Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dhia Iwana April 20, 2024 @ 11:38am

Ziana Zain Janjikan Konsert Penuh Emosi

Penyanyi popular, Ziana Zain menjanjikan persembahan penuh emosi istimewa untuk peminat di Ziana Zain Konsert 2024.

Bakal berlangsung pada 25 Mei 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur, dia memenuhi permintaan penggemar yang mahukan sebuah persembahan yang sarat dengan rasa.

“Orang Melayu kita, peminat saya mahukan sesuatu yang menyentuh hati. Lagu-lagu saya pula berkisar mengenai rasa, cinta dan emosi.

“Jadi, malam persembahan itu akan saya jelmakan dengan penuh emosi. Saya berharap agar konsert malam itu bakal berjalan lancar, Insya-Allah,” katanya.

Konsert ini merupakan konsert solo Ziana dalam tempoh 22 tahun, selepas kali terakhir mengadakan konsert solo menerusi Ziana Zain In The Park di PWTC (kini World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 2001.

Dibawakan oleh CSA Academy, konsert ini menampilkan Pengarah Muzik Aubrey Suwito serta 16 orang pemuzik profssional dan Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert.

Malam mega ini bakal menyaksikan revolusi seorang permata seni negara yang seluruh jiwa dan raganya sudah dipahat dalam industri ini.

“Saya tidak mahu hanya sekadar ada konsert dan menyanyi tetapi kesan manis tidak dirasai peminat yang menyokong kareer saya selama ini.

“Sebab itu saya sangat berhati-hati untuk melakukan konsert dan 25 Mei depan adalah momen terbaik untuk CSA Academy ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’ dilaksanakan buat peminat semua,” kata Ziana.

Tambah Ziana, konsert solo kali ini akan melambangkan perjuangannya dalam dunia seni sepanjang lebih tiga dekad.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web www.ticket2u.com.my/zianazain dengan harga bermula RM 288 (Gold), RM 488 (PLATINUM), RM 688 (DIAMOND), RM 888 (VIP 2) dan RM 1,088 (VIP 1).

Pembelian tiket menggunakan system ‘Buy Not Pay Later’ BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket.

Manakala untuk pembelian tiket Orang Kurang Upaya (OKHU) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518. Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membli tiket di hotline tertera

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Nov 2020
Featured Mon, 31 Jan 2022

Tahniah! Neelofa Selamat Melahirkan Baby Boy

Tak sabar nak tengok baby boy Lofa!

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

任贤齐暴肥26公斤!放话10月来马前会瘦下来

任贤齐继去年售罄的演唱会,今年将为歌迷连开两场,于10月19集20日在云顶云星剧场带来《任贤齐2018云顶演唱会》。

Featured Tue, 20 Dec 2022

Ramai Puji Sikap Aeril Zafrel Tak Suka Lepak & Pulang Rumah Awal – “Bagus Suami Utamakan Family”

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal sering melayan karenah peminat ketika bersiaran langsung di TikTok. Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, Aeril menjawab persoalan pengikut yang mahukan […]

Hiburan Fri, 14 Feb 2020

马来西亚因武汉肺炎疫情影响的演唱会清单!

中国武汉肺炎(2019冠状病毒)疫情不断扩散,本地多场海外演唱会受到冲击,纷纷宣布取消或延期。

error: Content is protected !!