Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin May 15, 2018 @ 11:00am

Adoi! Umur Baru 25 Tahun Tapi Rambut Dah Beruban. Makan 7 Jenis Makanan Ini Untuk Atasinya

Cuba anda periksa helaian rambut anda, ada uban tak? Kalau ada uban pasti anda akan terfikir, “aku sudah tua ke?” Yela, biasanya uban ini akan berlaku dalam kalangan mereka yang sudah berusia. Namun, kalau anda masih muda lagi tapi uban banyak pula, pasti stress kan?

Sebenarnya, ada beberapa faktor yang menyebabkan rambut beruban pada usia muda, antaranya ialah arteriosclerosis dan masalah pembuluhan darah. Selain itu, rambut beruban juga disebabkan berlakunya kerosakkan pada sistem penghantaran pigmen dari akar rambut ke sel keratinocytes (sel kulit muda) di batang rambut.

Jangan risau, masalah rambut beruban ini anda boleh elakkan daripada berlaku pada diri anda dengan makan beberapa jenis makanan ini. Tak perlu ambil ubat-ubatan lain atau produk yang dijual di pasaran, apa yang perlu adalah anda perbanyakkan makan 7 jenis makanan ini.

1. Anggur

Foto: Explo Rasa

Anda perlu perbanyakkan makan buah anggur kerana ia boleh membantu mencairkan gumpalan darah dan antikoagulan untuk menghalang daripada pembentukan darah.

2. Nanas

Foto: Mpib.gov

Nanas antara buah yang boleh membekalkan banyak protein dan membantu melarutkan pembentukan darah serta memperbaiki sirkulasi darah.

3. Lemon

Asam sitrat pada lemon dan ion kalsiumnya akan bergabung membentuk senyawa yang mudah larut sehingga memudahkan ion kalsium untuk meningkatkan pembentukan darah. Asam sitrat juga berfungsi untuk meningkatkan aktiviti pembuluh kapilari darah.

4. Sawi putih

Foto: Junaidi Khab

Untuk pengetahuan anda, sawi putih kaya dengan vitamin C yang mampu mengurangi kolestrol pada badan kita. Selain itu, ia juga meningkatkan elastisitas pembuluh darah dan memperbaiki arteriosklerosis.

5. Ubi kayu dan labu

Foto: Laman Seri

Foto: Muhibmahbub.blogspot

Ubi kayu dan labu mengandungi vitamin yang sangat bermanfaat untuk melebarkan pembuluh darah, meningkatkan sirkulasi darah dan memperbaiki arteriosklerosis.

6. Bawang putih

Foto: Liputan6

Bawang putih juga memiliki kesan yang baik terhadap sistem pembuluh darah. Ia boleh mengurangkan tekanan darah dan lipid darah. Anda boleh makan 2 biji bawang putih yang boleh mengatur tekanan darah dan memperbaiki arteriosklerosis anda.

7. Kentang

Foto: The Vocket

Protein pada kentang pula boleh menjaga keanjalan pembuluh darah, menghambat artiosklerosis serta meningkatkan aksresi kolestrol dalam tubuh.

Lepas ini kalau anda tidak mahu uban tumbuh dengan cepat, amalkan semua makanan di atas ini ok!

Sumber: Hijabista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 30 Nov 2018

Pakar Kongsi Keburukan Telefon Bimbit Pada Kanak-Kanak. Take Note Ya Para Ibu Bapa!

Telefon bimbit beri kesan negatif pada fizikal dan mental kanak-kanak.

Featured Thu, 22 Dec 2022
Events Thu, 14 Jul 2022
Featured Fri, 21 Mar 2025

Hilang Beg Berjenama Mewah, Zarina Anjoulie Sedia Tawar Ganjaran Bernilai RM2,500

Zarina Anjoulie memaklumkan, dia telah kehilangan sebuah beg tangan berjenama mewah antarabangsa, Prada, pada pagi Jumaat.

Featured Mon, 15 Jul 2024
Featured Sat, 23 Aug 2025
Featured Tue, 14 Feb 2023

“Pakai Macam Ni Pun Kena…” – Lawat Kawasan Banjir, Young Syefura Kesal Terima Komen Lucah

Orang kalau dah bernafsu, tengok apa pun bernafsu kan.. Minta dijauhkan

Featured Tue, 22 Oct 2024
Featured Wed, 24 Aug 2022
error: Content is protected !!