Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom May 14, 2018 @ 5:00pm

Jangan Main-Main Dengan Masalah Sembelit, Usus Anda Berkemungkinan Rosak

Tahukah anda sesiapapun berisiko mengalami masalah sembelit termasuklah diri anda sendiri?

Sembelit adalah penyakit yang berlaku pada sistem pencernaan badan yang menyebabkan kesukaran membuang air besar dalam tempoh beberapa minggu. Masalah ini tidak boleh diambil sambil lewa kerana ia boleh menyebabkan anda mendapat penyakit yang lebih teruk.

Penjagaan sistem pencernaan amat penting dalam kehidupan seharian kerana ia berkait rapat dengan organ dalam badan. Antara organ badan yang bergantung kepada kecergasan sistem pencernaan ialah otak, jantung, paru-paru dan lemak dalam hati.

Punca sembelit selalunya berlaku kerana cara pemakanan yang tidak sihat. Penting untuk mengambil makanan yang mengikut piramid makanan iaitu makanan yang tinggi dengan serat. Ia adalah salah satu daripada makanan yang penting dalam diet bagi membolehkan sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik dan memudahkan kelawasan perut.

Hasil kajian tempatan menunjukkan bahawa 50 peratus rakyat Malaysia tidak mencapai tahap pengambilan serat harian yang disyorkan. Sembelit berlaku bergantung kepada seseorang individu. Ada yang hanya mengalaminya pada waktu yang singkat sahaja tetapi bagi mereka yang mempunyai kesakitan dan ketidakselesaan yang lama ia mungkin merujuk kepada sembelit yang lebih kronik.

Individu yang mengalami sembelit akan dianggap kronik jika dia akan mengalami dua atau lebih simptom yang sama dalam masa tiga bulan. Antara simptomnya ialah pembuangan najis kurang dari tiga kali seminggu dan pembentukkan najis yang berketul atau keras. Selain itu, sewaktu proses pembuangan individu perlu meneran dan juga memerlukan jari untuk menekan perut untuk mengeluarkan najis.

Jika sembelit dibiarkan, ia boleh menyebabkan individu mendapat penyakit yang lebih teruk seperti radang usus, kanser perut, kanser esofagus dan kanser usus. Kanser usus merupakan pembunuh kedua wanita selepas kanser payudara. Jadi cuba kawal supaya dapat mengelak daripada berlaku perkara yang lebih buruk.

Cara mengatasi sembelit

1. Berjumpa pakar

Foto: US News Health

Individu yang mengalami simptom sembelit digalakkan untuk terus berjumpa dengan pakar atau doktor dan mendapatkan nasihat atau rawatan terbaik yang boleh dilakukan untuk membantu mengatasi masalah sembelit. Ia juga boleh membantu untuk mengesan jika anda mempunyai penyakit lain selain daripada masalah sembelit.

2. Mengubah gaya pemakanan, diet dan level nutrisi

Foto: foodal

Anda diwajibkan untuk minum air masak enam sehingga sepuluh gelas setiap hari. Air masak membantu sistem percernaan untuk bekerja dengan baik dan memudahkan proses pembuangan bagi yang mengalami sembelit. Selain itu, lebihkan memakan buah dan sayur dan tingkatkan pengambilan serat harian anda.

3. Bersenam

Foto: PhilCare

Cuba untuk lakukan senaman dan pergerakan setiap hari. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bersenam hanya lakukan 30 minit sudah mencukupi. Jika anda tidak mampu untuk bersenam, cara berjalan selama 30 minit juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit anda.

4. Tidur yang cukup

Foto: Young and Raw

Dapatkan tidur yang mencukupi. Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup ia boleh menyebabkan anda mendapat sembelit dan mengurangkan stres ketika proses pembuangan air besar.

5. Makan ubat Detox 

Foto: luv09shop

Pelembut najis selalunya diambil oleh mereka yang baru sahaja melakukan pembedahan, wanita bersalin dan individu yang mengalami buasir. Ia mungkin mengambil masa seminggu atau lebih untuk julap untuk berkesan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Apr 2020

Perokok dijangkiti COVID-19 lebih berisiko meninggal dunia

PKP masa sesuai untuk berhenti merokok

Featured Sun, 26 Aug 2018

4 Jenis Teh Yang Boleh Bunuh Lemak-Lemak Degil Dalam Badan

Lagi bagus anda minum teh ini tanpa gula!

Featured Fri, 20 Mar 2020

Basuh tangan atau sapu cecair pembasmi kuman?

Apa-apa pun, utamakan kebersihan!

Sihat Thu, 4 Oct 2018

Betul Ke ‘Gigi Bongsu’ Akan Tumbuh?

Pembentukan gigi bongsu terjadi seawal usia 12 hingga 25 tahun.

familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, […]

Sihat Mon, 21 Oct 2019

Yap Chan Kor, pusat perubatan tradisional untuk sakit kronik

Apakah yang dimaksudkan dengan sakit kronik?

Sihat Tue, 17 Sep 2019

Bagaimana nafas kita boleh berbau? Ini puncanya

Jangan memandang remeh hanya kerana mulut berbau!

Featured Wed, 3 Jun 2020

Betty Rahmad kesal tidak beri vaksin Influenza kepada bayinya

Bayinya berumur 11 bulan dimasukkan ke hospital

Featured Wed, 19 Dec 2018
Sihat Wed, 21 Nov 2018
error: Content is protected !!