Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 2, 2022 @ 5:37pm

Bergantung Duit Simpanan, Ali Puteh Tertekan Job Batal ‘Last Minute’… Netizen Perli – “Harta Anak Yatim Jangan Buat Main”

Pelawak Ali Puteh mengakui kemelut yang melanda dirinya dan balu kepada Allahyarham Abam memberi kesan yang cukup besar dalam kehidupannya.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, Ali mengakui banyak tawaran kerja terpaksa dibatalkan disaat akhir malah sejak dua tahun kebelakangan ini, dia hanya bergantung kepada duit simpanan untuk meneruskan kehidupan terutamanya dalam membesarkan anak-anak dan menjadi ketua keluarga.

“Sejak awal kes ini mendapat perhatian memang banyak job saya dibatalkan. Selain itu, saya tidak menerima banyak tawaran kerja dalam tempoh dua tahun ini.

“kini saya hanya bergantung kepada duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga. Malah, harus berjimat cermat kerana anak sedang membesar,” katanya.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, bagaimanapun tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak malah sedia menerima ujian ini dengan hati yang terbuka.

“Memang ada rasa tertekan kerana saya ada tiga orang anak. Ketika arwah ibu masih hidup saya juga menanggung kos rawatan perubatan. Saya hanya katakan kepada isteri percaya pada rezeki.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dulu. Allah jentik dengan ujian sebegini,” jelasnya.

Tegasnya lagi, dia juga bersedia untuk berjumpa dengan Hidayah bagi menyelesaikan kemelut yang melanda diantara mereka.

Namun lain pula ceritanya apabila rata rata netizen yang mengikuti perkembangan kes keluarga antara Ali dan Hidayah menganggap bahawa ini adalah karma dunia kerana ia melibatkan harta anak yatim.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIRAL] “Minta Maaf, Saya Rela Undur Diri Dari Dunia Seni” – Ali Puteh Redha Dengan Kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN:“Bawa Berbincang Dengan Penuh Kasih-Sayang” – Mufti Wilayah Bersuara Isu Melibatkan Ali Puteh

ARTIKEL BERKAITAN:“Boleh Bagi 30 Ribu?” – Individu Godam Instagram Ali Puteh Minta Duit Pula!

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara ‘Sekolahkan’ Man, Ali Puteh Pula ‘Panas’ Dihentam Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Arwah Abam Bocey, Ali Puteh Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

ARTIKEL BERKAITAN:“Orang Boleh Kata Apa Sahaja, Namun…” – Ali Puteh Mahu Fokus Jual Ayam

 

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Feb 2022

Selamat Bernikah Kali Kedua, Azlee Khairi Anggap Diri ‘Bertuah’

Tak senua perkara boleh di share kat public okay!

Trending Mon, 2 Mar 2020

“Semoga Dengan Lagu Ini Kita Bisa Menghargai Waktu Bersama Pasangan”- BCL Luah Perasaan Sayu Di Konsert Ronan Keating

Bunga Citra Lestari kembali beraksi di pentas buat kali kedua selepas hampir seminggu kehilangan sang suami. Terbaru, penyanyi itu tampil menjadi artis jemputan istimewa di Konsert Ronan Keating, BCL sempat mendedangkan beberapa lagu hitsnya seperti […]

Featured Tue, 24 Aug 2021
Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Setanding Drama Korea, Babak Dalam Sekali Lagi Cinta Kembali Jadi Bualan Penonton

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali kini menjadi fenomena apabila gandingan mantap Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim ternyata tidak mengecewakan. Terbaharu, seorang pengguna memuat naik video reaksinya terhadap satu babak dalam drama Sekali Lagi Cinta […]

Hiburan Tue, 20 Jun 2023

Nurul Shuhada Dedah Anak-Anak Tidak Merestui Hubungan Hafidz, Athirah Yuhada – “Saya Tak Nak Emosi Mereka Terganggu”

Hmmm, apa apa pun kita doakan yang terbaik untuk anak anak Hafidz dan Shuhada 😢

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Now You Can Play Subway Surfers in Snapchat Real-Time!

Subway Surfers takes a leap forward to the next train; SnapChat.

error: Content is protected !!