Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Parenting By: Yanie Baharom April 24, 2018 @ 3:00pm

Lindungi Anak Daripada Pemangsa Seksual Dalam Talian, Ini 7 Cara Untuk Protect Mereka

Tidak dinafikan telefon pintar atau gajet canggih suatu kepentingan buat semua kerana ia memudahkan urusan mencari maklumat, mengikuti perkembangan isu semasa dan juga mengeratkan hubungan silaturahim dengan rakan dan juga keluarga.

Tidak salah jika anda ingin memberikan anak anda telefon pintar, namun penggunaannya perlukan pemantauan kerana penggunaan gajet tanpa pengawasan boleh mengundang bahaya kepada anak anda kerana mereka adalah sasaran yang mudah buat pemangsa seksual dalam talian yang sentiasa mencari mangsanya dalam dunia chatting.

Sebelum anda memberikan anak menggunakan gajet, pastikan anda sudah melakukan persediaan untuk melindungi anak anda daripada menjadi mangsa kepada syaitan yang bertopengkan manusia ini. Justeru, lindungi anak anda daripada pemangsa seksual dalam talian dengan 7 cara ini.

1. Telefon Cuma Dipinjamkan, Bukan Milik Mereka

Sebelum anda memberikan anak anda telefon pintar, tetapkan beberapa peraturan dulu. Jelaskan kepada mereka walaupun mereka diberi kebebasan untuk menggunakan telefon pintar, telefon tersebut masih lagi milik anda (ibu bapa). Anda berhak untuk memeriksa sejarah panggilan, mesej, Messenger, Whatsapp, gambar atau apa saja. Anda boleh gunakan kuasa untuk menarik semula kemudahan itu jika mereka membantah.

Foto : Jelita

2. Tidak Dibenarkan Menggunakan Aplikasi

Foto : computer village

Sebaiknya melarang anak anda daripada menggunakan aplikasi chat seperti We Chat atau Bee Talk. Ini kerana aplikasi sebegini mendedahkan anak anda kepada individu asing yang mungkin mempunyai niat tidak baik ke atas anak-anak.

3.Tetapkan masa penggunaan telefon pintar

Foto : istock photo

Jangan biarkan anak anda terlalu leka dengan dunia maya. Tetapkan masa berapa lama yang mereka boleh menggunakan telefon mereka dan anda juga harus menetapkan laman sesawang apa yang dibenarkan untuk mereka. Jelaskan kepada mereka kenapa anda melakukan demikian.

4. Minta mereka untuk menggunakan telefon pintar di hadapan anda

Foto : home bt

Sebaiknya anda meminta anak anda untuk menggunakan telefon pintar mereka di depan anda. Ini adalah untuk memudahkan anda memantau aktiviti anak anda ketika mereka sedang menggunakan gajet tersebut dan mengelakkan mereka daripada menjadi sasaran pemangsa yang sedang menanti mereka di alam maya.

5. Ibu bapa perlu fahami media sosial dengan lebih mendalam

Foto : Goltune

Memang kebanyakan ibu-bapa kurang mengerti dengan penggunaan media sosial, aplikasi chat dan sebagainya. Namun anda belum terlambat mempelajari dan memahami bagaimana ia berfungsi dan sebagainya. Ini boleh membantu anda untuk memantau penggunaan media sosial anak anda dan mereka juga tidak akan berani membohongi anda mengenai aktiviti mereka di laman sosial.

6. Bantu anak untuk buat keputusan sendiri

Foto : Home Bt

Anda mungkin tidak dapat mengawasi anak anda setiap masa, namun anda boleh membantu mereka untuk membuat keputusan yang betul. Didik mereka tentang apa yang mereka boleh lakukan dan tidak boleh lakukan. Ini akan memudahkan mereka mengambil tindakan sekiranya mereka diganggu oleh individu yang tidak dikenali.

7. Luangkan masa dengan anak

Foto : Utah Valley 360

Pemangsa seksual di dalam talian ini amat bijak dalam mencari mangsanya. Individu ini biasanya akan mencari kanak-kanak atau remaja yang kesunyian untuk dijadikan mangsa mereka. Oleh itu, sebagai ibu-bapa anda perlu luangkan masa anda dengan berkomunikasi bersama mereka. Anda perlukan bersikap terbuka apabila mendengar masalah atau cerita mereka. Anda juga boleh menggunakan keakraban anda bersama anak anda untuk mendidik mereka tentang bahaya penggunaan media sosial dan aplikasi chat jika mereka tidak berhati-hati.

Sumber : Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Wed, 11 Apr 2018

Tak Tahu Bagaimana Nak Hentikan Bayi Menangis? Jom Belajar Dari Video Ini

Cara ini memang efektif! Dalam 5 saat saja, bayi itu dah berhenti menangis.

Parenting Wed, 4 Apr 2018

Anak Kerap Demam Malam, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Ibu antara orang yang paling risau apabila anak demam, lagi-lagi demam secara tiba-tiba pada waktu malam. Mesti tak tidur malam dibuatnya!

Parenting Mon, 7 May 2018

Elak Perut Bayi Kembung, Ini Tip Efektif Untuk Sendawakan Bayi Anda

Kadangkala anak anda merengek sebab perutnya rasa kembung dan tak selesa.

Parenting Wed, 13 Jun 2018

Kalau Nak Anak Sentiasa Selamat Di Rumah, Ikuti 5 Tip Ini!

Jangan ambil mudah, anak-anak di rumah juga boleh mengalami kemalangan.

#BabyXTRA Fri, 5 May 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Neelofa Semakin Aktif, Banyak Makan Suplemen Kalsium Elak Rasa Lenguh Badan!

Semoga urusan bersalin baby kedua Neelofa akan dipermudahkan segalanyaaa ❤️❤️

Parenting Thu, 19 Apr 2018

Ajar Anak Anda Mengira Dengan Alat Ini, Buat Sendiri Dengan Cawan Polisterin Saja!

Belajar mengira di atas kertas lama-lama boleh membosankan, jadi anda perlu cari idea lain supaya anak terus minat belajar.

Parenting Mon, 30 Apr 2018

Perlukan Babysitter Yang Bertauliah? Tempah Saja Menerusi Khidmat KiddoCare

Macam perkhidmatan e-hailing Grab! Request saja!

Featured Thu, 14 Jun 2018
Parenting Wed, 24 Jan 2018

Tipu Dalam Perkahwinan

Perkahwinan yang terbina dengan cinta, kasih sayang dan rasa percaya sudah tentu akan goyah apabila satu pihak berlaku tidak jujur kepada pasangan. Tidak semestinya terpalit dengan episod curang, penipuan lain dalam rumah tangga juga boleh […]

error: Content is protected !!