Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana March 31, 2023 @ 1:02pm

Gara-Gara Trafik Sesak, Wanita Ini Potong Kacang Panjang Sambil Memandu – “Mujur Tiada Dapur Gas, Kalau Tak…”

Seperti yang semua tahu, memikul tanggungjawab seorang isteri bukanlah satu perkara yang mudah.

Memasuki bulan Ramadan, peranan seorang isteri dan ibu semakin bertambah dari segi tugasan di rumah dan pejabat.

Namun, golongan wanita ini dikenali dengan sifat ‘multitasking’ kerana mampu melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Baru-baru ini, tular di media sosial menerusi satu video yang dimuat naik memaparkan seorang wanita sedang mematahkan kacang panjang sambil memandu.

@fauishasha 1st day puasa. masing2 nak balik rumah cepat2 nk buka dengan famili tsayang.. but hakak pukul 6.55pm still sangkut dlm jem lagi #ramadhan2023 #jalanjemwoooiii #fypシ #fyp #siangsayur ♬ Funny Laugh no no no – Sound Effect

Video berkenaan meraih banyak komen netizen yang terhibur dengan aksi itu.

“Kalau kat KL sesak, dia boleh siang ikan lagi. Mujur dalam kereta tiada dapur gas, kalau tidak mesti dah masak sekali.

“Bawang potong siap-siap kak. Sampai rumah campak terus dalam kuali. Hebat akak,” komen netizen.

Ada yang memuji usaha wanita itu cuba untuk balik awal masak dan berbuka bersama keluarga tersayang.

“Kesian ibu-ibu. Inilah effort seorang ibu dalam menyediakan sesuatu untuk keluarga. God bless you sis. Terbaiklah awak, melambak wanita multitasking, ni tak sayang tak tahu lah.

“Hanya seorang isteri, seorang ibu yang mampu begini, semoga Allah kurniakan awak kesihatan yang baik dan dirahmati Allah,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Sun, 19 May 2019

Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Tahniah Dynas Mokhtar!

Pelakon Dynas Mokhtar selamat melahirkan anak lelaki pada Jumaat lalu. Berita gembira ini dikongsi oleh pelakon drama KL Gangster: Underworld menerusi laman Instagramnya sebentar tadi. ” Ketentuan Illahi. Alhamdulillah. MasyAllah anak lelaki untuk kami. Kami […]

Events Tue, 16 Jul 2019

Noh Hujan Bersyukur Lagu Ciptaan Jadi OST Filem

Bukan senang artis nak jadikan lagu ciptaan sendiri jadi runut bunyi sebuah filem tau, kita ni tau dengar and komen je kan?!

Featured Mon, 8 May 2023
Featured Thu, 24 Nov 2022

“Pendarahan Masih Berterusan Secara On-Off”- Ungku Ismail Mohon Doa Untuk Nad Zainal

Ramai artis yang terlibat mendoakan dan membacakan Yassin buat Nad Zainal…

Featured Fri, 11 Mar 2022
Hiburan Sat, 14 Feb 2026

Wany Hasrita Pertaruh ‘Lembayung Tari’, Angkat Nuansa Pop Etnik Penuh Magis

Wany Hasrita kembali dengan single terbaharu berjudul Lembayung Tari, ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh.

error: Content is protected !!