Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 1, 2021 @ 1:33am

Ibu Arwah Abam Bocey, Ali Puteh Meninggal Dunia

Ibu kepada Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh, Sabariah Arshad meninggal dunia pada jam 11.54 malam semalam (Khamis).

Sabariah, 64, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang.

Menurut laporan Gempak, wakil keluarga Ali memaklumkan Sabariah diserang asma dan dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) pada Selasa lalu.

Difahamkan, Sabariah juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Ali dan adik lelakinya sedang menuju ke hospital untuk urusan membawa jenazah pulang ke rumah, manakala kakak dan isteri Ali tinggal di rumah untuk menguruskan apa yang patut.

“Urusan lain seperti memandikan jenazah dan pengebumian belum diketahui infonya,” kata wakil tersebut.

Berita pemergian arwah ibu Ali juga dimaklumkan oleh rakan pelawak, Achey di hantaran terbaru Instagram miliknya.

Pada Disember 2020, Sabariah pernah dikejarkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Salam takziah dari Xtra untuk Ali dan seluruh ahli keluarga, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber: Gempak, Instagram Achey

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Risteena Tepis Dakwaan Rumah Tangga Dengan Isa Khan Bergolak – “Kapsyen Suami Saya Itu Hanya Lirik Lagu & Quotes”

Risteena menjelaskan kapsyen yang dimuat naik suaminya dalam video tular sebelum ini hanyalah petikan lirik lagu

Trending Mon, 21 Oct 2019

Terkejut Ada Kelibat Sewaktu ‘Selfie’ Ketika Mendaki Bukit

Jaga-jaga sewaktu mengambil gambar tidak kira dimana ye

Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Featured Thu, 8 Aug 2024
Hiburan Wed, 26 Mar 2025
Trending Wed, 16 May 2018

Gadis Ini Jual 100 Buah Mini Cooper Di WeChat Dalam Masa 5 Minit

Pernah tak korang terfikir nak beli kereta melalui aplikasi WeChat?

Hiburan Tue, 13 Feb 2024
Trending Wed, 27 Dec 2023

Gara-Gara Mahu Mengambil Baju Di Balkoni, Penuntut Universiti Terjatuh Dari Tingkat 34

Jadi pengajaran buat semua…hati-hati semasa nak ambil baju tu🥺

error: Content is protected !!