Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 20, 2018 @ 5:00pm

Karva Salon For Ladies By Nora Danish Utamakan Privasi Wanita

Aktres Nora Danish terus mengukuhkan profilnya sebagai usahawan dengan pembukaan empayar perniagaan baru iaitu Karva Salon For Ladies by Nora Danish, iaitu sebuah pusat serenti kecantikan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk rambut, manicure dan pedicure serta rawatan wajah.

Terdahulu pelakon berwajah comel ini, sudah membina nama dalam perniagaan menerusi pemasaran jenama hijab Owl by ND dan dua buah kafe.

Nora ketika ditemui semalam berkata, idea untuk menceburi perniagaan ini timbul secara kebetulan selepas dia berbual dengan kenalannya, Rozza Ramli dan Jai yang juga merupakan pemilik tiga buah cawangan salon Karva di Singapura.

“Sebenarnya pada tahun lepas saya ada ke Singapura dan mengadakan acara di sana. Kemudian saya berjumpa dengan rakan saya, Rozza.

Foto : Instagram Nora Danish

“Kami juga mula bertukar pandangan mengenai perniagaan dan bercakap mengenai keinginan masing-masing untuk membawa perniagaan ke Singapura dan Malaysia. Misalnya saya pernah terfikir untuk membawa Kopi & XOXO ke sana begitu juga dengan Rozza yang nak bawa Karva ke sini.

“Jadi dari situlah tercetusnya idea dan minat saya untuk membuka salon ini. Rozza dan kakak saya adalah rakan perniagaan saya untuk salon ini,” katanya.

Pada masa sama, Nora berkata salon ini untuk para wanita terutama yang berhijab kerana dia memahami perasaan golongan ini yang adakalanya berasa segan untuk ke salon dan mahukan lebih privasi.

“Salon ini khas untuk para wanita di luar sana juga untuk rakan-rakan saya yang berhijab. Sebagai ibu, saya faham adakala kita wanita mahu memanjakan diri selepas penat bekerja dan menguruskan keluarga, tetapi segan untuk ke salon.

Foto : Instagram Nora Danish

“Jadi dengan adanya salon ini, ia menawarkan suasana yang lebih selesa, tiada lagi rasa segan silu dan lebih privasi untuk mereka,” tuturnya.

Perasmian Salon yang beroperasi di G Village Desa Pandan itu, turut di meriahkan dengan kehadiran selebriti popular tempatan, Neelofa dan Rozita Che Wan. Lebih mengujakan tetamu yang hadir turut diberi peluang merasai pengalaman memanjakan diri di salon berkenaan dengan melakukan rawatan kuku serta mendandan rambut.

Beroperasi setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 8 malam, salon yang menjanjikan persekitaran mewah dan eksklusif ini amat menitik beratkan produk berkualiti didatangkan khas dari Perancis, German dan berasaskan bahan organik untuk kepuasan pelanggan.

Foto : mynewshub

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 23 May 2020
Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Awas! 8 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Guna Microwave

Tahukah anda tidak semua jenis makanan boleh dipanaskan menggunakan microwave kerana ia akan membuatkan makanan itu kehilangan khasiatnya.

Featured Thu, 29 Dec 2022

“Kita Hidup Hanya Sekali” – Nasihat Andi Bernadee Buka Mata Netizen, Jadi Lebih Matang!

Pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee memberi nasihat untuk tidak membenci antara satu sama lain. @syaaanzz._ that’s not good❣️#repost #xybca #fyp ♬ suara asli – Penyair Emosian Penyanyi lagu Donde itu berkongsi perkara terbabit menerusi rakaman […]

Featured Fri, 30 Nov 2018

Selain Membayar Rumah, Anda Boleh Keluarkan Wang KWSP Untuk 7 Tujuan Ini

Langsaikan hutang PTPTN anak anda dengan skim Pengeluaran Pendidikan KWSP.

Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018
Featured Thu, 21 May 2020

Rumah kampung, tetapi hiasan ruang tamu mengalahkan kondominium!

Bijak sungguh pemiliknya menghias rumah!

Gaya Hidup Fri, 12 Apr 2019
Gaya Hidup Thu, 28 Jun 2018

Ini Rahsia Puteri Aishah Untuk Kekal Cantik & Sihat Yang Perlu Anda Tahu

Kalau anda nak sentiasa cantik dan sihat macam Puteri Aishah, sila amalkan tip yang dikongsikan ini.

Featured Fri, 28 Dec 2018
error: Content is protected !!