Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari August 24, 2022 @ 7:40pm

Nama Tercicir Sebagai Tetamu KLFW 2022, Ning Baizura Bengang Dengan Sikap Segelintir ‘Orang Kaya’ – “Class Can’t Be Bought!”

Baru-baru ini, acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022 menjadi bualan hangat mengenai pelbagai isu walaupun telah melabuhkan tirai pada 21 Ogos lalu.

Walaubagaimanapun, penyanyi terkenal, Ning Baizura telah memuat naik luahan hatinya di media sosial mengenai sikap segelintir ‘orang kaya’ yang menghadiri pertunjukan fesyen itu.

Menerusi akaun TikTok miliknya, Ning Baizura memberi teguran pedas kepada segelintir individu yang menggunakan status demi mendapatkan tempat duduk di barisan hadapan di KLFW.

“Eh… when in KL… just because you are rich & a ‘BIG SPENDER’ doesn’t mean that you can ask for front row at KLFW2022 tau!

“That’s not classy at all… in fact class can’t be bought… perhaps in other countries for Fashion Week I don’t know,” tulis Ning Baizura.

Kongsinya lagi, dia berasa janggal dan malu mengenai hal tersebut apabila diberitahu oleh pereka-pereka fesyen itu sendiri.

Malah, namanya sebagai salah seorang tetamu di pertunjukan fesyen tersebut turut tercicir gara-gara sikap segelintir individu kaya itu.

“Plus, when I heard from the designer himself/herself I felt super awkward & embarrassed when you drop my name as well.

“Far out!! Please don’t be a social climber darling,” luahnya lagi.

Untuk info, KLFW 2022 merupakan sebuah acara tahunan yang meraikan pereka-pereka fesyen tempatan mempamerkan busana-busana rekaan mereka. Acara ini telah bermula pada 17 Ogos hingga 21 Ogos 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022

Mahu Jaga Anak Dahulu, Anzalna Nasir Tolak Tawaran Lakonan

Pelakon jelita, Anzalna Nasir lebih memilih untuk menjaga anak-anak berbanding terlibat dengan projek drama buat masa sekarang. Pelakon jelita itu mahu memikul tugas menjaga anak bersama suaminya, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu […]

Trending Sat, 23 May 2020
Trending Thu, 16 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Semak Cara Status Pembayaran

Jom semak cara pembayaran status BSH fasa ketiga!

Drama Tue, 21 Apr 2026

Tampilkan Gandingan Raden Zaharatul Bersama Hafidz Roshdi & Syarul Ezani, Singkap Rahsia Terbongkar Dalam Naskhah ‘Cinta Kedua’

Drama terbaharu Cinta Kedua tampil sebagai naskhah Tonton Eksklusif yang bakal menyentuh emosi penonton menggandingkan lakonan Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi & Syarul Ezani.

Trending Sun, 13 Jun 2021

Rapper Muda Singapura Jalin Kolaborasi Dengan SonaOne

Menggunakan gelaran nama YHB Sleepsalot, anak muda kelahiran Singapura ini bersedia untuk menggegarkan dunia muzik masa kini. Dilahirkan pada 30 Ogos 2001, YHB mengakui bahawa permulaannya ke dalam dunia seni bertitik-tolak dari obsesinya terhadap bintang […]

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pengusaha Kosmetik Di Luar Sana, Jom Debat!

Saya mencabar individu yang dikatakan ‘hebat’ dalam bidang berkaitan suplemen kecantikan ini membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk yang dijual. Ayuh!

Featured Mon, 18 Nov 2019

15 gaya penampilan Beyoncé yang paling mempersonakan dalam dekad ini

Queen Bey bukan saja berbakat malah pandai bergaya.

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Bengang Punya Pasal, Aziz M Osman Label Netizen ‘Bodoh Sombong’?

Dah ada yang halal, yang haram jugak korang nak kan?

error: Content is protected !!