Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom April 26, 2018 @ 6:00pm

Bersolat Dalam Kereta. Fathia Lakukan Kerana Allah SWT, Tiada Sangkut Paut Dengan Manusia

Satu demi satu kontroversi melanda pelakon Fathia Latiff sejak penghujung tahun lalu sehinggalah sekarang. Dua hari lalu misalnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan surat bahawa akaun media sosial milik Fathia akan disiasat pihak berwajib kerana disyaki telah menyalahi seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Terbaru di mana kejadian ini berlaku semalam, pelakon Fathia Latiff bersolat dalam kereta. Perbuatan ini mendapat maklum balas positif dan negatif daripada netizen sehingga ia menjadi satu perdebatan netizen.

Memetik penjelasan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berhubung situasi itu adakah bersolat di dalam kereta harus dilaksana untuk memastikan tidak ketinggalan waktu? Ini reaksi yang diberikan beliau; 

Foto : Lipstiq.com

“Mengejar waktu sehingga terpaksa bersolat dalam kereta adalah alasan yang kurang tepat. Ada banyak cara untuk melaksanakannya dan mengejar waktu solat. Sebaiknya berhenti seketika di masjid atau surau berdekatan,” katanya.

Melalui penjelasan ringkas dibuat oleh Fathia sejurus pertujukan fesyen Koleksi Raya Primavalet 2018 yang berlangsung di Hotel The Majestic semalam, video solat itu dimuat naik oleh rakannya iaitu penggaya rambut Ridzokumura di InstaStory pada petang Rabu.

Ujar Fathia, bersolat di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah SWT dan tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakannya.

“Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam,” katanya.

Video : MStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Jun 2021
Hiburan Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Sat, 20 Apr 2024

Ziana Zain Janjikan Konsert Penuh Emosi

Jangan lepaskan peluang!

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Trending Tue, 28 Aug 2018

6 Absolutely True Signs That Merdeka is Near

You can count in Malaysia Day too at this rate.

Featured Fri, 5 May 2023

“My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon!” – Sharnaaz Ahmad Mahu Wanita Biasa

Siapa la yang akan bertakhta di hati Mamuu ekk 😚😚 Dah la segakkk!

Featured Thu, 8 Jun 2023
error: Content is protected !!