Featured By: Yanie Baharom May 21, 2018 @ 9:00am

Detoksifikasi Yang Berlaku Sepanjang Berpuasa Bawa 1001 Kebaikan Untuk Kesihatan Badan

Matlamat puasa adalah untuk membina takwa. Untuk tujuan itu puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan sempurna, seseorang bukan saja akan memperoleh takwa, malah lebih dari itu dia juga akan memperoleh segala kebaikan yang lain.

Antara kebaikan itu ialah meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi. Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin.

Menurut Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) dalam Adventures in Therapeutic Fasting, “Amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini ialah apabila seseorang menghidap penyakit, dia akan mengambil ubat untuk meredakan penyakitnya.

Sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan suatu yang berbeza iaitu mengamalkan puasa ketika sakit. Sebenarnya puasa adalah penawar. Ia merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan.

Ketika berpuasa organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel. Puasa adalah cara rawatan yang tertua di dunia. Ia telah diamalkan oleh orang-orang terdahulu, malah Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai salah satu cara rawatan untuk pesakit-pesakit mereka.

Berpuasa adalah satu cara untuk menyahtoksik yang banyak terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari. Tanpa kita sedari, di dalam tubuh terhimpun racun perosak, bahan pengawet, sisa-sisa dadah dan bahan kimia bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan.

Lapisan usus mengandungi berbilion parasit, dan organ-organ dalaman juga mungkin terkumpul dengan toksin dan melalui puasa detoksifikasi organ berlaku.

Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin. Sesetengah orang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses detoksifikasi sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.

Foto: theasianmummy

Semasa berpuasa tubuh membuang lebihan selular;  setiap hari berbilion sel dalam tubuh manusia digantikan dengan yang baru. Sel-sel yang mati perlu dinyahkan. Proses ini berlaku apabila seseorang berpuasa; tubuh akan membuang sel-sel mati, tisu-tisu yang telah rosak, lemak-lemak terkumpul, tumor dan sebagainya.

Semua ini akan terbakar atau dinyahkan sebagai bahan buangan. Berpuasa akan ‘melarut’ sel-sel berpenyakit secara sistematik dan meninggalkan tisu-tisu yang sihat. Sebab itulah berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan.

Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?

– Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
– Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
– Asid-asid lemak trans.
– Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
– Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
– Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
– Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
– Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
– Kolesterol berlebihan.

Apa kesannya?

– Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
– Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
– Sistem saraf diseimbangkan.
– Paras tenaga dipertingkatkan.
– Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
– Biokimia selular diharmonikan.
– Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
– Lebih mudah bergerak.
– Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
– Sistem digestif direhatkan.

Sumber: Majalah Sains 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Feb 2023
Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Thu, 29 Jul 2021

“Ini Bukan Caranya, Sekarang Allah Juga Boleh Kasi Lu Susah..”- Ramai Selebriti Buka Mulut Isu Carl Samsuddin

Isu melibatkan usahawan muda, Carl Samsuddin yang bersikap biadap terhadap warga emas ketika membuat ceramah motivasi bertajuk ‘ubah diri’ di sebuah pusat transit menimbulkan kemarahan orang ramai. Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada […]

Featured Mon, 27 May 2019
Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Wed, 31 Oct 2018

Roti Canai & Teh Tarik Penyumbang Terbesar Kepada Kes Obesiti Di Malaysia

Adakah anda peminat sajian ini dan selalu makan dan minum?

Eat Travel Thu, 19 Mar 2020

Lokasi tersembunyi saji pemandangan menarik

Rancang dahulu, sewa kemudian