Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 21, 2018 @ 12:00pm

Kate Middleton Memakai Baju Lama Ke Majlis Perkahwinan Putera Harry-Meghan Markle, Ini Sebabnya

Kerana mereka sering menjadi perhatian ramai, selebriti-selebriti antarabangsa akan dikritik jika mereka tampil dengan outfit yang mereka pernah pakai sebelum ini.

Yelah, kononnya mereka ini cukup kaya untuk membeli outfit baru setiap kali mereka membuat penampilan di mana-mana acara. Buat apa nak pakai baju lama?

Samalah juga dengan Kate Middleton, isteri Putera William dari negara Britain. Sepatutnya dia lagi kaya daripada mana-mana artis! Dengan body yang slim dan tinggi lampai, dia boleh pakai apa saja yang dia nak.

Tapi ketika menghadiri majlis perkahwinan adik William, Putera Harry dengan Meghan Markle, Sabtu lepas, Kate telah membuat ramai berasa bingung dengan penampilannya.

Walaupun semua orang lebih ternanti-nanti untuk melihat wedding dress Meghan, mereka mesti nak tahu juga bagaimana rupa penampilan Kate di majlis meriah ini.

Maklumlah, citarasa fesyennya yang sophisticated sering mendapat sambutan oleh pengkritik fesyen.

Tapi dua hari lepas, Kate memilih untuk “recycle” sebuah outfit yang dia dah pakai bukan sekali tapi tiga kali sebelum ini iaitu sehelai wool silk coat dress rekaan Alexander McQueen.

Foto: Ben Stansall//AFP/Getty Images

Ia berwarna kuning air dan dipadankan dengan sepasang high heels Jimmy Choo bewarna nude serta topi rekaan Philip Treacy. Kate memang nampak chic.

Jika anda ikuti perkembangan hidup Kate, anda mungkin rasa yang dress itu nampak familiar. Dia pernah memakainya ke majlis pembaptisan anaknya Puteri Charlotte pada Julai, 2015. 

Foto: Chris Jackson/Getty Images

Dia memakainya lagi pada Jun, 2016 untuk acara Trooping The Colour.

Foto: Ben A. Pruchnie/Getty Images

Dia memakainya juga ke majlis ulangtahun ke-100 Battle of Passchendaele di Belgium Julai lepas.

Foto: Hello Magazine

Keempat-empat kalinya, dia nampak classy. Tapi kenapa dia tak pakai outfit yang baru, ya? Padahal memandangkan ini adalah acara yang ditonton secara langsung dari seluruh dunia, tetamu-tetamu yang hadir semuanya nak melaram selagi boleh.

Kate nampaknya bukan begitu. Para Netizen berpendapat bahawa dia berbuat demikian supaya dia tak mencuri perhatian orang ramai daripada Meghan pada hari bahagianya. Waaah, baik hati dan bertimbang rasa sungguh Kate ini!

Basically Kate adalah seorang tetamu majlis perkahwinan yang perfect; dia selalu nampak gorgeous tapi tak pernah mencuri spotlight daripada si pengantin perempuan.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Jul 2024

“Our Little Secret Is Finally Out!” – Intan Najuwa Umum Kini Hamil Anak Sulung

Wah, tahniah! Tak sabar nak tahu jantina baby🥰😍

Featured Sat, 14 Jan 2023

Nafas Naga Gabungan Mantap Filsuf & Black Hanifah

Kerjasama antara rapper Filsuf dan Black pastinya membawa satu lagi warna dan kejutan kepada seluruh pencinta muzik tanah air menerusi lagu ‘Nafas Naga’. Lagu ‘Nafas Naga’ hasil ciptaan Filsuf dan lirik oleh Arisz Ab Rahman […]

Featured Sat, 5 Oct 2019
Eat Travel Mon, 18 May 2020
Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Fri, 17 Feb 2023

“Perhatianmu Menyeru Rasa…” – Look At This, DOLLA Tidak Peduli Kata Orang Lain

Hidup bukan untuk puaskan hati orang.. Mantap lah lagu baru DOLLA

Featured Thu, 13 Apr 2023

Dihentam Beri ‘Green Light’ Isteri Bertudung Atau Tak, Awal Ashaari Tahu Hukum Agama

“Saya tak mahu isteri saya bertudung atas dasar paksaan tapi bukan ertinya saya tak kisah”. Demikian kata pengacara dan pelakon, Awal Ashaari selepas kenyataannya sebelum ini disalah anggap oleh segelintir netizen. Menurut Awal atau nama […]

Featured Thu, 16 Oct 2025
error: Content is protected !!