Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 22, 2022 @ 5:23pm

Belum Bertemu Jodoh Pada Usia 35, Aishah Ilias Tak Kisah Digelar Andartu

Pelakon Aishah Ilias tak mengambil endah jika diberikan gelaran anak dara tua atau andartu kerana masih belum berkahwin pada usia 35 tahun.

Enggan memberikan fokus terhadap cakap-cakap orang, Aishah menganggap perkara terbabit sudah lama tertulis sebagai takdir.

“Saya serahkan soal jodoh pada ketentuan Tuhan. Jodoh, pertemuan, kahwin, cerai, ajal, maut, semua urusan Tuhan dan sudah tertulis dalam ketentuan takdir.

“Siapa kita mahu menentukannya? Memang saya ada juga berkawan dengan lelaki, tetapi tiada teman istimewa yang sesuai dijadikan calon suami.

“Pada usia sekarang, saya mencari calon suami baik, bertanggungjawab dan boleh memberi komitmen terbaik apabila berumah tangga,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan kerjayanya dalam bidang lakonan, aktres tinggi lampai ini tak sabar menanti lakonannya dalam filem genre seram Musyrik – Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd arahan sutradara Arjin Uppal.

Aishah bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Ashraf Muslim, Aeril Zafrel dan Ruhainies selaku teraju utama.

Pernah membintangi filem Paku dan Pilot Cafe, Aishah tak menolak tawaran berlakon dalam projek filem kerana mahu kembali mengembangkan bakatnya ke layar perak.

“Siapa tidak mahu berganding dengan pelakon berpengalaman seperti Ashraf dan Aeril. Dalam naskhah ini, saya melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril.

“Antara pengalaman sukar dilupakan apabila badan menggelembung gatal di seluruh badan ketika menjayakan satu babak.
“Saya terpaksa dihantar ke klinik untuk mengambil suntikan bagi merawat gatal-gatal ini hingga penggambaran terpaksa dihentikan buat sementara waktu,” katanya.

Selain Ashraf, Aeril, Ruhainies dan Aishah, filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! turut menampilkan barisan pelakon seperti Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan.

Trailer rasmi filem disiarkan menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies sejak 15 Jun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Mar 2023

Anwar Lantik Johari Ghani Ketuai Pasukan Bertindak 1MDB

Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai pasukan petugas khas untuk menyelesaikan skandal 1MDB.

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Featured Sat, 4 Apr 2026

“Doakan Yang Baik-Baik & Alhamdulillah Anak-Anak Saya Sangat Selesa” – Tak Mahu Gimik, Adira Suhaimi Akui ‘Jejaka Misteri’ Istimewa 

Penyanyi Adira Suhaimi memilih untuk tidak terlalu terbuka mengenai hubungan cintanya dengan jejaka misteri seperti yang dikongsikan kepada umum sebelum ini.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Tom Holland is Not Happy at People Spreading Rumours of His Love Life

Our favourite Spider-Man finally addressed his dating rumour with a mystery woman.

Featured Thu, 26 Aug 2021

“Saya Pernah Dipanggil Perempuan Jahil & Psiko Oleh Seorang Ustazah”- Nora Ariffin

Sudah menjadi lumrah bergelar seorang anak seni pastinya dihujani dengan pelbagai pujian dan juga cacian. Menerusi laman Instagramnya, penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin berkongsi bahawa dirinya pernah dipanggil dengan gelaran perempuan psiko dan jahil oleh […]

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

MIDNIGHT RUNNERS FILEM SKEPTIKAL?

Sebuah Filem Korea yang telah menemui penonton pada 5 Oktober yang lalu menceritakan tentang dua orang pemuda yang ingin meneruskan pengajian ke Universiti Polis Kebangsaan Korea demi mengejar cita-cita mereka. Namun, mereka secara tidak langsung mereka terlibat dalam satu kes jenayah.

error: Content is protected !!