Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 9:19pm

Anak-Anak Beraya Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Tak Sedih… Anggap Peluang ‘Me Time’

Pelakon Diana Danielle bakal menyambut Aidilfitri tahun ini tanpa kehadiran dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora, yang akan beraya di Kedah bersama bekas suami, Farid Kamil selama seminggu.

Walaupun pertama kali meraikan Syawal selepas perpisahan, Diana, 34, mengakui tidak berasa sedih, sebaliknya melihatnya sebagai satu peluang untuk anak-anaknya menikmati Aidilfitri.

“Tiada ‘drama’ air mata, saya bersyukur anak-anak dan Farid sihat. Saya juga gembira mereka dapat merasai suasana beraya di kampung.

“Ini keputusan saya sendiri, jadi saya perlu menerimanya dengan matang. Apa pun, saya okay kerana anak-anak masih mempunyai seorang bapa yang penyayang dan sentiasa meluangkan masa dengan mereka.

“Walaupun saya tak lagi beraya dalam suasana kampung, yang penting anak-anak masih dapat merasai kemeriahannya,” katanya.

Diana juga menganggap penggiliran ini sebagai peluang menikmati masa untuk diri sendiri.

“Jujurnya, saya tak kisah pun dengan penggiliran ini. Ini bukan kali pertama, dua tahun lalu pun pernah berlaku.

“Anggap saja sebagai ‘me time’, masa untuk berehat dan relaks. Daripada bersedih, lebih baik saya fokus pada diri sendiri dan terus positif.”

“Inilah kehidupan saya sekarang,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Universal Music baru-baru ini.

Dalam pada itu, Diana juga memaklumkan dirinya akan menyambut syawal di Kuala Lumpur bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Saya memang berasal dari Kuala Lumpur, jadi beraya di sini bukan sesuatu yang asing. Dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakan, suasana raya tetap meriah seperti biasa.

“Kami masih menyesuaikan diri dengan situasi baru, dan saya sangat menghargai serta menghormati perubahan ini,” ujarnya.

Diana dan Farid sah bercerai talak satu buat kali kedua pada Isnin lalu selepas mendirikan rumah tangga selama 13 tahun.

Artikel Berkaitan: Farid Kamil Serah Hak Jagaan Dua Anak Sepenuhnya Pada Diana Danielle

Artikel Berkaitan: Sah Cerai Talak Satu Buat Kali Kedua, Diana Danielle & Farid Kamil Saling Bersalaman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Aug 2025
Selebriti Sat, 13 Jan 2024

“Tyzo Berbakat & Berpengalaman, Jalan Terus Tanpa Peduli Orang ‘Toksik’ Itu!” – Azrul Zaidi Sifatkan ‘Politik’ Stesen Radio Kejam

Dalam dunia radio kalau mereka dah tak nak, bila-bila saja mereka akan ‘tendang’ (buang) – Azrul Zaidi

Featured Tue, 23 Dec 2025
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Apwiter, Afif Tirmizie Pertaruh ‘Genggam’, Gabungan Hip Hop & Warisan Melayu!

Afif Tirmizie teruja lancar lagu baharu berjudul Genggam

Drama Thu, 4 Apr 2024

Ghairah Pilih Pelakon, Erma Fatima Puji Lakonan Aedy Ashraf & Hannah Delisha – “Ini Lah Pelapis Yang Bukan Harap Muka Tapi Bod*h”

Wah! Bukan senang nak dapat pujian dari seorang Erma Fatimah. Terbaik lah Aedy & Hannah!❤️👏

Hiburan Fri, 20 Oct 2023

“Noorkhiriah Orang Pertama Bagi Saya Tudung Untuk Berhijrah” – Ieda Moin

Allahu bestnya ada kawan yang selalu support hijrah kita

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Takziah! Bapa Mertua Achey Meninggal Dunia

Assalamulaikum, bapa mertua saya iaitu ayah kepada @anne_achey telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 11.20 malam tadi

Featured Thu, 21 Mar 2024
error: Content is protected !!