Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin May 22, 2018 @ 11:00am

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Pasti dalam kalangan kita akan berasa lemah dan tidak bermaya kerana berpuasa kan? Tahukan anda ia berlaku disebabkan oleh pemakanan kita sewaktu sahur. Pemakanan yang tidak berkhasiat mungkin salah satu puncanya.

Jika anda masih tidak tahu nak makan makanan yang buatkan anda bertenaga sepanjang bulan Ramadan ini, 3 orang selebriti ini kongsi rutin makanan sahur dan berbuka mereka. Jom kita semak!

1. Ifa Raziah

Foto: Instagram Ifa Raziah

“Setiap kali sahur saya memang tidak makan nasi dengan lauk yang heavy kerana kalau terlalu kenyang saya tidak boleh tidur. Biasanya saya akan makan roti ataupun bubur nasi dengan ikan bilis goreng untuk dapatkan tenaga. Kalau air pula saya minum air suam. Sangat simple menu sahur saya.”

“Pesanan saya kepada wanita kat luar sana, anda wajib bangun sahur kerana ia penting. Kalau tak nak ikut menu saya, anda juga boleh makan buah kurma dan minum susu. Yang penting sekali banyakkan minum air masak dan kurangkan minuman manis.”

“Kalau berbuka puasa pula, saya biasanya akan makan buah kurma terlebih dahulu dan seterusnya saya akan makan buah-buahan. Yela, seharian kita berpuasa jadi badan kita kekurangan gula, jadi kita ambil gula daripada buah-buahan ataupun kuih-muih. Saya memang banyak makan buah-buahan dan lebihkan air putih.”

2. Hanis Zalikha

Foto: Instagram Hanis Zalikha

“Hanis sangat pentingkan waktu sahur, mungkin ada orang yang suka sahur awal macam dalam pukul 12 ke kan, tapi saya akan sahur paling lambat biasanya dalam pukul 5.30. Sebab makin lambat sahur, makin lama nasi dalam perut dan lambat lah untuk saya berasa lapar.”

“Untuk kekal bertenaga bulan puasa ini, menu sahur saya mesti ada karbohidrat seperti nasi, roti ataupun cereal.”

“Waktu berbuka pula, saya akan pastikan tidak ada pembaziran makanan, jadi kalau suami saya beli roti John kami akan habiskan terlebih dahulu. Biasanya saya akan masak di rumah ikut pada menu yang sesuai dengan seisi keluarga.”

3. Yana Samsudin

Foto: Instagram Yana Samsudin

“Selalunya saya akan sahur awal dalam pukul 2 pagi, sebab saya berniaga dan memang buat kerja pada waktu malam sampai ke pagi. Jadi, saya akan sahur awal, tapi saya tetap akan makan sebab saya ada gastrik.”

“Biasanya untuk menu sahur, saya akan elakkan minum susu, kerana saya ada alergi susu dan saya akan makan berunsurkan nasi dan lauk juga. Kalau waktu berbuka saya akan makan nasi, makanan bersup dan elakkan makan makanan yang manis.”

Kepada anda yang nak kekal bertenaga seperti selebriti ini, anda boleh ikut menu sahur dan berbuka mereka. Apa yang penting, ketika sahur makan kurma dan lebihkan minum air ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 18 Nov 2018

Jom Buat Mainan Kraftangan Ikan Unik Ini Untuk Anak Anda, Tak Susah Pun!

Gunakan peluang ini untuk eratkan hubungan dengan anak.

Featured Tue, 26 Aug 2025
familuv Fri, 5 Jul 2019

Setiap keluarga perlu ada selimut ini di rumah

Mampu memperlahankan penyebaran api

Featured Sat, 1 Mar 2025

15 Tahun Berkarya, Kumpulan Fourtwnty Secara Rasmi Umum ‘Berehat’

Kumpulan indie yang terkenal dengan lagu healing nya ini mengambil keputusan untuk berehat 🙁

Gaya Hidup Mon, 1 Oct 2018

Doktor Ini Kongsi Tindakan Kecemasan Bagi Merawat Sengatan Tebuan

Kelemahan daya ketahanan dan kesan alergi pada mangsa itu sendiri akan mengorbankan nyawanya.

Events Wed, 24 Aug 2022

Nama Tercicir Sebagai Tetamu KLFW 2022, Ning Baizura Bengang Dengan Sikap Segelintir ‘Orang Kaya’ – “Class Can’t Be Bought!”

Banyak je ‘orang kaya’ macam ni 😌 Bak kata Ning Baizura, That’s not classy at all!

Featured Mon, 25 Jun 2018

Mix & Match Koleksi ALDO Untuk Mirip Gaya Selebriti

Dengan barangan ALDO, anda boleh bergaya persis selebriti kesayangan anda.

error: Content is protected !!