Events By: SGMS Fas March 17, 2018 @ 3:09am

‘Aku Cinta Pada Mu” – Park Bo-Gum

Demam artis Korea nampak gayanya belum ada penghujung. Rata-rata netizen yang gila KPop mahu pun drama-drama Korea pasti tidak melepaskan peluang bertemu setiap artis negara itu yang berkunjung ke Malaysia.

Terbukti daripada beberapa acara yang melibatkan selebriti popular Korea Selatan sering mendapat sambutan hangat.

Terbaharu, kehadiran kali kedua pelakon Korea Selatan, Park Bo-Gum, 24,  di pusat membeli-belah terkemuka Pavilion KL bagi menyempurnakan pelancaran telefon pintar terbaharu Samsung Galaxy S9 dan S9+ baru-baru ini masih mendapat perhatian hebat dan hangat diperkatakan.

Ribuan peminat hadir di Pavilion KL baru-baru ini.

Lebih daripada 4,000 peminat yang hadir  bukan sahaja mahu melihat keistimewaan telefon pintar berkenaan tetapi rasanya lebih kepada melihat Park Bo-Gum.  Mereka sanggup hadir sewal jam 9 pagi walau pun mengetahui artis pujaan itu  akan muncul lewat petang. Ini sudah tentu untuk mendapatkan tempat duduk paling hampir kan!

Dan bayangkan hanya tiga perkataan, “Aku Cinta Pada Mu” sudah cukup membuat netizen bersorak ‘gila’ bagaikan melihat sebuah konsert gayanya apabila Park Bo-Gum hadir di pentas kira-kira jam 7.20 petang.

Begitu hebatnya penangan pelakon ‘Love In The Moonlight’ ini apatah lagi apabila Park Bo-Gum sudah bijak mengambil hati peminatnya dengan bertutur dalam bahasa ibunda kita.

“Hi Malaysia! Apa khabar,  saya Park Bo Gum? Saya rindu pada mu” katanya sebutir- sebutir di tengah lautan peminat yang menjerit-jerit.

Park Bo-Gum memulakan karier lakonannya  pada tahun 2011 malah graduan Sarjana Muda Teater Muzikal ini merupakan artis pertama Korea  Selatan yang disenaraikan oleh Forbes menduduki tangga teratas  ‘Korea Power Celebrity”.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Thu, 24 May 2018

BIGBANG大成住院病因曝光! GD右脚踝动手术

韩团BIGBANG成员大成(대성)23日被爆服役中住院,但当时并没有公开病因,让粉丝相当担心难过……

Events Mon, 28 Oct 2019

Mana Lagi Bahagia, Pilihan Keluarga Atau Pilihan Sendiri?

Nak tahu dengan lebih lanjut, klik artikel diatas!

familuv Sat, 3 Dec 2022

Hasil Kerja Keras Bersama, Amyra Rosli & Amar Baharin Beli Kereta Baharu

Baru-baru ini, pelakon Jelita Amyra Rosli memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagramnya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Amyra menunjukkan kereta yang dibeli olehnya dan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu […]

Filem Thu, 26 May 2022

Jayakan Watak G*y, Sean Ghazi Harap Penonton Berfikiran Terbuka

Penyanyi dan pelakon Sean Ghazi berpendapat sebagai seorang anak seni, sudah menjadi tanggungjawab besar untuk menghormati apa sahaja karakter yang telah diamanahkan oleh pengarah. Terbaharu, Sean menjayakan watak lelaki homoseksual dalam filem ‘Split Gravy Ke […]

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Beli Kereta Mewah Hasil Menyanyi, Tahniah Ismail Izzani!

Ismail bakal tampil dengan single terbaharu dan kini dalam proses menyiapkan.