Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops May 21, 2018 @ 4:00pm

10 Foto Bekal Makanan Tengahari Yang Disediakan Para Ibu Di Jepun. Memang Kreatif & Menarik!

Bagi ramai ibu bapa di seluruh dunia, memang satu kerja bila nak sediakan bekal makanan tengahari untuk anak-anak mereka.

Kalau boleh, mestilah makanan itu berkhasiat dan sesuai untuk tumbesaran anak-anak. Tapi ibu bapa yang tak ada masa akan berikan duit belanja saja.

Tahukah anda? Di Jepun, kesedapan atau kandungan khasiat di dalam makanan itu tak penting. Yang penting adalah bagaimana rupanya bekal itu.

Negara itu selalu pentingkan food presentation, dan ia telah menjadi sebuah trend bagi ibu-ibu di mana mereka serlahkan kreativiti mereka ke rupa bekal makanan anak-anak mereka.

Bekal makanan tengahari yang dihiasi dengan comel ini dipanggil character bento, atau kyaraben. Bahan makanan “digubah” untuk menjadi macam-macam bentuk seperti bunga, panda, patung beruang dan karakter kartun.

Dalam kata lain, ini adalah seni yang boleh dimakan.

Ibu bapa yang berkerjaya memang takkan ada masa untuk semua ini. Itu sebabnya kyaraben ini hanya disediakan oleh ibu yang tak bekerja.

Pada mulanya, tujuan kyaraben dibuat adalah untuk menggalakkan anak mereka untuk makan lebih banyak jenis makanan. Itu yang mereka hias bersungguh-sungguh supaya anak mereka rasa berminat.

Yang peliknya, kini ada tekanan masyarakat yang mendesak mereka untuk hasilkan kyaraben yang kreatif.

Ibu-ibu ini tak menyediakan kyaraben setiap pagi tapi mereka akan tetapkan masa selama 90 minit untuk fokus terhadap aktiviti ini.

Mereka juga boleh menyertai kelas mingguan di mana mereka boleh belajar cara-cara baru untuk memotong helaian seaweed atau mengukir sayur-sayuran menjadi bentuk binatang atau bunga.

Malah, ada juga pertandingan membuat kyaraben. Peringkat kebangsaan, ya!

Jom tengok hasil-hasil tangan para ibu ini. Mereka memang layak diberi hadiah!

Foto: enkyo.wordpress.com

Foto: japan-magazine.jnto.go.jp

Foto: Vemale.com

Foto: kurukuruland.blogspot.my

Foto: kurukuruland.blogspot.my

Foto: kurukuruland.blogspot.my

Foto: kurukuruland.blogspot.my

Foto: www.asiared.com

Foto: Chiharu Hama

Foto: http://web-japan.org

Sumber: BBC, Treehugger, Twelv

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 20 May 2020
Featured Sun, 26 May 2024
Featured Fri, 16 Apr 2021

“Kurang Ajar!” -Ashraf Muslim Luah Rasa Kecewa Iklan Judi Hari Raya Persenda Agama Islam

Baru baru ini tular sebuah video yang menggunakan lagu raya untuk mempromosikan aktiviti perjudian. Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dilihat mempersendakan ajaran agama Islam. Salah screenshot tadi. Ni iklan Raya dari company […]

Featured Fri, 15 Nov 2024
Featured Tue, 6 Sep 2022
Featured Tue, 28 May 2019

Rico Rinaldi Summeraya 2019, terilham daripada keindahan sang rama-rama

Sebuah koleksi yang cukup praktikal dan menawan!

error: Content is protected !!