Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 8, 2021 @ 6:42pm

Rupanya Bakal Cikgu Kacak Ini Yang Menyanyikan OST Rahimah Tanpa Rahim!

Penyanyi baru, Aliff Iskandar bersyukur lagu nyanyiannya menjadi pilihan penerbit untuk dijadikan lagu tema drama bersiri.

Kini, lagu terbaru bakal guru yang sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur berjudul Perit ini dipilih menjadi lagu runut bunyi drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim yang sedang rancak disiarkan di slot Akasia TV3.

“Terima kasih sebab memberikan sokongan kepada lagu ini. Saya tak sangka, sejak dilancarkan tiga bulan yang lalu, Perit benar-benar diterima baik daripada peminat. Orang pun makin kenal dengan lagu ini.

“Alhamdulillah, selain Rahimah Tanpa Rahim, lagu ini juga menghiasi drama bersiri Bougainvillea yang baru sahaja tamat menghiasi slot Samarinda TV3 serta beberapa drama yang disiarkan di stesen televisyen berbayar,” katanya.

Menariknya, lagu tersebut mendapat sambutan apabila dijadikan ‘lagu tema’ bagi mereka yang putus cinta, dicurangi dan berhadapan dengan apa sahaja masalah perhubungan.

“Apabila lirik tersebut dekat dengan pendengar, mereka mudah menerimanya. Ada yang bagaikan pernah berhadapan dengan situasi tersebut dan tak kurang juga yang meninggalkan pelbagai komen tentang pengalaman mereka dalam video muzik berkenaan.

“Saya baca setiap komen yang mereka titipkan. Macam-macam kisah dan pengalaman dikongsikan. Mana yang tragis tu, saya bersimpati sangat-sangat,” tambahnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALIFF ISKANDAR (@aliffxiskandar)

Terbaru, Aliff bersyukur kerana karyanya itu diterima baik oleh beberapa pihak yang percaya kepada bakat penciptaan lagunya. Dia yang sudah menghasilkan beberapa lagu lain juga gembira apabila ada pihak yang mahukan karyanya.

Semua itu berlaku apabila dia mula menyanyikan lagu baharunya semasa sedang bersiaran langsung menerusi Instagram miliknya.

Beberapa pihak sudah mula merisik penyanyi yang berasal dari Pasir Mas ini dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan karya baharunya itu.

“Memang ada beberapa pihak yang sudah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan saya termasuklah mengasilkan runut bunyi dan sebagainya. Sudah pasti sebagai seorang pencipta baharu, saya amat hargainya.

“Bila ada yang percaya kepada hasil karya saya, tiada apa kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan ini. Semoga apa yang dirancang akan tertunai sedikit masa lagi,” katanya lagi.

Menariknya bukan sahaja beberapa syarikat produksi menyatakan hasrat untuk bekerjasama tetapi juga beberapa artis popular turut menyatakan minat mendapatkan karya baru Aliff.

“Setakat ini semuanya masih dalam perancangan. Andai kata semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, saya akan kongsikan kepada semua,” katanya.

Jangan lupa saksikan Rahimah Tanpa Rahim yang dijayakan oleh Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

“Tak Payah Jadi Terpaling Fed Up, Jangan Cepat Hukum Drama Tempatan!” – Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim menekankan bahawa setiap karya yang dihasilkan mempunyai mesej tersendiri yang sepatutnya difahami sebelum dijatuhkan penilaian.

Trending Sat, 27 Mar 2021

“Kami Tidak Berhubung Sehinggalah…” – Mula Kenal Tahun 2017, Neelofa Dedah Peribadi PU Riz

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa mengimbas semula detik perkenalan dengan suaminya, pendakwah selebriti Haris Ismail atau PU Riz. Dedah Neelofa, mereka saling mengenali sekitar empat tahun lalu. “Sejujurnya, saya mula mengenali Haris pada tahun 2017. […]

Hiburan Wed, 8 May 2024

Individu Kritik Buku Puisi Tulisan Daiyan Trisha, Dakwa Tak Ada ‘Originality’?

Alamak, takkanlah.. Kan buku puisi Daiyan tu nombor syatu?

Events Fri, 26 Aug 2022

Pertahankan Warisan & Alam Semulajadi, Alena Murang Berkarya Dalam ‘Put Burui’

Alena Murang merupakan pemuzik sape’ profesional wanita yang pertama 😍

Featured Sun, 17 Mar 2024

Ifa Raziah Akur Penarikan Diri Ruhainies  – “Harap Semua Berpuas Hati”

Kesian Ruhainies, ramai nampaknya yang boikot ek😱😱😱

error: Content is protected !!