Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie April 29, 2019 @ 8:20pm

Bengkel i-Skil Hijab & Heels bantu wanita jana pendapatan sampingan

Penguasaan dalam kemahiran tertentu bukan saja mampu membuka peluang pekerjaan kepada seseorang itu, tetapi juga dapat mencipta perniagaan baharu yang akan memberi manfaat kepada lebih ramai wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali, berkata kemahiran seharusnya tidak lagi dilihat sebagai inisiatf untuk menjana pendapat sampingan, sebaliknya dijadikan landasan untuk meningkatkan ekonomi ummah.

Bengkel i-Skil Hijab & Heels

Dari kiri Mohd Zain, Mohamad Yusof ,Sheikh ‘Umar Baghrib, Fadzlena. Siti Norizyanti Harun dan Mohd Tarmizi ketika majlis penutupan Bengkel Keusahawanan i-Skil Johor Hijab & Heels dengan kerjasama Politeknik Mersing.

“Perkembangan pesat Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) ketika ini dilihat membuka pelbagai peluang kerjaya khususnya berkaitan kemahiran, justeru saya berharap setiap wanita menggunakan peluang yang ada untuk melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran.

“Kita lihat hari ini ramai usahawan yang berjaya hanya dengan kemampuan menguasai kemahiran sehingga ada yang membina empayar perniagaan yang memberikan kesenangan dalam hidup,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Bengkel Keusahawanan i-Skil Johor, di Johor Bahru, baru-baru ini.

 

Benkel i-Skil Hijab & Heels

Sesi forum bersama-sama pengendali kursus membincangkan topik Kemahiran menjamin masa depan dalam era Revolusi Perindustrian 4.0.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Politeknik Mersing, Mohamad Yusof Sulaiman; Pengarah Institus Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Mohd Zain Badui; Ketua Unit Gaya Hidup NSTP yang juga Editor Hijab & Heels, Fadzlena Jafar; wakil Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd, Siti Norizyanti Harun dan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Johor, Mohd Tarmizi A Razak.

Bengkel anjuran Politeknik Mersing itu diadakan dengan kerjasama Unit Gaya Hidup The New Straits Times Press (NSTP) menerusi portal Hijab & Heels berlangsung di Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu pada 28 April lalu.

Kira-kira 150 peserta menghadiri bengkel sehari membabitkan Kursus Pengacaraan yang dikendalikan Noor Liza Pamuji; Kursus Lukisan Henna (Norren Samat) dan Kursus Tatarias (Nur Khaleesa Saiful Azli).

Bengkel i-Skil Hijab & Heels

Peserta Kursus Pengacaraan mempamerkan bakat pada kursus sambil diperhatikan peserta lain.

Sementara itu, Fadzlena berkata, Bengkel i-Skil Hijab & Heels itu dianjurkan bagi memberi peluang kepada wanita dan penuntut kolej atau universiti yang bercadang untuk berdikari dengan membina kerjaya sendiri.

“Tiga kursus yang kami tawarkan iaitu pengacaraan, lukisan henna dan tatarias mampu membantu peserta untuk menjana pendapatan sekiranya dimanfaatkan dengan baik oleh peserta.

 

Peserta Bengkel i-Skil Kursus Henna membuat latihan lukisan henna .

“Pihak kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menganjurkan program ini, malah mengalu-alukan penajaan daripada pelbagai agensi bagi merealisasikan usaha untuk menyediakan kemahiran yang bermanfaat ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 22 Dec 2024
Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Mon, 24 Mar 2025

Selepas MV Dikritik, Mimi Fly Lebar Sayap… ‘Serumpun’ Kini Buat Kolaborasi Epik!

Teruja dengan kerjasama tersebut, Mimi memaklumkan, usaha ini dilakukan dalam kempen #SerumpunSkyDance.

Featured Tue, 16 Aug 2022
Featured Tue, 20 Jan 2026

“Suara Perempuan Bukan Aurat, Fight Me!”- Ika Nabella Bukan Ajak Bergaduh Tapi Mahu Hujah

Ika juga tampil mengulas dengan lebih lanjut mengenai penggunaan frasa ‘Fight Me’ yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Featured Mon, 6 Dec 2021

Jeongyeon TWICE Mendedahkan Agensi Tolak Tawaran Untuk Dirinya Berlakon

Selain berkebolehan menari dan melakukan persembahan di atas pentas, peminat kumpulan K-Pop popular TWICE juga pastinya teringin melihat ahli kumpulan itu berlakon dalam drama. Namun, harapan mereka untuk melihat lakonan ahli kumpulan TWICE mungkin tidak […]

error: Content is protected !!