakan aktiviti sukan lasak, bolehlah pergi ke sini kerana terdapat beberapa air terjun di mana ada kawasan rendah yang senang untuk anda pergi dan ada juga kawasan tinggi yang memerlukan anda merentasi sungai dan mendaki sedikit untuk sampai ke destinasi. Agak mencabar juga kan? Selain itu, lokasi air terjun ini juga terdapat aktiviti ekstrem seperti waterfall abseiling.

3. Air Terjun Lata Kinjang, Tapah, Perak

Foto: Lamanartikeldbp

Air terjun Lata Kinjang merupakan air terjun tertinggi di Malaysia dengan ketinggi 850 meter. Selain itu, air terjun ini juga popular kerana ia boleh dilihat dari Lebuhraya Utara Selatan.

Kalau anda nak tahu, Lata Kinjang mendapat nama kerana pada masa dahulu terdapat banyak kijang di kawasan itu. Orang lnggeris yang memburu kijang menyebut nama haiwan tersebut sebagai “kinjang”, kemudian nama tersebut terus kekas sehingga sekarang.

Foto: Lamanartikeldbp

4. Air Terjun Giam Klimau, Miri, Sarawak

Foto: Waterfallsofmalaysia

Giam merupakan bahasa dalam Bidayuh yang bermaksud air terjun. Lokasi air terjun ini terletak tidak jauh dari Gua Niah dan anda perlu melalui beberapa pos keselamatan kerana ia adalah kawasan persendirian. Sebaik tiba di lokasi, anda akan dapat melihat keindahan air terjun yang jatuh ke batu. Sangat cantik! 

Foto: Waterfallsofmalaysia

5. Air Terjun Sungai Kanching, Rawang Selangor

Foto: Jom Jalan

Jika anda ingin mengalami keseronokan dan kesejukan bermain air terjun tropika berdekatan Kuala Lumpur, silalah ke air terjun Kanching berhampiran Rawang, hanya 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Pada hujung minggu lokasi ini menjadi pilihan bukan sahaja penduduk tempatan malah pelancong asing juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati keindahan air terjun ini. 

Jika anda merancang untuk pergi ke air terjun ini, anda boleh menaiki pengangkutan awam dengan menaiki bas yang akan membawa anda terus ke lokasi ini. Menariknya, lokasi ini juga terdapat 7 buah air terjun yang boleh anda singgah. Cuma mengambil masa dalam 10 minit sahaja untuk sampai ke air terjun tersemut. Tetapi penulis ingin pesan kepada anda supaya berhati-hati di air terjun ini kerana terdapat banyak monyet liar yang mungkin akan datang mengambil makanan yang anda bawa.

Foto: Tourism Selangor

Jadi, apa lagi anda boleh pilih daripada 5 lokasi yang telah kami senaraikan untuk anda menikmati keindahan dan kecantikan alam semulajadi bersama orang-orang tersayang.

Anda juga perlu menitikberatkan soal keselamatan ana ketika bermandi di air terjun kerana batu-batu yang terdapat di sana dalam keadaan licin dan mungkin boleh mengundang bahaya. Selamat bercuti!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 11 Jun 2019

5 tanda hubungan cinta terbaharu anda berkembang dengan terlalu pantas

Jangan terburu-buru, nanti menyesal kemudian hari!

Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

Gaya Hidup Wed, 15 May 2019

4 bahan dalam penjagaan wajah yang perlu anda elakkan! Ini sebabnya

Keempat-empatnya berpotensi merosakkan alam sekitar.

Featured Tue, 13 Mar 2018

Apa Anda Perlu Buat Bila Duduk Berhampiran Dengan Budak Banyak Ragam Di Dalam Kapal Terbang

Menurut kajian, 37 peratus penumpang lebih sanggup duduk di sebelah orang dewasa yang berbau badan daripada duduk sebelah bayi yang menangis.

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah […]

Gaya Hidup Tue, 6 Nov 2018

Memang Cool Habis Koleksi Perabot Rekaan Lenny Kravitz, Se’cool’ Orangnya!

Kravitz mengekspresi bakat beliau dalam dunia hiasan dalaman, produk yang terhasil menjadi glamor dan penuh gaya.

Gaya Hidup Tue, 17 Sep 2019

Dendam pontianak bukanlah cerita pontianak yang biasa dilihat

Rasai ketakutan filem Dendam Pontianak di pawagam berhampiran anda sekarang!

Gaya Hidup Mon, 22 Oct 2018

Keliru Dengan UVA, UVB, SPF dan PA? Jom Fahami Maksud Label Produk Sunscreen Anda

Sinaran UVB juga memainkan peranan paling besar dalam menyebabkan kanser kulit.

Gaya Hidup Tue, 5 Feb 2019

10 petua menghilangkan kesan kotoran degil

Anda hanya perlu menggunakan bahan dari dapur sahaja

error: Content is protected !!