Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom May 14, 2018 @ 9:00am

Emak Borek Anak Rintik, Lima Remaja Ini Mewarisi Genetik Supermodel Ibu Mereka

Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Mewarisi kejelitaan ibu masing-masing, perjalanan hidup lima gadis cantik ini bagai sudah tertulis untuk menjadi supermodel sebagaimana kegemilangan pernah dicipta ibu mereka di pentas peragaan.

Memiliki raut wajah komersil dan tubuh tinggi lampai,  sebahagian daripada mereka menaungi agensi modeling yang sama seperti ibu mereka. 

Kenali waris mogul dunia peragaan ini yang sedang mencipta nama besar di pentas peragaan dunia dengan terus membaca petikan ringkas artikel ini.

1. Jerry Hall & Georgia May Jagger

Foto : Mirror Co UK

Supermodel Jerry Hall, 57 dan anak perempuannya Georgia May Jagger, 21, pernah menjayakan campaign H&M pada 2016 dan kolaborasi itu berjaya meningkatkan jualan keluaran jenama itu pada tahun berkenaan.

2. Cindy Crawford & Kaia Gerber

Foto: Hypebae dan Best Hair Style

Kaia Gerber, 16, masih remaja namun pencapaiannya amat membanggakan apabila dipilih sebagai wajah eksklusif selain model utama di pentas peragaan seperti Versace, Marc Jacobs, Gucci, Prada dan banyak lagi jenama mewah.

Dikatakan seiras wajah ibunya, Cindy Crawford, 52, gadis ini pernah muncul sebagai penghias muka depan majalah Vogue bersama supermodel terkenal 90-an itu bahkan mendapat pujian sebagai duo yang dinamik!

Tidak hanya Kaia, anak lelaki Crawford iaitu Presley Walker Gerber, 18, turut berkecimpung dalam bidang sama.

3. Yolanda, Gigi Hadid & Bella Hadid

Foto: Hello Magazine

Bintang Real Housewive, Yolanda Hadid, 54, adalah Model Ford yang pertama dari Netherlands. Apa yang membanggakan kedua-dua anak gadisnya Bella Hadid, 21 dan Gigi Hadid, 23, berada dalam senarai A List Supermodel ketika ini dan sering menjadi pilihan jenama terkemuka dunia.

4. Kim Bassinger & Ireland Baldwin

Foto: Fashion Gone Rogue & Daily Mail

Kim Bassinger mula dikenali sebagai gadis syampu Breck ketika dia menaungi agendi model Ford sebelum memfokuskan kerjayanya ke arah lakonan. Sekarang pada usia 64 tahun, dia dan anak perempuannya Ireland Baldwin, 22, sama-sama berada di bawah pengurusan model yang sama iaitu IMG.

Sumber : Face This 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 31 Aug 2018

Awalan Evolusi Fesyen Tempatan Menebal Nuansa Gaya Barat

Di peringkat awal perkembangan fesyen tempatan lebih terarah atau berkiblatkan resensi Barat.

Oh Lawa Thu, 15 Feb 2018

Dambakan Mata Sihat Dan Cantik, Jom Baca Tips Ini!

Mata merupakan antara pancaindera yang penting pada tubuh kita.

Oh Lawa Wed, 31 Jan 2018

Flawless Bak Fazura

Memiliki kulit wajah yang licin dan cantik, penampilan gadis jelita berusia 34 tahun ini sentiasa memukau mata memandang.

Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Thu, 14 May 2020

Orked, buatkan kanak-kanak ceria di pagi Lebaran

Perhiasan minimum jadikan si manja tambah manis

Featured Wed, 20 Nov 2019

Gaya individu mengikut zodiak. Agak-agak betul tak?

Gaya dikatakan bersesuaian dengan personaliti

Featured Wed, 1 Apr 2020
Oh Lawa Wed, 13 Jun 2018

Ikuti 10 Tip Ini Supaya Makeup Anda Tahan Lama Pada Hari Raya Nanti

Kalau makeup cair, takut anda nampak macam badut pula.

Featured Tue, 17 Mar 2020

Cetak atas cetak, anda berani memperagakannya?

Benarkah rekaan ini untuk orang cantik saja?

Oh Lawa Wed, 21 Nov 2018

Aksesori Hidung Ini Memang Cantik & Unik. Sesuai Untuk Anda Yang Berhidung Pesek!

Rekaan aksesori ini diinspirasikan melalui keindahan pelbagai suku kaum. 

error: Content is protected !!