Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom May 10, 2018 @ 9:00am

Jangan Lokek Ketawa Kerana Ia Boleh Upgrade Sistem Imunisasi Anda

Tahukah anda bahawa wujudnya sambutan Hari Ketawa Sedunia? Pasti ramai yang tidak tahu bukan?

Disebabkan perayaan Hari Ketawa Sedunia ini kedengaran masih terlalu asing, Hijab & Heels ingin berkongsi mengenai topik menarik ini bersama pembaca budiman kami.

Hari Ketawa Sedunia yang disambut pada Ahad, di minggu pertama bulan Mei adalah acara tahunan cetusan idea Dr. Madan Kataria. Tagline terapi ketawa ini adalah ‘Ho… ho… ha… ha… ha…’

Sementara itu, seorang profesor perubatan dari University Of California Irvine, Amerika Syarikat, Lee Berk dan kumpulan penyelidiknya sejak bertahun-tahun berusaha merungkai bagaimana mood seseorang itu boleh memberi kesan kepada sistem imun dan mempunyai kaitan dengan penyakit. Mereka mendapati bahawa ketawa turut mempunyai peranan dalam melawan virus, bakteria, kanser dan penyakit jantung.

Seorang pakar psikologi Jerman, Dr. Michael Titze dalam kajiannya pernah berkata, secara purata, mereka yang hidup pada tahun 1950-an ketawa selama 18 minit sehari.

Kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum enam minit untuk ketawa setiap hari. Dalam sehari kanak-kanak boleh ketawa sehingga 400 kali manakala orang dewasa secara purata hanya ketawa 15 kali.

Foto: iStock

Manfaat Ketawa (Laughter Is The Best Medicine)

 1. Meningkatkan sistem imun

Dengan ketawa, hormon stres akan dikurangkan dan sebaliknya sistem ketahanan badan akan dipertingkatkan. Secara tidak langsung, ketawa boleh membantu menangkis pelbagai penyakit.

2. Meningkatkan hormon Endorphine

Hormon Endorphine berfungsi memberikan rasa lega, tenang dan nyaman serta rasa gembira dan bahagia. Hormon ini dirembeskan dengan banyak ketika seseorang ketawa.

3. Melindungi jantung

Dengan ketawa juga, saluran darah di jantung akan berfungsi dengan lebih baik dan perjalanan darah akan menjadi lebih lancar. Apabila saluran darah ini dioptimumkan fungsinya, risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung akan dapat dihindari.

4. Mengurangkan stres

Ketawa juga mampu mengurangkan stres yang kita sedang hadapi kerana dapat mengurangkan paras hormon stres. Oleh itu, ketawalah kerana ia berkesan untuk mengatasi stres.

5. Memperbaiki pernafasan

Kesan ketawa boleh membersihkan paru-paru. Ini sama seperti kita menarik nafas dalam-dalam. Ketawa amat membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Semasa stres pernafasan menjadi pendek, menyebabkan pengumpulan karbon dioksida dan sisa udara di dalam paru-paru.

Ketawa di perut memaksa udara keluar daripada paru-paru hingga ia menjadi kosong, diikuti dengan tarikan nafas yang dalam. Oleh itu, ketawa berulang kali boleh membersihkan tubuh dan menjadikan ia lebih bertenaga kerana kemasukan oksigen yang baru.

Foto: Pinterest

Tindak balas ketawa kepada tubuh

1. Baik untuk bahagian perut

Ketawa yang pecah di perut baik untuk organ-organ dalaman sekitar perut seperti hati, buah pinggang, pankreas, limpa dan kelenjar ginjal. Hasilnya, aliran darah lebih lancar dan berfungsi lebik baik.

2. Menghilangkan kesakitan

Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

3. Mengurangkan sikap agresif

Ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif. Ini boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

4. Meningkatkan kemahiran bersosial

Perasankah anda bahawa dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan berinteraksi. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

5. Meningkatkan ketahanan tubuh

Ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

6. Merupakan senaman

Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kayak atau 15 minit mengayuh basikal.

Foto: TribunStyle.com – Tribunnews.com

Sumber:  MyHEALTH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 2 Dec 2018

Kembalikan Semangat Bersenam Dengan Empat Cara Penuh Motivasi Ini

Bersenam secara berkumpulan dapat mengembalikan keghairahan kamu untuk menjalani hidup sihat.

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Sihat Mon, 21 Oct 2019

Yap Chan Kor, pusat perubatan tradisional untuk sakit kronik

Apakah yang dimaksudkan dengan sakit kronik?

Featured Fri, 27 Apr 2018

Sakit Kepala? Urut Badan Anda Di 11 Bahagian Ini Untuk Merawatinya

Sakit kepala? Tak payah telan pil, tak payah gosok minyak, tak payah hentak kepala.

Sihat Tue, 15 Jan 2019

Endometriosis, antara punca wanita sukar untuk hamil 

Senggugut atau sakit ketika haid antara gejala endometriosis

Featured Sat, 14 Dec 2019
Sihat Thu, 17 Oct 2019

Badan tidak cukup kalsium? Ini cara mudah untuk tahu

Ketahui juga kadar ideal pengambilan kalsium

Featured Sun, 5 Apr 2020
Sihat Wed, 15 May 2019
Sihat Thu, 10 May 2018

8 Waktu Yang Sesuai Untuk Minum Air Putih Kalau Anda Nak Kuruskan Badan

Minum air putih juga dapat bantu anda untuk kurus! Tapi, perlu minum ikut waktu yang betul ya.

error: Content is protected !!