Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin May 23, 2018 @ 1:00pm

Jom Shopping Raya Di Festival Anggun Life Johor Bahru Pada 8 & 9 Jun Ini!

Berita baik bagi anda yang tinggal di Johor Bahru, Media Prima Berhad buat julung kalinya akan mengadakan festival Anggun Life di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bersempena sambutan Syawal yang bakal tiba. 

Festival yang akan berlangsung selama 2 hari pada 8 dan 9 Jun ini akan menghimpunkan pelbagai jenama popular yang menawarkan barangan, fesyen, kecantikan, gaya hidup dan kesihatan di bawah satu bumbung. Selain itu, duta Anggun Life iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli turut ditampilkan sepanjang festival ini berlangsung.

Anda bukan sahaja dapat membeli-belah barangan kesukaan anda seperti baju raya dan sebagainya, tetapi anda juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik. Antara aktivitinya ialah meet & greet bersama artis ‘Drama Sangat’ seperti Izzue Islam, Nina Iskandar dan Saharul Ridzuan. 

Bukan itu sahaja, jurugaya terkenal seperti Tym Fatimah, Min Luna, Watiey Abdullah dan instafamous Sharifah Rose juga akan berkongsi tip mengenai penataan gaya, solekan dan penggayaan tudung.

Foto: Instagram Makeupbyasmawati

Foto: Instagram Sharifah Rose

Anda juga berpeluang bershopping sakan dengan lebih 100 vendor yang akan turut serta menjual pelbagai barangan menarik. Paling awesome, anda juga berpeluang berjumpa dengan selebriti popular yang akan membuka booth jualan produk keluaran mereka sendiri seperti Remy Ishak, Sherry Ibrahim, Mia Ahmad, Yana Samsudin & Fadzil Zahari, Zul Huzaimy, Fedtri Yahya, Chef Naem, Mak Cun, Dayah Bakar dan ramai lagi! 

Foto: Berita Harian

Foto: Instagram Erma Fatima

Bagi anda yang ingin menyertai Anggun Life sebagai vendor, boleh layari www.anggunlife.com.my atau hubungi talian 03-76213333 (sambungan: 12046/12051) untuk sebarang pertanyaan dan pembelian ruang niaga.

Jangan ketinggalan untuk sertai vendor Anggun Life ini kerana tarikh tutup permohonan adalah sebelum 31 Mei 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 14 Sep 2018

Kolaborasi Media Prima-Viu Saksikan Sinergi Antara Platform TV & Digital

Kolaborasi ini sekaligus menepis dakwaan industri digital mahu mencabar industri TV.

Acara Fri, 1 Mar 2019
Acara Mon, 29 Apr 2019

Bengkel i-Skil Hijab & Heels bantu wanita jana pendapatan sampingan

Kursus asas kemahiran mampu tingkatkan ekonomi keluarga

Acara Wed, 13 May 2020
Acara Tue, 30 Jan 2018

Dato’ Fazley Buru Coconut Shake Terbaik Di Kelantan

Penyanyi dan chef selebriti popular, Dato’ Fazley Yaacob memulakan misi pencarian Coconut Shake terbaik di Malaysia dengan menjelajah ke lokasi pertama di Kota Bharu, Kelantan pada 25 Januari lalu.

Acara Tue, 10 Sep 2019

Lagu rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 dilancar

“Visit Truly Asia-Malaysia” lambang identiti negara

error: Content is protected !!