Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin April 22, 2018 @ 9:00am

Rimas Rambut Berminyak Dan Berbau? Cuba 3 Tip Ini!

Memiliki rambut yang cantik dan sihat pasti menjadi idaman bagi setiap wanita. Tapi kalau rambut kita mula bermasalah seperti berkelemumur, berminyak dan berbau, macam mana pula ya?

Lagi-lagi pada mereka yang berhijab, pasti akan stres dengan masalah ini. Kalau anda nak tahu, rambut yang berminyak adalah disebabkan daripada pori pada kulit kepala yang memiliki kelenjar minyak.

Kelenjar minyak ini berperanan untuk menjaga kelembapan rambut dengan menghasilkan sebum (minyak).

Selain itu, kelenjar pula berfungsi untuk membuatkan helaian rambut anda terus bersinar sihat. Namun, terdapat beberapa kelenjar tersebut menghasilkan minyak yang berlebihan sehingga membuatkan rambut anda terlalu berkilat dan berminyak. Ia juga akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan pada rambut anda. 

Kali ini, penulis nak kongsi kepada anda cara untuk mengatasi rambut yang berminyak dan berbau dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk anda dapati. Jom ikuti 3 tip ini:

1. Cuka epal

Cuka epal antara salah satu bahan yang boleh membantu mengatasi masalah rambut yang berminyak. Sebenarnya, asam asid yang terkandung dalam cuka epal ini dapat membantu menyeimbangkan pH di kulit kepala.

Selain itu, ia juga membantu mencegah penghasilan minyak yang berlebihan. Bagi anda yang mahukan rambut yang lembut dan bersinar, anda boleh menjadikan cuka epal ini sebagai tonik rambut. 

Cara untuk menggunakan cuka epal ini pula adalah dengan mencampurkan dua atau 3 sudu makan cuka epal ke dalam cawan yang berisi air. Kemudian, selepas anda mencuci rambut dengan menggunakan syampu, gunakan cairan cuka epal ini pula.

Ratakannya di atas kulit kepala anda dan biarkan beberapa minit dan bilas dengan air bersih. Anda boleh lakukan cara ini dua atau tiga kali seminggu.

2. Jus lemon

Jangan terkejut, lemon juga dapat membantu mengatasi masalah rambut berminyak. Lemon mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh meningkatkan kesihatan rambut anda. Sama seperti cuka epal, sifat asam daripada lemon ini juga membantu menyeimbangkan pH pada kulit kepala dan mengawal pengeluaran minyak.

Anda boleh mencampurkan perahan dua biji lemon ke dalam dua cawan air. Tambahkan 3 sudu teh madu kemudian sapukan campuran tersebut pada kulit kepala dan urut dengan perlahan-lahan selama beberapa minit. Setelah itu, biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air suam. Anda boleh lakukan cara ini 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

3. Lidah buaya

Sebenarnya, vitamin, mineral dan enzim yang terdapat dalam lidah buaya sangat membantu untuk menghilangkan minyak yang berlebihan pada kulit kepala anda. Ia dapat membantu detoksifikasi kulit kepala dari kekotoran dan mengawal penghasilan minyak. Selain itu, lidah buaya juga boleh memberi nutrisi pada akar rambut kita.

Caranya pula, anda perlu mencampurkan satu sudu teh gel (isi lidah buaya) dan satu sudu makan perahan lemon dalam mangkuk kecil. Ketika anda mencuci rambut, anda boleh gunakan ramuan tersebut dan biarkan selama beberapa minit sebelum membilasnya dengan air bersih. Anda juga boleh jadikan ramuan ini sebagai syampu harian anda.

Semoga dengan perkongsian tip ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah rambut yang berminyak. Ingat ya! Walaupun kita berhijab, rambut harus dijaga dengan rapi agar ia sentiasa sihat. Selamat mencuba.

Sumber: Hijabista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Seteruk Mana Anda Dalam Bowling, Anda Mungkin Tak Seteruk Wanita Ini. Kelakar Sungguh!

Kalau tak ada skill, bowling memang susah tapi bagi ada sesetengah orang, bola mereka tak sampai pun ke lorong!

Featured Wed, 30 Oct 2019
Gaya Hidup Fri, 27 Apr 2018

9 Kediaman Mewah Paling Privasi Di Dunia, Rumah Terakhir Paling Tricky

Sesetengah orang terlalu ‘private’ sehinggakan lokasi kawasan perumahan mereka bukan saja jauh dari hiruk-pikuk kota malah berselindung di balik batu, pokok dan di tebing bukit.

Featured Thu, 21 May 2020

Ubah ruang tamu kepada ruang kerja, hasilnya amat mengagumkan

Kerja lebih lancar, mutu pun terpelihara

Featured Thu, 5 Mar 2020
Featured Fri, 20 Jul 2018

Elak Poket Robek Di Pasaraya, Ini Helah Pintar Yang Perlu Anda Tahu

Baru nak terapikan diri dengan shopping, tapi dah stres sebab duit dah habis.

Gaya Hidup Wed, 12 Apr 2023

Raya Ada Baek Dengan GoPayz’ tawar e-Duit Raya sehingga RM250,000

Sempena Aidilfitri tahun ini, GoPayz melancarkan kempen ‘Raya Ada Baek dengan GoPayz’ yang menawarkan pelbagai ganjaran dalam bentuk e-Duit Raya sehingga RM250,000. Pengguna hanya perlu mendaftar dan berbelanja menerusi aplikasi GoPayz, di kedai-kedai atau platform […]

Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Fri, 30 Dec 2022

Netizen ‘Serang’ Irfan Khairi Semasa Sesi Live, Tanya Mana Rumah Siti Nurhaliza Di Dubai

Jutawan internet, Irfan Khairi yang kini menetap di Dubai ‘diserang’ netizen semasa sesi live di TikTok kerana ingin mengetahui keberadaan rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza. @cikumi77 #CapCut #dubai –#sitinurhaliza #ctdk #irfankhairi #worldwide @Siti Nurhaliza ♬ suara […]

Acara Sun, 22 Sep 2019

Mira Filzah lancar Honor 20 Pro Icelandic Frost

Warna merah jambu berkilau memikat wanita

error: Content is protected !!