Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 6, 2024 @ 2:42pm

Individu Persoal Persembahan Lagu ‘I Will Always Love You’ Di Majlis Kahwin, Tyra Kamaruzzaman Tampil Respons – “Wedding I, Suka Hati Lah”

Umum mengetahui pempengaruh media sosial, Tyra Kamaruzzaman sah bergelar isteri kepada pasangan pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada Jumaat lalu.

Dalam majlis penuh indah itu, Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman menerima mas kahwin sebanyak RM1,111 berserta lima dulang hantaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Tyra Kamaruzzaman Sah Bergelar Isteri Kepada Pereka Fesyen, Emran Rijal… Mas Kahwin Sebanyak RM1111.00

Pada majlis resepsi yang diadakan pada Sabtu pula, Tyra dan Emran memilih tema Puteri Gunung Ledang bagi hari bahagia mereka itu.

Lebih menarik, Tyra juga menyarungkan busana hasil rekaan suaminya sendiri pada majlis yang cukup istimewa itu.

Tyra KamaruzzamanTyra Kamaruzzaman

Majlis yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Aina Abdul dan Aisha Retno.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah tular sebuah ciapan di aplikasi X yang mempersoalkan persembahan Aina Abdul yang menyanyikan lagu I Will Always Love You nyanyian asal Whitney Houston di majlis resepsi tersebut.

Dakwa individu tersebut dalam ciapannya, lagu tersebut dikatakan tidak sesuai untuk dinyanyikan di majlis perkahwinan kerana lirik lagu yang berkisarkan tentang perpisahan.

Tyra Kamaruzzaman

Tidak berdiam diri, Tyra tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut di Instagram miliknya.

Menurut Tyra, pemilihan lagu tersebut dibuat kerana ia merupakan lagu kegemaran Emran dan lontaran vokal Aina Abdul pada majlisnya itu sangat istimewa.

“Eh relax la. Kita tak request pun lagu but it was nice to hear Whitney Houston sang by the Aina Abdul. It’s also Emran’s favourite song from Whitney.

“Tak ada siapa yang terlalu beri perhatian kepada maksud lagu tersebut, semua orang terpukau dengan suara Aina yang merdu dan ramai yang mengetahui lagu itu. It’s really not that deep.

“Kalau ikut I, I nak lagu everyday I’m shuffling tau dekat wedding I. Wedding I, suka hati I lah nak lagu apa. Nak Bey Soba Bey pun boleh,” tulisnya.

Terdahulu, hubungan Tyra dan Emran mula mendapat perhatian wargamaya apabila sering keluar bersama sekitar September lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Zul Ariffin- Gayatri Kembali Bercinta?

Gayatri, atau lebih mesra disapa Gaya, dan Zul pernah bercinta lima tahun lalu, namun pada November 2015, hubungan mereka putus di tengah jalan.

Hiburan Wed, 22 Jun 2022
Featured Tue, 17 Dec 2024

Kes Amang S*ksual, PU Azman Mengaku Bersalah… Terima Hukuman Penjara 7 Tahun & 2 Sebatan

PU Azman diperintah menjalani kaunseling pemulihan & pengawasan polis selama 2 tahun.

Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Hiburan Mon, 1 Oct 2018
Featured Wed, 3 Aug 2022

Netizen Persoal Niat Izara Aishah Berhasrat Mahu Menetap & Meninggal Di Madinah?

Alamakk, bukan ke ini satu niat yang baik tapi lain pula jadi ni.. Apapun, moga impian Izara akan tercapai

Trending Sat, 8 Dec 2018

Jentera Pengorek Memanjat Menara di Vienna, Austria.

Menara khas dibina bagi membolehkan jentera pengorek ini ‘memanjat’.

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
error: Content is protected !!