Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2023 @ 7:25pm

Nurul Shuhada Dedah Anak-Anak Tidak Merestui Hubungan Hafidz, Athirah Yuhada – “Saya Tak Nak Emosi Mereka Terganggu”

Isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan kedua-dua anaknya, Humairah dan Umar sangat menentang hubungan suaminya bersama wanita bernama Athirah Yuhada.

“Anak-anak saya sangat menentang tentang perkara itu (hubungan Hafidz dan Athirah),” katanya.

Shuhada berkata demikian ketika disoal sekiranya Hafidz dan Athirah berkahwin dan anak-anaknya berjumpa dengan wanita tersebut.

Jelasnya, dia tidak menghalang anak-anaknya untuk berjumpa dengan ibu tiri namun Shuhada menjelaskan, Humairah dan Umar menentang hubungan Hafidz dan pihak ketiga, Athirah.

“Saya serahkan segalanya kepada Allah sebab pembalasanNya lagi pedih. Sekiranya benda itu terjadi, dan anak-anak saya bakal bertemu dengan ibu tiri mereka maka itu kehendak anak-anak saya sendiri.

“Umairah dan Umar sangat menentang perkara tersebut. Saya tak nak emosi mereka terganggu.. Cukup-cukuplah.

“Biar saya saya yang hadap sakit ini,” ujarnya.

Sementara itu, Shuhada berkata dia mahu memulakan hidup baharu dan melupakan segala kesedihan dengan menyambung pelajaran ijazah.

“Saya akan besarkan anak-anak bersama di Perlis. Saya nak mulakan hidup baru, sambung belajar ambil ijazah dan kejar cita-cita saya,” katanya.

Sebelum ini, Shuhada berkata pintu hatinya terhadap Hafidz telahpun tertutup dan punca penceraian mereka adalah kerana muncul pihak ketiga dalam perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Untuk Berkawan Baik Itu Mungkin Tidak…,” – Pintu Hati Nurul Shuhada Buat Hafidz Roshdi Sudah Tertutup

Dalam masa yang sama, Hafidz menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuhada sekiranya isterinya masih berterusan menyebarkan perkara keburukkan mengenai dirinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Tekad Fail Undang-Undang Atas Nurul Shuhada Sekiranya Masih Sebar Keburukkan – “Aib Dia Saya Jaga Erat”

Pada pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, menangguhkan keputusan lafaz cerai luar mahkamah antara pelakon, Hafidz dan isteri, Nurul Shuhada 27 Julai depan.

Keputusan tersebut dilakukan oleh Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin yang akan menilai semula kenyataan bertulis kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan pada 27 Julai ini.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada telah memfailkan cerai di mahkamah pada 27 Februari lalu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Aug 2024

Anggap Masalah Mental Berpunca Dari Media Sosial, Amir Jahari  Mohon Individu Dapatkan Rawatan Profesional – “Anda Tak Akan Dapat Jawapan Dari TikTok”

Ibu bapa kena mainkan peranan penting & kalau boleh cuba lebih terbuka dengan anak-anak….Yang penting, kalau ada masalah dapatkan rawatan segera okay!

Hiburan Wed, 16 Apr 2025

Netizen Minta Abby Abadi Buat Permohonan Maaf Kepada Umisya Mazlan? Ini Respons Empunya Badan

Abby Abadi persoal tindakan netizen, minta Aslam yang minta maaf kepadanya

Trending Fri, 8 Jan 2021
Trending Wed, 7 Apr 2021
Hiburan Thu, 28 Mar 2024

Darjat Ibu Bapa Terlalu Tinggi Untuk Diperdebat, Neelofa Akui Kelemahan Dalam Memberi Pandangan – “Saya Bukan Ustazah…”

“Saya bukannya ustazah dan orang yang layak untuk bercakap tentang ini tapi saya tahu sikit-sikit pasal benda ni,” demikian kata selebriti, Neelofa yang tampil mengulas dakwaan dirinya tiada empati dalam memberikan pendapat, baru-baru ini. Sebelum […]

Trending Thu, 22 Oct 2020

Pesalah Lalu Lintas Berdepan Hukuman Berat Bermula 23 Oktober Ini

semoga hukuman berat ini mampu mengurangkan kes kemalangan

error: Content is protected !!