Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 25, 2022 @ 12:32pm

“Filem Anak Rimau The Movie Beri Ilham Kepada Anak Muda” – Timbalan Menteri Belia & Sukan

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ti Lian Ker memberi sokongan atas usaha penghasilan filem Anak Rimau The Movie yang menjalani penggambaran dalam tempoh mencabar pada era pandemik.

Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn Bhd bukan sekadar berlatarkan sukan bola sepak, malah, mengangkat semangat dan perjuangan generasi baharu dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak.

Filem Anak Rimau The Movie yang sepatutnya ditayangkan pada 2020, namun, ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Ia juga dihasilkan menerusi usaha sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Ini satu cabaran hebat bagi pelakon dan kru Anak Rimau The Movie dapat menghabiskan penggambaran filem, meskipun diuji dengan pandemik.

“Proses penggambaran filem dijayakan dengan dedikasi dan memiliki sifat kepimpinan tinggi. Aspek ini juga ditanam dalam mesej utama filem Anak Rimau The Movie iaitu memberi inspirasi kepada anak muda mencapai cita-cita sebagai pemain bola sepak demi Malaysia,” ujarnya.

Beliau hadir pada Malam Gala Filem Anak Rimau The Movie di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Turut hadir pada tayangan filem berkenaan ialah Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah,Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Penerbitnya, Fadzil Manap berkata, filem memainkan peranan penting sebagai menjadi medium komunikasi kepada anak muda untuk melakukan perubahan dalam hidup.

“Saya percaya filem Anak Rimau The Movie mampu memberi impak, pengaruh dan gaya pemikiran masyarakat.

“Tujuan pembikinan filem bukan sahaja memberi semangat kepada anak muda, tetapi bertindak sebagai medium pendidikan, informasi dan hiburan bagi membantu membina asas kukuh untuk transformasi Malaysia,” katanya.

Filem Anak Rimau The Movie mengetengahkan bakat baharu, Idan Aedan dan dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil @ Kechikimi dan Hanz Daniel Skelchy.

Naskhah menelan belanja RM5.5 juta itu turut menampilkan aktor terkenal, Beto Kusyairy, Azhan Rani dan Adam Corrie.

Turut membintangi, Taiyuddin Bakar, Mustakim Bahadon, Megat Sharizal dan barisan pemain bola sepak AMD iaitu Izz Qhuzaidie Mazni Alif Aiman Mohamad, Amil Haikal Rozmi, Nazwan Abdullah, Nur Qayyum Irfan Jamil, Airiel Zafran Mohd Azrul, Al Kausal Jarah, Shahmeer Rusli dan Adam Shauki Asmady.

Tidak ketinggalan, penampilan anak saudara Sultan Pahang, iaitu Wan Omar Daanyal Wan Ahmad Muadzam.

Kredit foto: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Featured Fri, 6 Feb 2026

Mimi Fly Titip Pesan, Minta Jangan Terlampau Berkorban – “Belajar Tanya Diri Apa Yang Kita Nak”

Kata Mimi, mereka yang mempunyai sikap suka ‘berkorban’ untuk orang lain perlu dihentikan segera

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

Jiwa Hampir ‘Kosong’, Azar Azmi Akui Cemburu Lihat Pasangan Lain Bahagia – “Saya Hanya Bertahan Demi Anak-Anak”

Terdahulu, Azar dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen ditahan pihak berkuasa bagi siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia serta penipuan darjah kebesaran

Featured Thu, 17 Oct 2024

Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

Hmmmm… betul ke ni. So, acah je lah ni pakai bunga yang sedia ada👀

Hiburan Sun, 26 Nov 2017

Alana Martina, Anak Keempat Cristiano Ronaldo Selamat Dilahirkan

, Anak Keempat Cristiano Ronaldo,Alana Martina Selamat Dilahirkan

Featured Mon, 30 Dec 2024
Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Bapa Along Jinbara Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Along sekeluarga

Featured Wed, 18 Jan 2023
error: Content is protected !!