Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin April 12, 2019 @ 11:06am

Kenali Shangkharee Nadarajan, graduan perubatan yang lupakan kerjayanya untuk menjadi pelakon

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Gelaran sebagai  doktor tidak menjadi penghalang buat Shangkharee Nadarajan untuk terlibat dalam industri hiburan tanah air.

Meskipun layak untuk menjadi pegawai perubatan di  hospital tempatan, Shangkharee lebih berminat untuk memberikan sumbangan kepada bidang seni penyiaran negara.

Menariknya, graduan jurusan perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini juga pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe pada 2014 dan mendapat tempat ketiga bagi Dewi Remaja 2010.

Foto: Remaja

“Menyertai pertandingan ratu cantik adalah seperti peluang untuk membebaskan diri daripada dunia perubatan dan meneroka alam baharu yang membawa pengalaman berbeza dalam hidup saya,” jelas gadis tinggi lampai ini.

Apabila ditanya lebih lanjut mengenai perbezaan antara dunia perubatan dengan bidang penyiaran yang diceburi, dia tidak menyangkal hakikat bahawa kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Dunia perubatan lebih menuntut dirinya untuk menjadi rasional dan bergantung kepada fakta manakala bidang hiburan memberikan peluang kepada dirinya untuk mengekspresikan sifat kreativiti yang dimilikinya.

Di samping itu, dia yang dibesarkan oleh ibu tunggal menjelaskan bahawa ibunya adalah sumber kekuatan dan pendorong dalam hidupnya. Meskipun tidak mengaplikasikan kelayakannya dengan berkhidmat sebagai pegawai perubatan, ibunya tidak pernah mempersoalkan perkara tersebut.

Malah, ibunya memberi sokongan padu terhadap keputusan yang diambilnya.

Selain pernah menjadi model untuk beberapa majalah terkenal tanah air, beliau juga berpeluang memulakan karier dalam bidang pengacaraan.  

Bermula dengan menjadi  pengacara untuk  rancangan televisyen V Buzz yang disiarkan di Astro Ulagam beberapa tahun lalu dan yang terbaru, dia akan berlakon dalam teater Malaya Relived: Merdeka arahan Shafeeq Shajahan yang bakal disiarkan pada 19 April ini .

“Meskipun tiada pengalaman sebagai pelakon, saya sering mengagumi seni lakonan sejak terlibat dalam rancangan V Buzz lagi termasuklah hasil kerja yang dilakukan Shafeeq,” katanya.

Oleh itu, saya terus menghubunginya apabila saya mengetahui bahawa beliau sedang mencari pelakon bagi teater yang bakal dihasilkannya,” jelas Shangkharee.

Shangkharee diberitahu bahawa tiada kekosongan bagi pelakon wanita pada waktu itu tetapi disebabkan keberanian dan semangat yang ditonjolkan, dia diterima sebagai sebahagian daripada para pelakon yang bakal menjayakan teater tersebut.

Selain itu, dia menitipkan pesan kepada gadis muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang hiburan sepertinya agar mencari keseimbangan antara pelajaran dan cita-cita yang diimpikan.

“Tidak salah untuk mencapai impian sebagai penghibur tetapi pendidikan adalah ciri istimewa setiap insan yang membezakan mentaliti setiap manusia,” jelasnya.

 

Shangkharee memegang watak sebagai Shivani Chandra, iaitu imigran wanita dari India yang memainkan peranan besar dalam memerdekakan tanah air. Teater Malaya Relived: Merdeka bakal bakal dipentaskan pada 19 April ini di GMBB Gallery, Kuala Lumpur.

Jika anda berminat, layari laman sesawang: https://www.liverandlung.com/malayarelived bagi maklumat lanjut mengenai tiket pementasan teater ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018
Featured Mon, 18 May 2020
Gaya Hidup Tue, 30 Apr 2019
Gaya Hidup Fri, 2 Nov 2018

Jangan Cuba-Cuba ‘Chup’ Parking Kalau Tak Mahu Meringkuk Enam Bulan Dalam Penjara

Penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.

Gaya Hidup Thu, 14 Jun 2018

Hanya Guna Ais Sahaja Untuk Bakar Lemak. Cuba Dan Lihat Keberkesanannya!

Ya! Hanya guna ais sahaja mampu bunuh lemak-lemak degil pada badan anda!

Featured Fri, 17 Apr 2020

Cara memaksimumkan konsep bekerja dari rumah

Kenal pasti perkara perlu diberi keutamaan

Featured Thu, 26 Jan 2023

Berjalan Di Mall Tak Pakai Kasut, Zara Zya Tetap Dipuji Cantik Oleh Warganet

Pelakon cantik, Zara Zya meraih tumpuan warganet setelah berjalan tanpa memakai kasut di sebuah pusat membeli belah. @zarazyaofficial 👣 #ZaraZyaOfficial ♬ suara asli – ali Menerusi perkongsian Zara di TikTok, dia tersenyum apabila menyedari gelagat […]

Gaya Hidup Wed, 21 Feb 2018

Cara Putihkan Gigi Secara Mudah Dan Semula Jadi Dalam Masa 2 Minit!

Makeup cantik-cantik nak pergi berdating tapi gigi nampak kekuningan. Memang spoil!

Featured Fri, 14 Sep 2018

7 Lagu Bertemakan Malaysia Yang Boleh Membakar Semangat Anda

Jom sambut Hari Malaysia dengan menyanyikan lagu-lagi ini sama-sama.

Featured Wed, 28 Aug 2019
error: Content is protected !!